Assalamu'alaikum w.b.t
Hye anak mama. 11 Mei 2014 adalah sambutan Hari Ibu di Malaysia. Memang ada yang cakap kenapa perlu menghargai para ibu pada satu hari saja. Sepatutnya kenalah menghargai ibu pada setiap hari. Memang ckp org tu betul, setiap hari atau sebenarya setiap kali kita bernafas, kita perlu hargai dan berterima kasih pada ibu kita. Sebab ibulah yang mengandung dan melahirkan kita. Tapikan sayang, bagi Mama tak salah ada satu hari khas untuk kite luahkan perasaan sayang kite pada ibu kite. Bukan ape, boleh percaya ke yang setiap anak tu akan ucap terima kasih pada ibu die setiap hari? Boleh jumpe ke anak yang cakap dia sayang ibu dia pada setiap hari? Mungkin lebih sukar nak cari seorang anak yang memeluk ibunya setiap hari. Iye, memang hati kite sayang pada ibu kita, tapi sekali sekala zahirkanlah perasaan itu pada perbuatan dan tingkah laku kita. Ceh, yg mama nak mukadimah panjang berjela ni pehal lak. kihkih
Sebenarnya mama nak cerita yang mama bergelar ibu pada 2013 dan tahun ni kira tahun pertama lah org wish mama "Selamat Hari Ibu". Memanglah anak mama baru 7 bulan, maksud mama, org akan wish mama sebab tahu mama ni dah bergelar seorang ibu.
Perasaan menjadi ibu tu mmg sangat2 lain, sayang. Apatah lagi menjadi ibu kepada anak mama ni. Anak mama betul2 mengajar mama apa itu maksud IBU. Mama bangga dgn kesabaran dan ketabahan nenek membesarkan mama dan 7 lagi adik-beradik mama. Memang tak tergambar pengorbanan nenek sehingga ke hari ini. Mama selalu berdoa supaya mama boleh menjadi seorang ibu seperti mak mama sendiri, Hjh Kamariah Abd Kadir.
Oklah, anak mama layanlah gambar2 kat bawah ni. Sekitar sambutan2 hari ibu anjuran pelbagai pihak di pelbagai tempat.. Haha
8 Mei 2014
Restoran Sangkuriang, Bandar Baru Uda, JB
Mula2 dtg makan sini sebab Tok Ma (Mak Mertua Alang) nak belanja makan. Dah nak abis makan, tgh lepak2 tibe2 Aunty Ira (Adik Ipar Alang) amik kek dr dlm keta die. Rupenya ada surprise malam tu. Para ibu yang diraikan ialah Mama, Nenek, Tok Ma, Alang (kakak mama), Mummy Anjang (Kakak Ipar Mama) n Cik Su (Adik Ipar Tok Ma)
*Saje mention nama Alang byk2, sebab td die tanye nama die boleh masuk dlm blog mama tak.. hihihi
10 Mei 2014
Rumah Nenek, JBMemang nak sambut malam ni sebab esoknya Ahad ramai kerja. Johor sekarang cuti Jumaat n Sabtu. huhu. So, sambutlah malam ni dgn kehadiran sesapa yang ade di JB. hihi. Beli Kek, delivery Domino's Pizza n nenek goreng nasi. Ibu yang dirai ialah Nenek, Mama, Alang, Mummy Anjang n Nek Jah (Adik Nenek). (Ibu2 inilah yang membuat persiapan dan ibu2 ini jugaklah yang mengemas.. Termasuk Achik {adik mama} yang turut membuat persiapan dan mengemas. Pelik sungguh, manalah kaum2 bapa ek. Padahal sambutan untuk kaum2 ibu. Pelik dan ajaib. It's reality sayang. hihi. Anak Mama jgn jadi gitu k.. uhuk uhuk)
11 Mei 2014
R&R Bistro, Bandar Baru Uda, JB
Haha yang malam ni sebenarnye dinner nenek nak belanja adik beradik die. Sebab Nek Yah n Nek Dah ada kat JB. Tp tak sangka, bile sampai kat main entrance restoran ni, pihak restoran hadiahkan sekuntum bunga buat para ibu. Jadi, ibu2 yg dpt bunga malam tu ialah Nenek, Mama, Mummy Anjang, Nek Su (Kakak Nenek), Nek Yah (Adik Nenek), Nek Dah (Adik Nenek) n Cik Sham (Menantu Nek Su).
12 Mei - 13 Mei 2014
Endau Beach Resort, Johor
Ni lah penutup kepada sambutan hari ibu tahun ni. hihi. Hadiah drpd Papa. Tak pernah kite sume ada time jenjalan cmni. Ni pun kire first vacation anak mama tau. Papa mmg dh lama gak ajak jenjalan cmni tp selalu tak kene masa. Akhirnya Allah bagi juga peluang cmni. Papa mmg drastik ckp "esok kite g Mersing jom, malam ni papa booked bilik." Tup2, mmg jadi. So, di sinilah kite membuat aktiviti and menghabiskan masa tiga beranak, walaupun cuma dua hari satu malam, tapi mama tersangat2lah happy. Thank U papa cyg!!!
- 9 Mei, tibe2 anak mama senyum meleret dekat mama. Memang anak mama berjaga waktu tu, tak tido pun. Mama memang bersyukur sangat2. Tapi, esoknya mama tgk anak mama masih sama, belum lagi pandai senyum. Mungkin Allah pinjamkan beberapa saat melihat anak mama tersenyum manis supaya mama terus bersyukur dan berdoa pada-Nya. Ternyata mama begitu gembira walaupun buat seketika.
- 12 Mei, kata2 papa "Terima Kasih kerana menjaga Muhammad"
- 13 Mei, papa kata lagi "Mama, mama jaga je Muhammad. Biar papa yang kerja keras cari duit. Mama jage Muhammad betul2 k."
Mama sayang Papa & Anak Mama sangat2 Dunia Akhirat.
No comments:
Post a Comment