Monday, 19 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang. Baca sambungan cerita mama ni k.

Rabu, 6 November 2013

Mama terjaga daripada tidur sebab dengar satu tangisan yang kuat drpd anak mama. Seriusly mama teramat terkejut sebab bayangkan dah beberapa hari anak mama kurang menangis dan mama jarang dengar tangisan yang amat kuat macam ni. Mama tengok jam, Ya Allah pukul 2 pagi. Ingat tak semalamnya kan anak mama tidur pukul 8 malam lepas anak mama tak nak minum susu tu. Lamanya anak mama tidur and tak bangun. Pelik sangat mama. Selalunya anak mama akan bangun minum susu setiap dua atau tiga jam sekali. Mama dah mula gabra sebab mama tahu anak mama nangis kuat mesti sebab anak mama lapar. Nenek terus cakap biar dia g amik susu kat dapur. Selama nenek kat dapur, anak mama masih menangis kuat sangat2 dan beberapa kali mama try bagi direct badan, anak mama tolak. Nenek yang kat dapur pun cakap, panik gila bila dengar tangisan anak mama tu sampai tak tentu arah nenek nak g amik susu dalam peti ais.

Nenek masuk semula bilik bawa susu dengan syringe. Sayang............ Tibe2 anak mama TERKULAI. NANGIS yang kuat TERHENTI. MATA TUTUP. KULIT PUTIH satu badan. Seluruh BADAN SEJUK. Mama terkedu. Mama yang nampak macam mama paling cool ni dah mula rasa nak pitam. Agaknya syaitan membisikkan sesuatu yag jahat pada mama sampai terlintas dalam fikiran mama "Anak aku tak ada ke?" Astaghfirullahalazim. Mama cepat2 bangun dan kembali kepada dunia realiti. Mama tanya nenek "Mak, kat luar hujan ke? Kenapa badan Riz sejuk sangat. Nenek kata agaknya kot. Ok, mama n nenek panggil2 anak mama, anak mama tak de respon. Anak mama tak menangis, malah tak tercuit sikit pun dengan apa yang mama buat pada anak mama time tu. Mama terus cakap pada nenek nak g hospital. Nenek suruh mama bersiap. Nenek dukung anak mama and bawa ke bilik nenek untuk nenek bersiap and kejut atok. Tibe2 nenek keluar dari bilik sambil panggil2 mama. Sayang, alangkah terkejutnya mama bila nenek tunjuk, baju anak mama dah dibasahi dengan darah. DARAH seluruh baju. Bayangkanlah keadaan waktu itu. Masa seolah2 terhenti seketika. Dunia macam gelap gelita. Sepanjang perjalanan ke hospital, nenek dukung anak mama dan masih sedaya upaya mengejut anak mama. Nenek tepuk2 belakang anak mama. Nenek cuma nak anak mama menangis walau sedikit pun jadilah. Malangnya, apa yang didukung nenek hanyalah tubuh kecil anak mama yang nampak seolah2 sudah tidak bernyawa. Mama hanya melihat dan dalam hati berdoa selagi ada masa.

Ni lah baju anak mama yang dipakai pada malam kejadian. Ni kesan2 darah yang tinggal. Mama tak amik gambar masa hari kejadian, mana nak terpikir pun. Lepas sebulan lebih baru mama basuh baju ni tapi tak boleh hilang dah darah tu. Bayangkan masa hari kejadian, darah2 tu berwarna merah pekat sekarang dah jadi coklat dah.
Sampai di hospital yang sama, nenek nmpk anak mama gerak sikit. Nenek terus cakap pada pembantu2 di situ yang nak bawa anak mama masuk bilik emergency dulu.

Nenek : Tolong buat sesuatu. Dia terlalu lemah ni. Minum apa pun tak lagi.
Pembantu : Ok, masuk letak kat katil. Tunggu doktor kejap.

Nasib doktor cepat datang. Ohhh, doktor semalam rupanya. Belum sempat doktor sampai ke katil anak mama.........

Mama : Doktor, tengok ni. Semalam doktor kata tak ada ape. Kenapa pusat dia keluar banyak darah ni doktor?
Doktor : (Nampak muka doktor panik. Doktor tak pandang mama langsung. Doktor cuma cakap dengan nurse2 kat situ.) Bersihkan dia, hantar ke nursery.
Mama : Wad ada kosong ke doktor?
Doktor : Umur dia bawah sebulan kan, so kita hantar ke nursery.
Mama : (Sebenarnya mama sangat2 terkejut. Kenapa semalam doktor tak tahan terus anak mama kat nursery sedangkan belum cukup sebulan, duduk nursery bukan wad? Kenapa doktor kata wad penuh? Mama malas nak cakap banyak, mama biarkan saja persoalan tu)

Mama dan nenek terus berada di sisi anak mama sambil pembantu2 di situ membersihkan anak mama. Mama bagi baju anak mama yang mama ada bawa. Salinkan pampers dan bedung anak mama. Keadaan anak mama masih seperti tadi cuma anak mama sudah buka sedikit mata. Tetapi masih belum ada sebarang bunyi atau tangisan yang mama dengar. Seorang pembantu lelaki yang menyiapkan anak mama tu rupanya kawan kepada Uncle Ayah. Die kenal alang semua. So, sedikit sebanyak die uruskan hal anak mama ini dengan baik sebab ada bersangkut paut dengan rakan die. Atok tolong uruskan hal pendaftaran untuk warded. Lepas anak mama dah siap berbedung, doktor datang sekali lagi. Wajah dia memang nampak sugul. Mama tak tahu apa yang bermain di fikiran dia. Mungkin juga ada timbul rasa bersalah. Dia langsung berbeza drpd karakternya semalam. Semalam dia begitu ceria melayan pesakitnya. Siap bersulamkan wajah confidentnya bagitahu seolah2 keadaan dialami anak mama hanya perkara remeh dan kecil. Mama tengok dr jauh. Doktor menghampiri anak mama, usap kepala anak mama. Masa tu, mama dah tak boleh tengok muka doktor tu, cuma mama belum dapat tahu je nama dia siapa.

Then, anak mama dah siap untuk naik ke nursery. Kawan Uncle Ayah tu yang dukung anak mama. Mama n nenek ikut dari belakang. Sampai di nursery anak mama diserahkan kepada seorang nurse. Kak Yus.

Kak Yus : Dr Megat kata apa?
Mama : (Yes, tahu dah nama doktor tu Dr Megat)
Kawan Uncle Ayah : Entah.
Kak Yus : Entah? Ko biar betul. Tak kan dia tak suruh buat ape2. Ko tepon dia sekarang.
Kawan Uncle Ayah : (Amik tepon n tanya Dr Megat) Kak Yus, Dr Megat kata tunggu Dr Lai.
Kak Yus : Eh, abis sementara tunggu Dr Lai, budak ni nak kena dibuat ape? Tak kan biar je?
Kawan Uncle Ayah : Lar, tu saya tak tahu. Alah, akak pandai2 lah kak. (sambil senyum n keluar dr nursery)
Kak Yus : Sekarang ni sapa yang doktor? Aku ke dia?

Mama dan nenek hanya mampu mendengar je perbualan mereka. Suasana dalam nursery memang sunyi. Ada beberapa baby tapi semua tengah tidur. Mama nampak Kak Yus letak anak mama bawah lampu dan bukak baju anak mama. Then dia panggil mama dan time tu nenek dah disuruh tunggu di luar sebab dalam nursery hanya parents baby je boleh masuk.

Kak Yus : Awak tahu anak awak sejuk tak?
Mama : Maksudnya? Memang badan dia sejuk tadi.
Kak Yus : Dia pucat sangat ni. Badan terlalu sejuk. Akak letak dia bawah lampu ni. Mudah-mudahan kurang sejuk. Akak rasa dia dah tak ada darah dalam badan ni.
Mama : (Hanya mampu sentuh2 je anak mama sebab dah tak tahu nak cakap apa lagi masa tu)
Kak Yus : Takpe, awak tunggu luar dulu. Kita tunggu doktor datang. Nanti apa2 kita panggil.

Seorang nurse perempuan India bawa mama ke bilik menunggu dewan bersalin tak jauh dari nursery. Dia suruh mama tunggu situ sampai diorang panggil lagi. My first time berpisah dengan anak mama. Mama terpaksa tinggalkan anak mama di atas katil seorang diri. Waktu ni mama sedar air mata mama sudah mula bergenang. Mama call nenek suruh nenek datang bilik menunggu tu. Sementara tunggu doktor panggil, mama call papa. Of cos lah mama call tapi papa tak angkat. Mama tak kesah sebab time tu baru 4 pagi. Papa konfem tgh tido. Mama cuma sms papa bagitahu mama terpaksa bawa anak mama ke hospital sebab pusat anak mama keluar darah banyak sangat. Dalam sms tu mama bagitahu juga yang anak mama kena tahan kat nursery.

Nenek suruh mama banyak2 berzikir dan berdoa. Memang itulah yang mama and nenek buat sepanjang dalam bilik menunggu. Tak berbual apa pun.

5 pagi. Nurse datang cakap doktor panggil. Hanya mama yang ikut nurse tu masuk ke nursery. Dalam nursery mama tengok anak mama dah diletakkan di katil lain dalam sebuah bilik. Rupanya itu adalah ICU. Kenapa dengan anak mama sampai kena masuk ICU? Akhirnya mama jumpa doktor. Iya, doktor tu adalah Dr Lai. Pakar Kanak-kanak yang mama nak jumpa tapi Dr Megat kata suruh datang hari Khamis sebab Dr Lai tak ada Selasa dan Rabu. Then, kenapa Dr Lai ada depan mata mama sedangkan Dr Megat kata hari Rabu die off? (Mama malas nak fikir lagi dan sekali lagi mama tinggalkan satu persoalan)

Dr Lai : Hye. Is it your baby?
Mama : Yes Dr.
Dr Lai : You prefer communicate in English or Malay?
Mama : It's ok. Both can. (Wah, sempat terconfident sekejap)
Dr Lai : Everything looks wrong. See this. Apa ni? (Sambil tunjuk lengan anak mama yang dah seminggu lebam)
Mama : Saya tak tahu doktor. Memang ada sejak seminggu lepas.
Dr Lai : It's really weird. Someone had bite him.
Mama : I thought the insects.
Dr Lai : No, it's a human being. It was bitten by somebody. Siapa jaga dia dekat rumah?
Mama : Saya.
Dr Lai : Lain?
Mama : My mother. Nenek dia.
Dr Lai : Sapa lagi tinggal dalam rumah?
Mama : (Sebenarnya mama dah mula menangis waktu ini. Air mata yang bergenang tadi sudah mula mengalir. Mana taknya, dengan ketegasan dan keseriusan Dr Lai, mama betul2 sedih) Dekat rumah memang ada ramai budak sebab mak saya jaga cucu-cucu lain.
Dr Lai : Ni apa pulak? (sambil tunjuk kuku2 anak mama yang ada tompok2 merah)
Mama : Saya tak tahu. Jumaat lepas baru saya perasan sebab saya nak potongkan kuku dia.
Dr Lai : Ini semua darah tahu tak. Tengok dalam mulut sini. (sambil bukak mulut anak mama dan tunjuk langit2 anak mama. Memang mama perasan di langit2 anak mama ada warna merah. Mama ingatkan sebab terkena puting botol susu atau syringe masa mama bagi susu. Rupenya tu semua darah.)
Mama : (Terdiam. Tak tahu dah nak cakap apa.)
Dr Lai : Lepas lahir, ada jatuh?
Mama : Tak ada.
Dr Lai : Dekat hospital, lepas lahir sapa pegang baby?
Mama : Nurse, husband and after dat baru bagi saya lepas saya balik katil.
Dr Lai : I take all the picture already for documentation. We still investigate. Go n wait outside.
Mama : But my baby ok tak doktor? (Maksud mama, mama tak nak dia bagitahu yang anak mama alami sesuatu yang teruk)
Dr Lai : He's a sick baby. You lambat datang hospital, you know. (Sambil matanya yang besar dibeliak2kan)
Mama : (Mama terus menangis dan keluar dari nursery untuk dapatkan nenek)

Sayang...boleh mama sambung esok tak? Mama ngantuk lah sayang. Sorry k. I love you Soooooo much sayang... Gudnyte sayang..

8 comments:

  1. Sadisnya... Tabahkan hati kawan. Kuatkan semangat Riz. In sha Allah.

    Saiem Muhammad

    ReplyDelete
  2. U'r so strong dik.... terus bdoa ye...

    ReplyDelete
  3. Semoga trs kuat mengharungi dugaan ini ye sis

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Semoga akk kuat insyaallah. Saya mendoakn dari jaoh. Aminn . Mudahan sihat.

    ReplyDelete