Assalamu'alaikum w.b.t
Hye anak mama. Perasan tak kat title atas tu, awal2 lagi dah quote Tok Mail. haha. Tok Mail tu sebenarnya Dr Ismail Haron, Pakar Paediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor. Shhhh....anak mama jgn panggil die Tok Mail plak, itu mama n nenek (mak mama) saje je bahasakan Tok Mail, kan nampak lebih mesra. hahaha. Ok, nantilah mama cerita lebih lanjut pasal doktor2 anak mama termasuk lah Dr Ismail ni k.
Hari ni, mama nak berterus-terang. After almost 7 months, baru sekarang mama ready untuk cerita perkara ni lebih details. Before this, kalau ada org tanya, mama cerita basic2 je. So, now mama terus straight to the point lah k. Mama cerita keadaan anak mama sekarang, then baru kita flashback ke belakang.
19 Disember 2013, bilik Dr Ismail Haron
Mama, anak mama & nenek datang untuk kali keberapa pun tak ingat sangat tp yg penting kali ni dtg sebenarnya untuk inject anak mama dua bulan. Sesi inject menginject sekarang sume buat dengan Tok Mail je. Lepas inject, tibe2 doktor ajak berbual plak.
Doktor : Awak pernah dengar Cerebral Palsy (CP)?
Mama : Apa doktor? (Mama mmg dengar palsy je, dpn tak berapa dgr)
Doktor : Die mcm ni, bile ada bahagian2 otak kita dah terganggu dan melibatkan kecederaan, dia akan efek pada koordinasi pergerakan kita.
Mama : (Macam phm macam tak)
Doktor : Contoh, memang tangan kita ni boleh gerak tp bile tak ada koordinasi, tangan kita macam tak tahu arah die, nak pegang pun tak tahu nak pegang apa, kalau dh pegang benda, nak letak mana plak benda tu. (sambil buat gaya tangan yang terkapai2. kalau mama buat, mgkin anak mama akan pham)
Mama : Eeeerrr yeke. Takpe, nanti saya cari bahan rujukan dan baca apa yang doktor nak terangkan. (Mama dah dpt mengagak tp mama tahu doktor mesti gunakan ayat2 simple dan mahu menjaga hati patient supaya tak tambah sedih)
Kat rumah, tgh2 ade time tu, mama pun google lah dlm tenet. Nak carik apakah '**** palsy' itu. Mama mmg awal2 dah dikenalkan dengan kawan kepada Mak Long (kakak sulong mama), nama die Kak Reenaz (anak mama panggil Aunty Reenaz la kot). Aunty Reenaz masa dpt tahu keadaan anak mama memang die ada suruh mama baca satu portal ni, iahp.org So, mama pun try bukak dan baca. Ohh at last dalam ni mama jumpe perkataan 'Cerebral Palsy'. Bila mama klik link perkataan tu, tibe2 air mata mama mengalir. ada sekeping gambar seorang kanak2 penghidap CP. Siapa sangka bile doktor diagnos anak mama CP n bgtahu mama, mama cool je. Tapi, hanya dengan sekeping gambar dan belum pun baca apa sebenarnya CP, air mata mama sudah mampu mengalir tanpa disuruh. Hati mama mula lah bercakap macam2. "Anak aku akan jadi macam ni juga ke?" Tapi mama masih kuat, mama yakin itu tak benar.
Mama amik keputusan tak terus baca apa tu CP. Mama trus ke google and search terus 'Cerebral Palsy'. Betullah apa yang Tok Mail buat, susunan2 ayat die hanya untuk mententeramkan jiwa dan hati mama, sedangkan definisi paling mudah die boleh beritahu CP adalah LUMPUH OTAK. Allahuakbar. Maunya air mata mama tak mengalir kalau dah nampak perkataan lumpuh otak tu depan mata mama. Tapi syukurlah mama bukan seorang yang mudah patah semangat. Mama tak semudah itu nak terus mengambil apa yang mama nampak for the first time. Mama tetap nak baca drpd banyak lagi sumber dan nak tahu drpd lebih banyak lagi pakar. Makanya, mama pun terus belajar dan belajar apa itu CP. Mama akan ceritakan dan huraikan apa saja ilmu yang mama dapat tentang CP di entry mama yang lain k.
Kenapa anak mama dikategorikan sebagai kanak2 CP adalah kerana gangguan @ kecederaan yang berlaku pada otak anak mama yang mana kesan drpd pendarahan dalam otak. Walaupun anak mama sudah pulih drpd pendarahan dalaman itu, tetapi luka yang tinggal di bahagian2 otak anak mama itulah yang menyebabkan berlaku sedikit gangguan pada perkembangan2 anak mama. Yelah sayang, otak ni kan suis utama. Apa saja yang berlaku, arahan sume diterima drpd otak. Drpd hari pertama anak mama dimasukkan ke NICU dan diberitahu mengalami pendarahan dalam otak, seawal tu juga mama terus diberitahu kesan drpd pendarahan dalaman ini adalah gangguan kepada perkembagan anak mama dalam jangka masa panjang. Macam mana plak pendarahan dalam otak tu boleh berlaku? Its ok, akan ada satu entry yang mama akan ceritakan tentang hal ini.
Sejak detik itu, mama terus rasa sangat2 bersalah pada anak mama. Sebab pernah ada satu tempoh selepas anak mama menjalani dua pembedahan, anak mama terlalu banyak ragam. Langsung tak nak tidur dan menangis sepanjang masa. Ye, mama tahu anak mama sakit dan tak selesa tapi pernah juga mama seakan2 meninggi suara kerana sudah letih dan tak paham apa yang anak mama nak. (Ini sume kerja Syaitan yang selalu membisikkan pada mama untuk mama berputus asa. Jahatnya mereka.) Tapi, lepas mama tahu anak mama adalah seorang kanak2 yang sangat istimewa, mama tersedar bahawa mamalah insan pertama yang anak mama perlukan untuk meneruskan hidup. Sejak itu mama berjanji pada diri mama, tak akan pernah secebis amarah pun mama lemparkan pada anak mama. Itu janji mama. Sebab anak mama tak akan pernah buat salah dan tak akan pernah menyusahkan mama.
Memang tak ramai yang tahu yang anak mama kanak2 CP. Mana taknya, biasanya orang akan tanya mama "Anak kau dah sihat? Anak kau dah ok?" Mama memang secara jujur akan jawab, "Sehat, cuma....." atau "Ok, cuma....." Tapi, orang dengar sihat dan Ok terus cakap "Bagus. Alah ok lah tu. Boleh start keje dah lah" Haha.. Tapi jarang yang cuba dengar apa sambungan ayat mama ""CUMA...........Anak Saya CP, So Masih Banyak Rawatan Dan Terapi Yang Saya Kena Buat Untuk Dia." Tapi takpe, mama tahu orang mesti nak dgr berita gembira tentang anak mama. Lagipun, memang anak mama Ok pun, memang anak mama sihat pun, CUMA.......... (ok, sambung sendiri. hihi..)
Oklah sayang, nanti mama akan sambung cerita di entry yang lain k. Hal2 rawatan, terapi dan sebagainya semua mama cerita nanti k. Cukuplah hari ini mama beritahu dulu tentang keadaan anak mama. In Shaa Allah mama tak putus berdoa dan berharap satu hari anak mama tak perlu memegang status 'KANAK2 CEREBRAL PALSY" lagi.
Oppsss, nampak anak mama kat sebelah dah start cry. Kite smabung story2 malam esok k.
Anak mama mase umur 2 bulan |
Luv u soooooooo much sayang..........
Ieyzz...terus kuatkan semangat...In Shaa Allah..anaknya bertuah ada mama yg tabah sgt..ak yg baca coretan ni pun da meleleh air mata, apatah lg yg menanggung...tp serius...mmg ko mama yg hebat..-faz
ReplyDeletekuatkan semangat ye dear. muhammad bangga ada mama macam kamu.
ReplyDeleteiz... doa sahaja yg boleh dikongsi...
ReplyDeleteAllah.. kuat kan smangat ye sis.. hanya doa mampu sy bekal kn utk adik dan kekuatan sis.. Dia sebaik-baik perancang..
ReplyDeleteTerima Kasih semua atas segala doa yang dikirimkan.. Semuga Allah membalas baik budi anda semua..
ReplyDeleteIzz..dr dulu org follw status izz...tertanya2 knp ngn bby..bru ari n dpt tahu..ya allah besarnya dugaan untuk ahli2 surga...semigo izz n suami sntiasa kuat n bersabar ngn dugaan allah..sesungguhnya dlm setiap kepahitan insyallah akan ada kemanisaanya nnt..n jujur..org kagum ngn izz...hnya doa semoga apa yg izz doakn dimakbulkn..amin ya allah..
ReplyDeleteTerima Kasih akak.. Dengan kata2 semangat dan doa kenalan2 jugalah yang buat kite kuat.. In Shaa Allah, kite kuat..
Delete