Assalamu'alaikum w.b.t
Hye anak mama. Alamak, hari ini start menulis pukul 12.30am sebab tadi ada projek khas dengan nenek. hihi. So, mama tengah berpikir2 lagi apa story yang simple and pendek sikit yang senang nak cerita. Hmmmmmmm.... (sedang berfikir.. haha)
Oohh takpelah sayang. Memandangkan pagi nanti cuti, so tak ramai lah sepupu2 awak kat umah, so rileks sikit, mama tidur lambat pun takpe lah. Ok, mama cerita pasal pendarahan dalam otak yang mama ada cerita sikit semalam tu k.
RABU, 6 NOVEMBER 2013 -- Tarikh keramat yang mama tak akan pernah lupa. Pada tarikh inilah mama dapat berita yang mampu membuat jantung mama terhenti seketika. Selepas 23 hari anak mama lahir di dunia ini, mama diberitahu anak mama mengalami PENDARAHAN DALAM OTAK.
Mama cerita roughly je dulu k macam mana anak mama boleh mengalami pendarahan dalaman ni. (Nanti mama buat satu entry yg amat panjang, rentetan peristiwa sepanjang 5hb - 6hb Nov 2013)
Ini antara artikel terawal yang mama baca selepas mendapat tahu anak mama mengalami pendarahan dalam otak atau "Hemoragik Bayi Baru Lahir" / "Hemorrhagic Disease of Newborn"
Penyakit Hemoragik Bayi Baru Lahir dan Kepentingan Vitamin K
S1 : Apakah penyakit hemoragik bayi baru lahir (haemorrhagic disease of the newborn).Terdapat dua jenis penyakit pendarahan neonat yang disebabkan oleh kekurangan vitamin K.
- Pendarahan neonat yang berlaku di dalam masa beberapa hari pertama selepas lahir. Jenis ini merupakan jenis penyakit hemoragik bayi baru lahir yang klasikal.
S2 : Apakah gejala penyakit ini?Neonat yang menghidapi penyakit ini biasanya kelihatan sihat dan kebanyakannya hanya menyusu dari susu ibu. Pendarahan biasanya berlaku di antara hari kedua dan hari keempat selepas lahir, di mana neonat itu muntah darah, membuang air besar yang mengandungi darah, berdarah dari tali pusat atau kencing berdarah. Kadang kala pendarahan boleh berlaku di dalam otak atau selaput otak menyebabkan sawan.
- Pendarahan yang berlaku selepas umur satu bulan, biasanya di antara satu hingga enam bulan. Pendarahan jenis ini biasanya berlaku di dalam otak. Penyakit jenis ini juga berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
S3 : Apakah mekanisma penyakit ini?Penyakit ini berlaku akibat kekurangan beberapa faktor pembekuan di dalam darah yang bergantung kepada vitamin K di dalam penghasilannya di hati. Pemindahan vitamin K dari ibu ke bayi semasa di dalam kandungan adalah berkurangan. Akibatnya, kandungan vitamin K di dalam darah neonat dan seterusnya kandungan faktor pembekuan yang bergantung kepada vitamin K di dalam darah iaitu faktor II, VII, IX dan X adalah rendah dan pendarahan boleh berlaku di dalam beberapa hari pertama.
S4 : Mengapakah neonat yang menyusu dari susu ibu lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini?
- Susu ibu mengandungi hanya satu perempat dari kandungan vitamin K di dalam susu tepung.
S5 :Bagaimana penyakit ini dapat dielakkan?Penyakit ini dapat dielakkan dengan cara memberi semua neonat vitamin K 1 mg samada secara suntikan I.M. atau oral sebaik sahaja selepas lahir. Jururawat harus memastikan bahawa semua bayi yang lahir di rumah atau hospital mesti diberi suntikan I.M vitamin K.
- Sumber vitamin K yang lebih penting ialah bakteria di dalam usus neonat yang boleh menghasilkan vitamin K. Usus neonat yang menyusu dari susu badan, mengandungi bakteria jenis laktobasilus yang tidak boleh menghasilkan vitamin K jika dibandingkan dengan bacteria jenis lain yang terdapat di dalam usus neonat yang menyusu dari susu tepung.
S6 : Adakah terdapat bayi lain yang lebih berkemungkinan mengidap ini selain daripada bayi yang menyusu susu ibu? Bayi kepada :
- ibu yang menerima rawatan terhadap penyakit sawan semasa mengandung.
S7 : Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengesahkan penyakit ini? Ujian pembekuan darah “Prothrombin Time” (PT) akan mengesahkan penyakit ini. PT akan berpanjangan.
- ibu yang memakan ubat mencegah pembekuan darah semasa mengandung seperti warfarin, adalah lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini. Bayi yang mengidap cirit-birit berpanjangan juga berisiko tinggi mengidap penyakit ini.
S8 : Apakah rawatan yang harus diberikan kepada neonat yang mengidap penyakit ini?
- Vitamin K 1 mg jika diberi secara suntikan I.M. atau I.V. biasanya dapat memberhentikan pendarahan di dalam jangkamasa dua jam.
Dr. Tang Siew Ching
- Sekiranya pendarahan terus berlanjutan, pendarahan serius atau pendarahan di dalam otak (sila lihat gambar dibawah) berlaku, pemindahan darah akan diperlukan serta rawatan intensif.
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia
Selepas membaca artikel mengenai hemoragik bayi baru lahir ni, sememangnya setiap apa yang diberitahu itu berlaku dan bertepatan dengan keadaan anak mama.
Rujuk S1: Mama agak terkejut bila Tok Mail tanya anak mama ada dapat Vitamin K ke tak? Memandangkan ini pengalaman pertama mama menimang cahaya mata, mama pun tak tahu bila dan bagaimana Vitamin K itu diterima oleh seorang bayi. Sebabnya, Tok Mail kata setiap bayi wajib menerima suntikan Vitamin K sejurus selepas lahir dan hanya satu dos (kat artikel atas tadi tu ada bgtahu satu dos tu berapa mg) sudah mencukupi. Tapi apabila anak mama mengalami hemoragik ini, untuk menyelesaikannya secara cepat, doktor telah menyuntik sebanyak tiga dos vitamin itu sehari kepada anak mama. (Isu Vitamin K ini pun isu yang panazzz sebenarnya, menyebabkan mama perlu membuka satu entry penuh untuk bercerita mengenai suntikan Vitamin K ini.. nantikan ya... huhuhu)
Rujuk S2: Dah tentu2 sejak lahir mama nampak anak mama kelihatan sihat2 je dan memang anak mama hanya minum susu ibu. Mama tak dapat tahu pada hari keberapa sebenarnya pendarahan dalaman anak mama itu berlaku, tapi yang pasti lepas tali pusat anak mama tanggal hari kelapan, pusat anak mama tak berhenti keluar darah. Bermula daripada hanya tompokan, lama kelamaan semakin banyak dan banyak. Rupanya pendarahan itu berlaku secara luaran (melalui pusat yang boleh nampak) dan secara dalaman (Yang sudah pastinya tidak nampak). Hanya ketika anak mama berusia 22 hari baru mama nampak anak mama ada muntah, buang air besar dengan tahi yang berdarah. Dan pada hari ke-22 ni jugalah anak mama mengalami sawan yang pertama dipercayai ketika ini darah sudah mula sampai ke otak.
Rujuk S3: Sama je macam Doktor Ismail bagitahu. Anak mama mempunyai masalah pembekuan darah. Means, kalau normal, darah manusia ni akan kering atau berhenti sendiri sekiranya berlaku luka dsbnya. Tapi anak mama tak. Sebab tu darah di pusat anak mama juga tak kering2. Dan sekali sekala masa amik darah (sebab jaundice dua minggu), bekas injection amik darah tu akan lebam dan lambat cikit darah nak berhenti.
Rujuk S5: Ini yang mama kata mama akan cerita di entry yang lain dengan panjang lebarnya. Mengenai suntikan Vitamin K. Seperti yang diberitahu suntikan ini wajib diberi kepada setiap bayi yang baru lahir.
Rujuk S7 dan S8: Ujian PT inilah yang dibuat pada anak mama sejurus anak mama dikesan mengalami pendarahan dalaman. Sebelum menjalani pembedahan pertama (untuk memasukkan tiub dan mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam otak akibat saluran yang sudah ditutupi dengan darah beku), bacaan ujian PT ini perlu di range yang ditetapkan (tak ingat plak berapa ek) Selagi bacaan tidak seperti yang dikehendaki, Vitamin K perlu disuntik lagi sehingga masalah pembekuan darah tadi benar2 kembali normal. Sebab tu, doktor bagitahu anak mama disuntik Vitamin K sebanyak tiga kali kemudian barulah anak mama boleh proceed untuk pembedahan. Maksud di sini, selagi masalah pendarahan itu tidak pulih lagi, macam mana nak buat operation. Sebab nanti kalau operation kan lagi banyak darah yang akan keluar then kalau darah tu tak berhenti, camne plak kan.
Jadi, kesimpulan kat sini, akibat masalah pembekuan darah yang dialami anak mama yang dipercayai akibat kekurangan Vitamin K, berlaku pendarahan luaran dan dalaman berterusan yang akhirnya sampai ke otak dan membeku sehingga menyebabkan ada saluran2 yang tersumbat, termasuklah saluran yang berfungsi untuk menyalurkan cecair dihasilkan otak untuk ditransfer ke seluruh tubuh badan. Apabila saluran ini tersumbat, cecair di otak yang terhasil setiap hari itu tidak dapat mengalir keluar dan menyebabkan ia terkumpul dan seterusnya kepala anak mama membesar. Anak mama lahir dengan ukur lilit kepala 33cm dan pada 6hb itu, saiz kepala anak mama meningkat terus kepada 37cm. Kerana itu, pembedahan pertama dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan cecair terkumpul itu demi menyelamatkan nyawa anak mama (ketika itu, ubun-ubun anak mama sudah terlalu keras kerana berlaku tekanan yang teramat sangat). Bagaimanapun, apabila melakukan scan, didapati darah2 beku itu bukan berlaku pada satu bahagian otak saja, tetapi sudah merebak dan hampir setiap inci dan setiap penjuru otak anak mama dipenuhi darah2 beku. Sebab itu, satu tempoh diberikan untuk darah2 beku ini cair (bergantung pada ubat) dan walaupun ia sudah pulih, luka2 atau bekas2 darah beku itu menyebabkan kecederaan yang memberi kesan kepada perkembangan anak mama. (Untuk bahagian otak ini, seorang lagi pakar mengambil alih tugas dan mama akan cerita di entry lain)
Oklah, mama rasa cukup dah kot pasal pendarahan dalam otak ni. Nanti mama cerita pulak saat dan detik yang sukar untuk mama lupakan dan menjadi titik bermulanya perubahan besar dalam kehidupan Mama, Papa dan semestinya Anak Mama tersayang.
Anak Mama dgn Papa 2hb Nov 2013 -- gambar terakhir papa dengan anak mama sebelum papa balik KL Tiga hari lepas tu, dapat panggilan anak mama masuk NICU, papa terus pecut kete balik JB semula |
Agak lenguh bahu ni sayang. So, mama ingat mama stop dulu k. Nanti mama story2 lagi k. Gudnyte syg.. Love u soooooooooo much..
teruknye saket yang anak k0 kene iz..hmmm..semoga tabah ye..
ReplyDeletetengkiu..
Delete