Assalamu'alaikum w.b.t
Hye sayang anak mama. Setelah beberapa hari akhirnya mama gagahkan diri menyambung cerita mama ni. Dah berapa hari asyik ngantuk je. hihihi.
Rabu, 6 November 2013
Tengah mama n nenek lunch, (mama makan bubur je, takde selera nak makan, dah la tgh berpantang plak tu kan) tibe2 ada dapat call drpd nombor 07-*******, mama dapat agak dah ni nombor hospital.
Mama : Hello Assalamu'alaikum.
Nurse : Wslm. Ibu Muhammad Harits ye?
Mama : Ye saya.
Nurse : Saya nak bagitahu, nanti Dr Azman, neurosurgeon datang pukul 1.30pm. Nanti puan balik semula ke hospital k.
Mama : Ohh, ok2. Saya kat bawah je ni, tengah makan kat kantin.
Nurse : Owh yeke. Ok2.
Hurm, makan tengahari tu tak de lah lama sangat. Jadi, sementara nak menunggu pukul 1.30pm tu, aduuuiii macam2 dalam kepala otak mama ni. Macam2 pikir. Nak pergi sembahyang, time dalam pantang ni, tak boleh sembahyang, sayang. Tapi dalam hati ni, tak putus2 mama doakan yang terbaik untuk anak mama. Tok (mak papa) ada telefon juga time ni. Menangis2 tok. Tok dah tahu apa yang berlaku sebab papa dah bagitahu. Tok cakap, tok n wan dah dalam perjalanan nak ke JB. Angah (abang papa) and Kak Niza (wife angah) dah amik cuti, terus gerak ke JB. Mama sempat call papa juga time ni. Tapi, kesian papa, hanya tangisan yang sedu-sedan mama dengar. Kali kedua papa nangis. First time dulu masa hari pernikahan mama n papa. Kali ni, kerana anak mama pula. Mama tak tahu lah berapa laju papa pecut kereta untuk sampai ke JB cepat. Mama pun tak nak tanya sebab mama tahu keadaan papa waktu tu mesti dah tak keruan.
Alhamdulillah, jam dah 1.30pm. Hati mama berdebar2. Mama cuba berlagak cool walaupun memang tak jadi dah. huhu
Melangkah lah mama ke dalam nursery tu. Satu susuk tubuh seorang lelaki yang begitu segak dan kemas (puji Dr Azman sikit. haha.) tengah membelakangkan mama. Dia tengah pandang pada satu monitor yang berada di dinding nursery. Di monitor tu terdapat gambar scan otak anak mama. Mama tahu tu anak mama punye, sebab pagi tadi kan mama tengok masa Dr Ismail tunjuk.
Mama : Doktor.
Dr Azman : Ibu Harits?
Mama : Ye saya.
Dr Azman : Sebenarnya saya nak terangkan pada Puan tentang imej ni, review daripada sayalah. Tapi, saya tadi dah minta diorang buat CT Scan sebab lebih nampak. So, saya kena amik masa lagi sikit, untuk bawa baby buat CT Scan. Nanti saya akan terangkan lebih lanjut. Tapi takpe, kite tengok pada imej yang ada ni.
(Doktor mula terangkan pada mama sambil merujuk pada monitor yang paparkan imej scan otak anak mama tu)
Mungkin Dr Ismail dah bagitahu pada Puan kan, yang sebenarnya ada banyak darah beku pada otak anak Puan. Puan tengok pada saluran ni, darah beku dah blocked kat sini, so, cecair yang dihasilkan oleh otak anak Puan memang tak dapat mengalir ke badan. Ikut pada test yang ada kat sini, penghasilan cecair oleh otak anak Puan normal, sebab tu bila cecair tu produced everyday dengan kuantiti yang normal, tapi dia tak dapat mengalir keluar, so dia terkumpul pada bahagian kepala ni. Sebab tu berlaku tekanan yang kuat di sini, sebabkan kepala anak Puan pun dah semakin membesar. Ubun-ubun pun sangat keras. Kalau dibiarkan, sampai masa boleh, maaf ye, 'tumbang' macam tu je.
Mama : Saya ingat kepala dia memang dah mula mengeras sebab kononnya baby dah besar.
Dr Azman : Ish, taklah. Tulang-tulang kepala budak mula bercantum umur dah nak setahun lebih. Tu pun kadang2 ada yang lambat. Ni anak Puan baru 23 hari kan. Mustahil ubun2 boleh keras macam ni. Saya tunjuk contoh brain seorang patient ni ye. Die dah berusia 6 tahun. Awak boleh nampak beza dia?
Mama : (Mama angguk je. Memang mama nampak sangat berbeza. Mama takde contoh plak nak tunjuk.)
Dr azman : (Dr Azman ambil kertas dan lukiskan apa yang dia nak terangkan) Sekarang ni, apa yang kita perlu buat adalah kurangkan tekanan pada kepala dia. Kita boleh buat pembedahan, masukkan tiub secara temporary untuk salurkan cecair ni keluar dulu. After that, baru boleh buat next step if necessary. Ada apa2 nak tanya?
Mama : Operation tu maksudnya?
Dr Azman : (sambil lukis kat kertas) Kita akan tebuk sikit di bahagian kepala dia. Usually di sebelah kanan atas sebab kita nak kurangkan gangguan pada otak sebelah kiri. Kita masukkan tiub dan nanti cecair yang dah banyak terkumpul akan mengalir keluar. Sampai cecair tu kurang and kepala dah takde pressure, kemungkinan besar baru kita buat operation untuk apply tiub yang permanent. Faham?
Mama : Hah? Maksudnya memang kena pakai tiub yang kekal tu?
Dr Azman : Kemungkinan. Itu jangkaan awal saja. Sebab anak puan baby lagi, otak masih bekembang. Kalau dia boleh recover cepat, mungkin kita tak perlu permanent tiub tu.
Mama : Ooohh (lega)
Dr Azman : Lagi satu, sebab apa kita tak boleh buat satu pembedahan terus untuk buang darah beku tu sebab ada orang bila berlaku bleeding dalam brain, dia setompok je. Sebab tu kita boleh tebuk pada kawasan darah beku tu dan buang terus. Tapi anak puan, darah beku dia dah scattered. So tak kan lah kita nak tebuk sana sikit, sini sikit kan. So, untuk cairkan darah beku, kita akan guna ubat. So, depends on how long anak puan perlukan ubat tu untuk darah beku dia semua cair. Tapi puan kena tahu, walaupun darah beku dah mencair tapi di kawasan2 darah beku ni akan berlaku luka. Luka ni yang perlukan masa untuk recover. Harap2 anak puan boleh cepat recover. Bila berlaku luka dan kecederaan di otak macam ni, kebarangkalian untuk berlaku 'kekurangan' pada anak puan dan mengganggu sedikit perkembangan dia itu memang ada. Cuma kita doa lah supaya anak puan kuat.
Mama : (Diam je sambil2 mengesat air mata yang dari tadi memang mengalir je. Dr Azman mmg seorang doktor yang bagus. Sebab ape? Dia takde push2 mama, dia bagi mama time untuk berfikir and dia bagi mama time untuk tanya apa2 pun soalan)
Dr Azman : Puan ok? Ada apa2 nak tanya saya?
Mama : Bila kena buat operation ni?
Dr Azman : Secepat mungkin. Kalau boleh hari ni. (Dia pandang mama n tanya banyak kali mama ok tak.)
Mama : Emmm sekarang ke?
Dr Azman : Ohh bukan. Dr Ismail ada bagitahu yang dia tengah pantau PT Test anak puan? Means nak tahu masalah pembekuan darah tu dah pulih belum. Operation tak boleh dibuat selagi masalah pembekuan darah belum pulih sebab nanti kan bila operation lagi banyak darah keluar and kalau darah tak berhenti akan masalah nanti.
Mama : (Mama angguk je lagi)
Dr Azman : Takpe, sekarang saya tunggu result CT scan. (Kat dalam NICU tu mama tengok memang ada beberapa orang dari bahagian X-ray dah uruskan buat CT scan pada anak mama. Termasuk Dr Ismail sebab tadi dia masuk kejap dan tegur Dr Azman. Mereka bincang sesuatu di depan mama then Dr Ismail terus ke katil anak mama untuk tengok orang buat CT scan pada anak mama.) Cuma, kalau puan setuju untuk buat pembedahan pada anak puan, puan nak kena sign borang ni. (Doktor keluarkan satu borang)
Mama : (Mama masih termenung sambil tengok borang kebenaran pembedahan tu. Memang mama tak pikir panjang sebab apa2 pun mama redha untuk anak mama dibedah. Mama tahu pembedahan ni jalan terbaik untuk selamatkan anak mama. Tapi jauh di sudut hati mama, memang berat untuk mama memberi keizinan ini pada doktor. Rasa macam nak putar balik jam mama, nak ulang balik masa bermula daripada mama mengandungkan anak mama. Mama nak betul2 jaga diri dan kandungan supaya langsung tak berlaku sebarang perkara yang boleh menyumbang kepada perkara yang berlaku sekarang ni.)
Dr Azman : (Tengok mama masih berdiam diri, Dr Azman cuba mencelah) Macam ni lah puan, puan kena fikir sama ada pembedahan ni puan izinkan atau tak, risiko dan kesan tu tetap ada. Cuma kalau pembedahan ni dibuat, kesan buruk lebih sikit berbanding kesan yang baik. Berbanding kalau puan tak nak kita buat pembedahan ni, kesan buruknya lebih banyak di masa akan datang.
Mama : Emm, ok saya sign borang ni.
Dr Azman : Ada nak tanya saya apa2 lagi sebelum sign? (Mama pelik juga banyak kali doktor tanya 'nak tanya apa2 lagi tak'. Sekarang baru mama terperasan mungkin soalan doktor tu mengharap pada mama tanya berapa kos pembedahan ni. Sebab dia mungkin kena bersedia sebab ada juga yang tak setuju buat pembedahan sebab kos yang tinggi. Apatah lagi dengan statusnya sebagai PAKAR dan dibuat di hospital SWASTA. Tapi, percayalah perkara2 duit, kos dsbnya langsung tak terlintas di fikiran mama. Kalau tak ada duit, mama akan cari. Yang penting nyawa anak mama diselamatkan dan anak mama sihat dan kembali normal)
Mama : Takde. Saya nak sign.
Dr Azman : Ada nak tanya husband ke sesiapa ke?
Mama : Takpe. Suami dah on the way. Nanti saya bagitahu dia. (Ni yang mama cakap bukan niat mama nak membelakangkan papa. Pada ketika dan saat getir seperti ini, memang mama dah tak nak tunggu walau sesaat pun. Selagi boleh dipercepatkan segala proses untuk menyelamatkan anak mama, mama akan buat dengan segera.)
Dr Azman : Oklah macam tu. Saya isikan borang, nanti puan sign.
Akhirnya, tibalah saat mama menurunkan tandatangan untuk membenarkan kepala anak mama dibedah. Betapa beratnya hati ini tapi mama redha. Memandangkan CT scan masih belum selesai, Dr Azman suruh mama tunggu di luar sehingga dia panggil. Sebelum keluar mama sempat tanya nurse di situ "Nanti husband saya datang boleh tak saya terus bawa dia masuk?" Nurse kate "Boleh2, masuk je terus. Cuma kalau doktor ada tengah buat apa2 prosedur, kena tunggu kejap lah."
So, mama pun tunggu lah di tempat biasa bersama nenek. Tunggu sampai papa tiba dan tunggu sampai doktor panggil sekali lagi.
Better mama stop Part 4 ni di sini. Senang nanti anak mama nak baca Part 5 untuk part lepas papa sampai. hihi. Ok sayang. Love u sooooo much. Muuaaahhh!!!!

Tertunggu entry ni
ReplyDeleteNext entry please..
Tak saba nk baca
Huhu.. Ok.. Otw..
ReplyDeletedup dap dup dap jantung nak tunggu entry seterusnya, sis.. baby ok ke? huhuhu
ReplyDeleteSorry kdg2 x sempat nk update blog.. x dpt update stiap hari.. tq bace blog kite.. tlg doakan baby k. Alhamdulillah die pun dah byk perkembgn positif.
Deleteaamin alhamduliah puan .sama pula dgn kes puan saya dgn saya .
DeleteAssalamualaikum saya bakal akan buat operation sebegitu.boleh puan ceritakan x seterusnya atau boleh pm saya x puan.0192323637
ReplyDeleteassalamualaikum baby saya br 4 bln br jak d scan otaknya ada perdarahan dlm otak trs buat masuk bilik bedah .15 hari saya & baby d hospital .saya nak tahu perkembangan baby puan lps d tebuk kepalanya. ini no saya 01129218802
ReplyDelete