Monday, 19 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 1)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. I'm back, sayang. Arini mama start story awal sikit sebab ingat nak cerita panjang2 n lama2 ngan anak mama. Hopefully sempatlah sementara anak mama ngah tidur tu. hihi

Sayang, sebenarnya mama takut nak memulakan cerita hari ini. Sebab, inilah memori dan peristiwa yang pasti membuat air mata mama mengalir tanpa henti. Tapi, mama nak anak mama tahu juga cerita ini, detik dan saatnya perubahan besar berlaku dalam hidup anak mama, mama n papa.

Isnin, 4 November 2013

Hari ke-21 anak mama lahir di dunia ini. Selama ni mama nampak anak mama sihat dan tiada apa yang memelikkan pada anak mama. Cuma sejak lahir, dua minggu anak mama kena ulang alik hospital untuk check kuning anak mama. Tapi, bacaan kuning tu tak lah tinggi. Paling tinggi pun dalam 12 je after that sehari demi sehari turun turun n turun sampailah 9.2. Lagi satu pusat anak mama. Lepas tali pusat anak mama tanggal hari ke-8, pusat anak mama tak kering. Setiap kali pakai pampers, akan ada kesan darah pada pampers di bahagian pusat. Lama kelamaan drpd hanya kesan tompokan, die makin byk plak. (mama akan cerita lanjut pasal darah di tali pusat ni nanti)

Sepanjang hari ni, anak mama nampak biasa je. Cuma sekali sekala anak mama gumoh (keluar susu dr mulut lepas minum dlm kuantiti sedikit. Bukan muntah). N sesekali masa gumoh tu mama nampak macam ada darah sikit. Memandangkan anak mama breastfeed n minum direct, mama think positive cakap maybe my nipple luka kot. N sesekali bila anak mama berak, memang nampak ada darah jugak sikit. N dis one memang terjadi beberapa hari sebelum ni pun. Tapi, bila mama jadi orang yang asyik nak pikir postif je, susah jugak. Ingat tak ada apa. Sepanjang hari anak mama lebih banyak menangis. Think positif lagi, "lapar kot". Bila maghrib, anak mama lagi teruk plak nangisnya. Yang mama fikir "biasalah, maghrib kan." So, time tu, nenek n atok baca Yassin dengan doa supaya anak mama kurang menangis dan dijauhkan sekiranya ada gangguan apa2.

Sampailah ke malam hari, anak mama still crying. Atok try call seorang kenalan yang boleh 'membaca sesuatu' dari jauh. Dan hasilnya, dia bagitahu anak mama kerap nangis sebab nama anak mama terlalu berat untuk anak mama bawa. Yup, perkara biasa bagi zaman nenek moyang bila bayi selalu nangis, biasanya nama tak sesuai. Dats why from calling u Harits, tukar kepada Muhammad @ Riz @ Addin. Tu tiga nama je yang boleh dipanggil. (I'll tell u more about your name)

Dalam pukul 10 malam, tibe2 anak mama muntah. Yup, kali ni muntah yang membuak2. Anak mama dalam keadaan baring telentang time tu sambil berbedung. Mama plak dah terlelap sekejap tepi anak mama. Tibe2 mama dengar anak mama batuk, bila mama bukak mata, tengok tepi bibir anak mama ada susu. Mama ingat gumoh lagi. Time mama bangun nak lap tu, 'Blueeeekkkk'.. Anak mama muntah terpancut dari mulut. Mama terus ngiringkan anak mama, memang time ni dah nampak ada darah dlm kuantiti yang banyak sikit drpd selalu. Bantal, tilam, baju, selimut semua jangan cakaplah, memang habis basah.

Lepas siap lap and bersihkan, mama cakap ngan nenek, kalau tak ok, ingat nak bawak g klinik esoknya. Nenek kate ok. So, malam tu anak mama tido, mama pun tido sebelah. Sejak lahir aritu memang nenek pun tidur sama2 ngan mama n anak mama. Kirenya anak mama tidur tengah dan diapit nenek n mama.

Selasa, 5 November 2013

4 pagi. Anak mama terjaga malam and nangis. Mama bangun nak susukan anak mama. Sekali masa mama nak salin pampers, mama nampak darah dari pusat anak mama banyak sangat. Dah bukan cair2 dah warna darah, pekat dah. Mama kejut nenek sebab masa tu anak mama cry je. Nenek kate try bagi susu dulu. Anak mama tak nak minum. Nangis, nangis and nangis. Nenek suh bagi guna 'syringe'. Ok, try bagi guna syringe, mula2 anak mama minum. Tibe2 anak mama muntah lagi, padahal minum tu tak banyak pun. Baru dua tiga kali picit syringe tu. At last, nenek decide bawak hospital. Terus nenek siap2 n kejut atok mintak hantarkan. Mama kena ikutlah sebab takut take time nak check anak mama, nanti anak mama lapar so, mama kena ada sebab nak susukan sayang mama ni.

Tak sampai 10 minit, sampailah di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Alhamdulillah tak ada patient lain untuk masuk bilik emergency. Nenek tolong bagi surat beranak anak mama kat kaunter pendaftaran n mama bagitahu yang mama datang sebab pusat anak mama berdarah. Kejap je, nama anak mama dipanggil n mama masuk.

Mama letak anak mama atas katil yang ada di bilik emergency tu. Datang seorang doktor. Kecik je doktor tu tapi dengan penuh gaya n kemas je walaupun awal2 pagi buta camtu. Tak terpikir langsung nak tahu nama doktor tu.

Doktor : Kenapa ye baby?
Mama : Doktor, tengokkan pusat anak saya ni. Sejak tali pusat tanggal hari ke-8 aritu, asyik berdarah je. Tibe2 hari ni tengok makin banyak lah darah die. Pastu baru kejap ni, tak nak minum plak, muntah banyak malam tadi.
Doktor : (Sambil belek pusat anak mama) Ohh, ni tak ada apa ni. Dia berdarah sebab asyik bergesel dengan pampers. Kena tutup ni, nanti darah dia berhenti lah.
Mama : Oooohhhh
Doktor : (cakap dengan nurse) Amik _____ (mama tak tahu apa nama Ubat Kuning dlm medical) n gauze (kain kasa)
Doktor : So, saya dah letak ubat kuning ni n saya tutupkan lah supaya tak bergesel dengan pampers die. (Dengan muka confidentnya doktor kata "tak ada apalah ni")
Mama : Tapi doktor, dia tak nak minum, muntah tu sume kenapa ye?
Doktor : Nampak die ok. Unless kalau die muntah atau berak keluar darah, then maybe something wrong.
Mama : Ehh doktor, memang die ada muntah n berak keluar darah.
Doktor : Yeke? Hurmmm, camnilah, saya kalau nak tahan dia dalam wad pun, wad penuh. Balik dulu, tengok camne. Nampak macam tak ada apa tu.
Mama : (keluarkan surat daripada Klinik Muru untuk refer pakar kanak-kanak, Dr Lai) Ni aritu ada pergi klinik, then doktor suh refer pakar kanak-kanak dan doktor tu cadang jumpa Dr Lai kat hospital ni. Tapi, masa tu mak saya bawa gi jumpe Pakar Kanak-kanak, Dr Gerrard dekat Klinik Pakar Kanak-kanak, Taman Perling.
Doktor : Ohh, nak jumpa Miss Lai die tak ada lah. Arini kan public holiday (Awal Muharram), esok plak die off. Hari Khamis lah baru datang ye.
Mama : Hurrmmmm oklah.
Doktor : Lagi satu, jangan bukak ye gauze dekat pusat tu sampai awak datang jumpa Miss Lai nanti. Biar je dulu sampai darah tu nampak dah kurang.
Mama : Ok doktor.

Mama keluar dari bilik emergency sambil mendukung anak mama yang dah siap dibedung semula. Anak mama diam dan cuba nak tidur. Nenek tanya doktor kata ape n mama cerita lah. Then ingatkan ada kena bayar ape2 tapi kaunter kate tak ade apa2 bayaran. Alhamdulillah, nenek kate "syukur, rezeki cucu nenek. Datang tak de org lain, pastu tak payah bayar pulak."

Balik rumah, masih situasi yang sama. Cuma bezanya anak mama semakin letih dan lemah. Tak aktif. Nangis tak kuat. Lebih kepada merengek. But still mama tak rasa pelik sangat. Lagi satu baru mama perasan perubahan kulit anak mama semakin putih (tadi masa jumpa doktor pun dah putih macam ni doktor tak kate ape pun) and kepala anak mama bulat je (sepatutnya ada lekuk sikit coz mmg kepala baby baru lahir not so round) Tapi tahu tak apa mama cakap masa tu pada diri mama? Mama cakap "Eh, putihnya anak mama, ikut mama lah ni. hihi" and "Kepala anak mama dah ok dah, dah takde dah lekuk2." Emm, ayat seorang ibu yang bodoh,tak pernah tahu warna kulit pucat macam mana n tak pernah amik tahu bila kepala seorang bayi akan betul2 jadi bulat and keras.

Sepanjang hari ini, memang nampak anak mama kurang minum. Macam semalamnya, mama bagi minum guna syringe. Alhamdulillah, anak mama telan jugak bila bagi susu guna syringe. Tapi, hati ibu ini kejap2 memang ada rasa sesuatu tak kena. But mama always try to be positive. Especially bila nampak anak mama tenung mama dgn mata yang layu. Sometimes anak mama hanya pandang setempat je. Bila panggil anak mama try so hard untuk toleh sedangkan kalau anak mama aktif, cepat je anak mama main pusing2 kepala. Sepanjang hari ni pun nampak anak mama takdelah diam je, ada jugak nangis2. Maybe sebab anak mama lapar kan.

Tengahari, masa mama n nenek makan, kami duduk kat meja makan depan and tak jauh dari katil anak mama baring. Masa tu mama cuma nampak bahagian kaki anak mama je. Suka mama bila anak mama punye kaki bergerak. Sepanjang hari tu kan anak mama diam je. Tak aktif. Bila nampak anak mama gerak kaki, mama rasa happy. Tapi tahu tak macam mana kaki anak mama gerak? Anak mama buat cycling. Means, macam kaki tgh mengayuh basikal. Seorang ibu yang bodoh ini jugaklah yang cakap "Mak, tengok tu riz dah aktif sikit. Die nak jugak gerak kaki dia." Astaghfirullahalazim. Anak mama tahu tak sebenarnya apa maksud anak mama tgh cycling tu? Tu lah sebenarnya kali pertama anak mama kena sawan. Yes, SAWAN! Tapi mama tak tahu langsung itu antara cara budak kena sawan.

Dalam petang tu, ada nurse datang rumah. Check-up anak mama n mama. Wah, paling terkejut nurse kate semua benda pada anak mama ok. Cuma bila anak mama merengek tu, nurse tanya anak mama lapar ke sakit? Mana lah mama nak tahu kan. Cek gitu2 je, pastu balik. Ok, Bubbye Nurse.

Lepas nurse balik, nenek kata mandikan je lah anak mama. Then, buka baju sume, terkejutnya mama n nenek bile tgk gauze pd pusat anak mama tu dah jadi hitam. Kenapa hitam? Sebab darah merah yang pekat dan banyak dah keluar sampai tak nampak langsung warna putih cream gauze tu. Nenek kate abis tak akan tak tukar sampai Khamis (hari untuk jumpe pakar kanak-kanak, Dr Lai). Memang ngeri tgk (gauze yg ni ma takde amik gambar tp mama simpan lama sangat dan baru buang awal bulan April aritu sebab bau dah terlalu busuk). So, nenek cadangkan buka n tukar. Kebetulan ada gauze ayah ngah (abang mama), so amik sikit and tutup semula pusat anak mama tu.

8 malam. Mama bagi anak mama minum susu. Pakai syringe jugak. Kali ini, anak mama menolak. Bukan saja menolak dengan palingkan muka, tapi bila berjaya mama picit syringe dan susu masuk mulut, anak mama terus keluarkan semula. Banyak kali mama try, langsung anak mama tak nak minum. Tibe2 anak mama tidur.

To be continue........

2 comments:

  1. Ya Allah,sedihnyaaaa.xtahan sebak membaca nya.banyak kita kena belajar.dan doktor yg terpelajar tu juga hanya ckp xde pape.

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri bnyak belajar dan jadikan perkara yang berlaku ni sbg pengajaran. Tak mungkin saya mahu sejarah berulang. tq awak..

    ReplyDelete