Saturday, 31 May 2014

Berita Harian 31/05/2014

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Huyyyooo anak mama masuk surat khabar. Hihi. Ni bukan nak glamour la syg, ni untuk readers buat tmbah2 ilmu pengetahuan bila baca artikel ni. Sebab tu masa reporter cakap nak buat story anak mama ni, mama tanya dulu untuk kolum ape. Bila dia cakap untuk kolum Sihat, then mama ok. Tapi kalau dia cakap untuk kolum yang macam 'Prihatin' ke dsbnya mama tolak kot. You know what I mean right. Ok, mama nak baca artikel ni jap. Hihi.



Love u sooooo much sayang.

Thursday, 29 May 2014

Dengarlah Bintang Hatiku

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Sayang, dengar lagu ni k. Ikhlas dari hati mama.
Love U soooooo much, Muhammad Harits Addin B Khairul Fahmee






Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawakuKarena bagiku engkaulah nyawaku

Tuesday, 27 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 4)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang anak mama. Setelah beberapa hari akhirnya mama gagahkan diri menyambung cerita mama ni. Dah berapa hari asyik ngantuk je. hihihi.

Rabu, 6 November 2013

Tengah mama n nenek lunch, (mama makan bubur je, takde selera nak makan, dah la tgh berpantang plak tu kan) tibe2 ada dapat call drpd nombor 07-*******, mama dapat agak dah ni nombor hospital.

Mama : Hello Assalamu'alaikum.
Nurse : Wslm. Ibu Muhammad Harits ye?
Mama : Ye saya.
Nurse : Saya nak bagitahu, nanti Dr Azman, neurosurgeon datang pukul 1.30pm. Nanti puan balik semula ke hospital k.
Mama : Ohh, ok2. Saya kat bawah je ni, tengah makan kat kantin.
Nurse : Owh yeke. Ok2.

Hurm, makan tengahari tu tak de lah lama sangat. Jadi, sementara nak menunggu pukul 1.30pm tu, aduuuiii macam2 dalam kepala otak mama ni. Macam2 pikir. Nak pergi sembahyang, time dalam pantang ni, tak boleh sembahyang, sayang. Tapi dalam hati ni, tak putus2 mama doakan yang terbaik untuk anak mama. Tok (mak papa) ada telefon juga time ni. Menangis2 tok. Tok dah tahu apa yang berlaku sebab papa dah bagitahu. Tok cakap, tok n wan dah dalam perjalanan nak ke JB. Angah (abang papa) and Kak Niza (wife angah) dah amik cuti, terus gerak ke JB. Mama sempat call papa juga time ni. Tapi, kesian papa, hanya tangisan yang sedu-sedan mama dengar. Kali kedua papa nangis. First time dulu masa hari pernikahan mama n papa. Kali ni, kerana anak mama pula. Mama tak tahu lah berapa laju papa pecut kereta untuk sampai ke JB cepat. Mama pun tak nak tanya sebab mama tahu keadaan papa waktu tu mesti dah tak keruan.

Alhamdulillah, jam dah 1.30pm. Hati mama berdebar2. Mama cuba berlagak cool walaupun memang tak jadi dah. huhu

Melangkah lah mama ke dalam nursery tu. Satu susuk tubuh seorang lelaki yang begitu segak dan kemas (puji Dr Azman sikit. haha.) tengah membelakangkan mama. Dia tengah pandang pada satu monitor yang berada di dinding nursery. Di monitor tu terdapat gambar scan otak anak mama. Mama tahu tu anak mama punye, sebab pagi tadi kan mama tengok masa Dr Ismail tunjuk.

Mama : Doktor.
Dr Azman : Ibu Harits?
Mama : Ye saya.
Dr Azman : Sebenarnya saya nak terangkan pada Puan tentang imej ni, review daripada sayalah. Tapi, saya tadi dah minta diorang buat CT Scan sebab lebih nampak. So, saya kena amik masa lagi sikit, untuk bawa baby buat CT Scan. Nanti saya akan terangkan lebih lanjut. Tapi takpe, kite tengok pada imej yang ada ni.
(Doktor mula terangkan pada mama sambil merujuk pada monitor yang paparkan imej scan otak anak mama tu)
Mungkin Dr Ismail dah bagitahu pada Puan kan, yang sebenarnya ada banyak darah beku pada otak anak Puan. Puan tengok pada saluran ni, darah beku dah blocked kat sini, so, cecair yang dihasilkan oleh otak anak Puan memang tak dapat mengalir ke badan. Ikut pada test yang ada kat sini, penghasilan cecair oleh otak anak Puan normal, sebab tu bila cecair tu produced everyday dengan kuantiti yang normal, tapi dia tak dapat mengalir keluar, so dia terkumpul pada bahagian kepala ni. Sebab tu berlaku tekanan yang kuat di sini, sebabkan kepala anak Puan pun dah semakin membesar. Ubun-ubun pun sangat keras. Kalau dibiarkan, sampai masa boleh, maaf ye, 'tumbang' macam tu je.
Mama : Saya ingat kepala dia memang dah mula mengeras sebab kononnya baby dah besar.
Dr Azman : Ish, taklah. Tulang-tulang kepala budak mula bercantum umur dah nak setahun lebih. Tu pun kadang2 ada yang lambat. Ni anak Puan baru 23 hari kan. Mustahil ubun2 boleh keras macam ni. Saya tunjuk contoh brain seorang patient ni ye. Die dah berusia 6 tahun. Awak boleh nampak beza dia?
Mama : (Mama angguk je. Memang mama nampak sangat berbeza. Mama takde contoh plak nak tunjuk.)
Dr azman : (Dr Azman ambil kertas dan lukiskan apa yang dia nak terangkan) Sekarang ni, apa yang kita perlu buat adalah kurangkan tekanan pada kepala dia. Kita boleh buat pembedahan, masukkan tiub secara temporary untuk salurkan cecair ni keluar dulu. After that, baru boleh buat next step if necessary. Ada apa2 nak tanya?
Mama : Operation tu maksudnya?
Dr Azman : (sambil lukis kat kertas) Kita akan tebuk sikit di bahagian kepala dia. Usually di sebelah kanan atas sebab kita nak kurangkan gangguan pada otak sebelah kiri. Kita masukkan tiub dan nanti cecair yang dah banyak terkumpul akan mengalir keluar. Sampai cecair tu kurang and kepala dah takde pressure, kemungkinan besar baru kita buat operation untuk apply tiub yang permanent. Faham?
Mama : Hah? Maksudnya memang kena pakai tiub yang kekal tu?
Dr Azman : Kemungkinan. Itu jangkaan awal saja. Sebab anak puan baby lagi, otak masih bekembang. Kalau dia boleh recover cepat, mungkin kita tak perlu permanent tiub tu.
Mama : Ooohh (lega)
Dr Azman : Lagi satu, sebab apa kita tak boleh buat satu pembedahan terus untuk buang darah beku tu sebab ada orang bila berlaku bleeding dalam brain, dia setompok je. Sebab tu kita boleh tebuk pada kawasan darah beku tu dan buang terus. Tapi anak puan, darah beku dia dah scattered. So tak kan lah kita nak tebuk sana sikit, sini sikit kan. So, untuk cairkan darah beku, kita akan guna ubat. So, depends on how long anak puan perlukan ubat tu untuk darah beku dia semua cair. Tapi puan kena tahu, walaupun darah beku dah mencair tapi di kawasan2 darah beku ni akan berlaku luka. Luka ni yang perlukan masa untuk recover. Harap2 anak puan boleh cepat recover. Bila berlaku luka dan kecederaan di otak macam ni, kebarangkalian untuk berlaku 'kekurangan' pada anak puan dan mengganggu sedikit perkembangan dia itu memang ada. Cuma kita doa lah supaya anak puan kuat.
Mama : (Diam je sambil2 mengesat air mata yang dari tadi memang mengalir je. Dr Azman mmg seorang doktor yang bagus. Sebab ape? Dia takde push2 mama, dia bagi mama time untuk berfikir and dia bagi mama time untuk tanya apa2 pun soalan)
Dr Azman : Puan ok? Ada apa2 nak tanya saya?
Mama : Bila kena buat operation ni?
Dr Azman : Secepat mungkin. Kalau boleh hari ni. (Dia pandang mama n tanya banyak kali mama ok tak.)
Mama : Emmm sekarang ke?
Dr Azman : Ohh bukan. Dr Ismail ada bagitahu yang dia tengah pantau PT Test anak puan? Means nak tahu masalah pembekuan darah tu dah pulih belum. Operation tak boleh dibuat selagi masalah pembekuan darah belum pulih sebab nanti kan bila operation lagi banyak darah keluar and kalau darah tak berhenti akan masalah nanti.
Mama : (Mama angguk je lagi)
Dr Azman : Takpe, sekarang saya tunggu result CT scan. (Kat dalam NICU tu mama tengok memang ada beberapa orang dari bahagian X-ray dah uruskan buat CT scan pada anak mama. Termasuk Dr Ismail sebab tadi dia masuk kejap dan tegur Dr Azman. Mereka bincang sesuatu di depan mama then Dr Ismail terus ke katil anak mama untuk tengok orang buat CT scan pada anak mama.) Cuma, kalau puan setuju untuk buat pembedahan pada anak puan, puan nak kena sign borang ni. (Doktor keluarkan satu borang)
Mama : (Mama masih termenung sambil tengok borang kebenaran pembedahan tu. Memang mama tak pikir panjang sebab apa2 pun mama redha untuk anak mama dibedah. Mama tahu pembedahan ni jalan terbaik untuk selamatkan anak mama. Tapi jauh di sudut hati mama, memang berat untuk mama memberi keizinan ini pada doktor. Rasa macam nak putar balik jam mama, nak ulang balik masa bermula daripada mama mengandungkan anak mama. Mama nak betul2 jaga diri dan kandungan supaya langsung tak berlaku sebarang perkara yang boleh menyumbang kepada perkara yang berlaku sekarang ni.)
Dr Azman : (Tengok mama masih berdiam diri, Dr Azman cuba mencelah) Macam ni lah puan, puan kena fikir sama ada pembedahan ni puan izinkan atau tak, risiko dan kesan tu tetap ada. Cuma kalau pembedahan ni dibuat, kesan buruk lebih sikit berbanding kesan yang baik. Berbanding kalau puan tak nak kita buat pembedahan ni, kesan buruknya lebih banyak di masa akan datang.
Mama : Emm, ok saya sign borang ni.
Dr Azman : Ada nak tanya saya apa2 lagi sebelum sign? (Mama pelik juga banyak kali doktor tanya 'nak tanya apa2 lagi tak'. Sekarang baru mama terperasan mungkin soalan doktor tu mengharap pada mama tanya berapa kos pembedahan ni. Sebab dia mungkin kena bersedia sebab ada juga yang tak setuju buat pembedahan sebab kos yang tinggi. Apatah lagi dengan statusnya sebagai PAKAR dan dibuat di hospital SWASTA. Tapi, percayalah perkara2 duit, kos dsbnya langsung tak terlintas di fikiran mama. Kalau tak ada duit, mama akan cari. Yang penting nyawa anak mama diselamatkan dan anak mama sihat dan kembali normal)
Mama : Takde. Saya nak sign.
Dr Azman : Ada nak tanya husband ke sesiapa ke?
Mama : Takpe. Suami dah on the way. Nanti saya bagitahu dia. (Ni yang mama cakap bukan niat mama nak membelakangkan papa. Pada ketika dan saat getir seperti ini, memang mama dah tak nak tunggu walau sesaat pun. Selagi boleh dipercepatkan segala proses untuk menyelamatkan anak mama, mama akan buat dengan segera.)
Dr Azman : Oklah macam tu. Saya isikan borang, nanti puan sign.

Akhirnya, tibalah saat mama menurunkan tandatangan untuk membenarkan kepala anak mama dibedah. Betapa beratnya hati ini tapi mama redha. Memandangkan CT scan masih belum selesai, Dr Azman suruh mama tunggu di luar sehingga dia panggil. Sebelum keluar mama sempat tanya nurse di situ "Nanti husband saya datang boleh tak saya terus bawa dia masuk?" Nurse kate "Boleh2, masuk je terus. Cuma kalau doktor ada tengah buat apa2 prosedur, kena tunggu kejap lah."

So, mama pun tunggu lah di tempat biasa bersama nenek. Tunggu sampai papa tiba dan tunggu sampai doktor panggil sekali lagi.

Better mama stop Part 4 ni di sini. Senang nanti anak mama nak baca Part 5 untuk part lepas papa sampai. hihi. Ok sayang. Love u sooooo much. Muuaaahhh!!!!

Tuesday, 20 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 3)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang. Arini mama sambung sikit lagi kejadian pada 6 November 2013 k.

Rabu, 6 November 2013

Lepas mama keluar drpd nursery tu, mama kesat air mata. Mama jalan terus ke bilik menunggu. Nenek dah tak sabar nak tahu apa yang doktor cakap.

Nenek : Nape dik?
Mama : (sambil nangis teresak-esak) Mak, tadi Dr Lai yang jumpa Iz. Mak, cara doktor cakap macam Iz dera Riz pulak. Takkanlah Iz nak dera anak kandung Iz sendiri mak.
Nenek : Lar, kenapa pulak die kate gitu?
Mama : Yang lebam kat tangan Riz tu doktor kata kena gigit. Bila Iz cakap mungkin serangga, dia kata bukan, memang ada nampak kesan gigitan besar macam kesan gigitan orang bukan serangga.
Nenek : Tapi, takkanlah ada orang gigit. Sapa pulak nak menggigit.
Mama : Mak, budak2 (cucu2 nenek yang lain) tu ke mak? Agaknya diorang geram kadang2 Ateh (mama) marah, diorang lepaskan pada Riz.
Nenek : Tak delah, budak kecik semua tu. Mana diorang tahu nak berdendam ke apa. (Nenek terus pujuk2 dan tenangkan mama)

Mama keluarkan semula baju dan lampin anak mama yang masih ada kesan darah tu. Mama cium2 untuk lepaskan rindu. Tiba2, nurse datang panggil. Dalam nursery, nurse minta mama sign satu borang. Borang kebenaran melakukan pemindahan darah pada anak mama.

Nurse : Puan, isi borang ni dan tandatangan di bawah ye. Ini untuk kebenaran pindahkan darah.
Mama : (Terus isi dan sign tapi tak sempat tanya apa2, tapi nurse terus terangkan je)
Nurse : Doktor dah amik bacaan darah tadi, memang darah dah tak ada. Sebab tu Puan nampak badan anak Puan putih melepak. Sebenarnya itu pucat sebab darah dah semakin berkurangan. Kita kena masukkan darah lah ye guna tabung darah hospital.
Mama : (Just angguk je. Mama tak dapat jengah anak mama sebab nurse dah suruh tunggu luar)

Seperti biasa, mama terus ke bilik menunggu dan bagitahu nenek apa saja yang berlaku dan diberitahu pada mama. Macam tu lah berterusan sepanjang hari. huhu. Dalam pukul 5.30 pagi, nurse India tadi datang dan beritahu yang mama kena amik darah.

Nurse : Puan, sekejap lagi dalam pukul 6, puan naik ke tingkat 5, puan pergi amik darah ye. Pergi ke makmal.
Mama : Pergi dan nak cakap ape?
Nurse : Takpe, mereka dah tahu. Just mention puan ibu Muhammad Harits. Lagi satu, lepas ni, anak puan akan dibawah Dr Ismail. Dr Ismail akan datang dalam 7 lebih dan tengok anak puan.

Dalam pukul 6pagi, mama dan nenek pun naik ke tingkat 5. Mama dipanggil masuk ke makmal. Mama tanya pembantu di situ kenapa mama perlu amik darah? Darah yang nak bagi pada anak mama tu darah mama ke? Pastu, pembantu tu bagitahu bukan darah mama yang nak digunakan, tetapi memandangkan anak mama belum pun cukup sebulan, kadang2 susah nak baca dan detect jenis darah apa. Tambahan pula memang anak mama dah kekurangan darah. So, darah mama perlu diambil untuk mereka nilai dan lihat jenis darah mama dan mereka akan tahu apakah jenis darah anak mama.

Lepas amik darah, nenek ajak sarapan dulu. Aduhai, ikutkan hati memang mama tak nak keluar drpd level 3 tu. Tak nak g mana2. Mama tak nak jauh2 dengan anak mama. Mama suruh nenek bungkus, tapi nenek kata pergi kejap je. Lagipun ada kedai kat bawah hospital, boleh beli roti ke. Kami pun turun dan tengok kedai tak bukak lagi. Call atok suruh amik kitorang and cari kedai makan. Time ni lah mama try call papa. Papa dah bangun n angkat phone. Mama tanya dah baca mesej belum, papa kate belum. Then, mama pun bagitahu lah yang anak mama sekarang dalam NICU (Unit Rawatan Rapi Neonat). Papa mungkin tengah mamai, respon dia macam tak berapa terkejut. Yang terkejutnya mama sebab papa tanya "Tak mahal ke?" Aduh papa ni, mama memang langsung tak pikir pasal mahal ke murah, yang penting nyawa anak mama dapat diselamatkan. Mungkin papa sebelum tu mimpi belanja mama Hyundai Tucson kot sebab tu tibe2 bangun tanya "Tak Mahal ke?" hihi.

So, g makan kat Larkin. Mama memang dah tak lalu nak makan. Nenek paksa jugak mama makan sebab mama pun dalam pantang lagi, tak nak bagi perut masuk angin. Aduh sayang, memang terus terang mama cakap mama tak boleh nak telan makanan. Mata jangan cakap lah, dah merah setiap masa. Cuma air mata tu masih boleh dikawal lagi. Depan orang ramai, kena tahan jangan nangis. Tapi bila terpikir je pasal anak mama, air mata dah tak boleh hold2 lagi dah. Banjir JB. huhu

Balik semula ke hospital dalam 7 lebih, mama terus meluru pergi masuk nursery. Sebab mama nak tengok muka anak mama. Mama tak nak anak mama tinggal sorang2. Walaupun belum dipanggil, tapi mama sengaja pergi terus ke nursery, pandailah mama buat alasan. Yes, mama masuk and terus jalan diri depan NICU. Boleh nampak katil anak mama. Mama tanya nurse, "Doktor dah datang? Sebab tadi saya turun kejap, takut dah terlepas jumpa doktor." Haha. Nurse jawab belum lagi n kata "Takpe, tunggu luar dulu puan, nanti doktor datang saya panggil." Ok, tak kesah, yang penting sempat jengah anak mama. Sedihnya, anak mama terbaring je tu.

Mama sempat mesej papa lagi tanya apa plan die. Papa mula kata tak sure nak balik ke tak, keje banyak. Papa kata ape2 die bagitahu. Mama sikit tak marah walaupun terkejut papa macam tak serius, tapi mama tahu sebab papa tak diberitahu lagi hujung pangkal cerita. Mama pun tak sanggup nak bagitahu lebih, takut papa risau. Oklah, tunggu punya tunggu, agak2 dalam pukul 8@9 pagi, barulah mama dipanggil masuk ke nursery lagi. Now, mama tengok seorang doktor tengah buat scanning pada kepala anak mama.

Dr Ismail : Haa, ibu Harits ya?
Mama : Ye doktor.
Dr Ismail : Harits pernah jatuh? (Tanya tapi tak pandang mama pun. Tangan tengah scan kepala anak mama, mata pandang monitor)
Mama : Takde.
Dr Ismail : (soalan2 sama seperti Dr Lai tadi macam sapa jaga, sapa tinggal satu rumah, kat hospital sapa yang pegang sehinggalah.........) Hurm, awak nak tengok ni?
Mama : (Walaupun penuh gementar, mama pergi juga. Mama terus pandang ke arah monitor scanner tu dan nampak imej otak anak mama, tapi tak paham ape yang nak ditunjukkan oleh doktor)
Dr Ismail : Cuba tengok ini. Ada pendarahan berlaku di otak dia. Sana sini darah. Yang putih2 ni semua darah. Darah die dah merebak dan hampir semua ruang2 dalam otak ni ada darah. Darah sekarang dah beku. Sebab tu berlaku tekanan pada kepala dia. Awak boleh nampak kepala dia dah semakin membesar dan keras. Ubun-ubun ni kalau awak pegang, sangat keras. (Mama pun cuba pegang, iye memang keras) Ni semua sebab cecair yang dihasilkan otak dah banyak terkumpul sebab tak ada jalan keluar.
Mama : (Boleh tahu lah kan sepanjang penerangan Dr Ismail tu, memang mama dah teresak2 menangis) Dah lama ke doktor pendarahan ni?
Dr Ismail : Pendarahan mungkin dah berlaku lama, tapi dia mula membeku di otak ni dalam dua tiga hari.
Mama : (Dalam hati kata patutlah selama ni tak nampak anak mama pelik, tapi dua tiga hari baru nampak anak mama lemah dan tak aktif)
Dr Ismail : Yang lebam kat tangan dia ni berlaku sebab ada pendarahan dalaman lah. Bila berlaku pendarahan dalaman, bila kite tersentuh sikit pun badan, memang mudah terjadi lebam2 ni. Tengok kuku dia, dalam mulut dia, tu semua darah di bawah lapisan kulit. Means pendarahan tu berlaku di dalam, kita tak nampak. Sekejap lagi, kita akan panggil orang bahagian X-ray dan akan buat scan yang lebih lengkap. Awak tunggu luar dulu.

Mama keluar dan kesat air mata. Cuba menahan sebak. Mama jumpa nenek di bilik menunggu. Mama senyum pada nenek. Nenek tanya kenapa dan apa yang doktor cakap. Mama tak boleh nak cakap. Mama tekup muka mama dengan baju anak mama dan nangis sekuat hati. Nenek masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Mama cuba buka mulut. "Mak, ada darah dalam otak Riz, dah beku." Allahuakbar. Air mata nenek dah tak berhenti mengalir. Nenek peluk mama. Mama perlukan kekuatan pada waktu tu. Mama nangis, nangis dan nangis.

Sekali lagi, mama masuk ke NICU. Sayunya hati tengok anak mama masih letih dan tidak bermaya. Mata buka separuh je. Rupanya anak mama ditidurkan.

Dr Ismail : Saya bagi Harits ubat tidur sebab saya nak dia rehat. Tengok badan dia, dah mula merah. Pagi tadi dah masuk darah kan, so kena ambil masa juga darah nak circulate dengan betul seluruh badan.
Mama : Doktor dah tahu ke punca dia ape?
Dr Ismail : Disebabkan awak kata dia tak ada jatuh, jadi mungkin dia ada masalah pembekuan darah. (Dr Ismail pun amik kertas dan terangkan mengenai perkara ini. Sama seperti yang pernah mama baca dan post dulu.)
Dr Ismail : Ada buku yang hospital sana bagi tak? Buku rekod kesihatan?
Mama : Ada, tapi kat rumah.
Dr Ismail : Takpe, nanti bawa. Saya cuma nak tengok Harits dapat Vitamin K ke tak.

Tengah beriya Dr Ismail terangkan, Dr Lai datang dan mereka pulak borak berdua tentang anak mama. Masa ni lah mama dengar Dr Ismail bagitahu Dr Lai yang dia diagnos anak mama alami Hemorrhagic Disease of Newborn but in late stage. Kenapa late? Sebab dah hari ke-23. Sepatutnya kalau berlaku pendarahan sebegini akibat masalah pembekuan darah, ia sudah boleh dikesan sejak hari pertama atau kedua selepas kelahiran. Now, memang kira anak mama dah terlewat dihantar ke hospital. Maafkan mama sayang. Mama masih berdiri di kaki katil anak mama, tiba2 Dr Lai suruh mama keluar dulu sebab dia nak bincang dengan Dr Ismail. Dr Ismail sempat bagitahu dia nak kesan dulu anak mama sekarang di tahap mana.

Mama kembali ke bilik menunggu. Nenek rupenya dah bagitahu adik-beradik mama yang lain tentang keadaan anak mama dan mohon doa daripada semua keluarga. Papa je tak tahu lagi ni. Mama tak reti macam mana nak bagitahu. Mama takut papa panik dan jadi tak tentu arah. Mama harap sangat papa tak call, sekali tak lama papa pun call. Mama angkat dan buat suara cool dan biasa. Papa bagitahu, dia amik EL dan dh start drive balik JB. Papa terus tanya doktor ada bagitahu apa2 tak. Mula2 mama kata tak de. Mama suruh papa balik JB dulu dah sampai baru mama bagitahu. Tapi papa pujuk + paksa. Akhirnya mama terpaksa bagitahu. "Papa, Muhammad ada pendarahan dalam otak." Mulanya papa terdiam. Mama panggil2 papa and mama pesan jangan bawa kereta laju2. Dengan suara yang sudah nangis teresak-esak papa seperti menyalahkan diri papa. "Kenapa jadi macam ni? Kenapa, ma? Papa salah pegang Muhammad ke? Papa henjut dia kuat ke?" Mama tahu apa perasaan papa masa tu. Apa lagi, berada jauh daripada anak kesayangan dia. Mama pujuk papa dan suruh papa bertenang. Yang penting bawa kereta elok2 dan selamat sampai.

Lama sangat mama tunggu Dr Ismail panggil. Bila dah dipanggil, jumpe je doktor, soalan pertama mama adalah,

Mama : Doktor, kira anak saya di tahap ape?
Dr Ismail : Eh, saya tak beritahu lagi ke? Tahap kritikal.
Mama : (Allahuakbar)
Dr Ismail : Awak fikir macam ni je, otak ni paling penting. Kalau orang dewasa pun, berlaku apa2 pada otak dia, tetap di tahap kritikal. Apa lagi kanak2. Kecil mana pun yang berlaku pada otak, kita tetap panggil ia kritikal.
Mama : (Kesat air mata dengan tudung. Syukurlah doktor tahu macam mana cara nak tenteramkan mama)
Dr Ismail : Petang nanti akan ada pakar neurologi datang. Dia akan handle bahagian otak ni lah. So, dia akan terangkan lebih lanjut.

Mama and nenek g lunch kejap kat kantin hospital. So, esok mama sambung cerita apa terjadi pada sebelah petang k. Jom tidur dulu. Love u so much sayang. Gudnyte. 

Monday, 19 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang. Baca sambungan cerita mama ni k.

Rabu, 6 November 2013

Mama terjaga daripada tidur sebab dengar satu tangisan yang kuat drpd anak mama. Seriusly mama teramat terkejut sebab bayangkan dah beberapa hari anak mama kurang menangis dan mama jarang dengar tangisan yang amat kuat macam ni. Mama tengok jam, Ya Allah pukul 2 pagi. Ingat tak semalamnya kan anak mama tidur pukul 8 malam lepas anak mama tak nak minum susu tu. Lamanya anak mama tidur and tak bangun. Pelik sangat mama. Selalunya anak mama akan bangun minum susu setiap dua atau tiga jam sekali. Mama dah mula gabra sebab mama tahu anak mama nangis kuat mesti sebab anak mama lapar. Nenek terus cakap biar dia g amik susu kat dapur. Selama nenek kat dapur, anak mama masih menangis kuat sangat2 dan beberapa kali mama try bagi direct badan, anak mama tolak. Nenek yang kat dapur pun cakap, panik gila bila dengar tangisan anak mama tu sampai tak tentu arah nenek nak g amik susu dalam peti ais.

Nenek masuk semula bilik bawa susu dengan syringe. Sayang............ Tibe2 anak mama TERKULAI. NANGIS yang kuat TERHENTI. MATA TUTUP. KULIT PUTIH satu badan. Seluruh BADAN SEJUK. Mama terkedu. Mama yang nampak macam mama paling cool ni dah mula rasa nak pitam. Agaknya syaitan membisikkan sesuatu yag jahat pada mama sampai terlintas dalam fikiran mama "Anak aku tak ada ke?" Astaghfirullahalazim. Mama cepat2 bangun dan kembali kepada dunia realiti. Mama tanya nenek "Mak, kat luar hujan ke? Kenapa badan Riz sejuk sangat. Nenek kata agaknya kot. Ok, mama n nenek panggil2 anak mama, anak mama tak de respon. Anak mama tak menangis, malah tak tercuit sikit pun dengan apa yang mama buat pada anak mama time tu. Mama terus cakap pada nenek nak g hospital. Nenek suruh mama bersiap. Nenek dukung anak mama and bawa ke bilik nenek untuk nenek bersiap and kejut atok. Tibe2 nenek keluar dari bilik sambil panggil2 mama. Sayang, alangkah terkejutnya mama bila nenek tunjuk, baju anak mama dah dibasahi dengan darah. DARAH seluruh baju. Bayangkanlah keadaan waktu itu. Masa seolah2 terhenti seketika. Dunia macam gelap gelita. Sepanjang perjalanan ke hospital, nenek dukung anak mama dan masih sedaya upaya mengejut anak mama. Nenek tepuk2 belakang anak mama. Nenek cuma nak anak mama menangis walau sedikit pun jadilah. Malangnya, apa yang didukung nenek hanyalah tubuh kecil anak mama yang nampak seolah2 sudah tidak bernyawa. Mama hanya melihat dan dalam hati berdoa selagi ada masa.

Ni lah baju anak mama yang dipakai pada malam kejadian. Ni kesan2 darah yang tinggal. Mama tak amik gambar masa hari kejadian, mana nak terpikir pun. Lepas sebulan lebih baru mama basuh baju ni tapi tak boleh hilang dah darah tu. Bayangkan masa hari kejadian, darah2 tu berwarna merah pekat sekarang dah jadi coklat dah.
Sampai di hospital yang sama, nenek nmpk anak mama gerak sikit. Nenek terus cakap pada pembantu2 di situ yang nak bawa anak mama masuk bilik emergency dulu.

Nenek : Tolong buat sesuatu. Dia terlalu lemah ni. Minum apa pun tak lagi.
Pembantu : Ok, masuk letak kat katil. Tunggu doktor kejap.

Nasib doktor cepat datang. Ohhh, doktor semalam rupanya. Belum sempat doktor sampai ke katil anak mama.........

Mama : Doktor, tengok ni. Semalam doktor kata tak ada ape. Kenapa pusat dia keluar banyak darah ni doktor?
Doktor : (Nampak muka doktor panik. Doktor tak pandang mama langsung. Doktor cuma cakap dengan nurse2 kat situ.) Bersihkan dia, hantar ke nursery.
Mama : Wad ada kosong ke doktor?
Doktor : Umur dia bawah sebulan kan, so kita hantar ke nursery.
Mama : (Sebenarnya mama sangat2 terkejut. Kenapa semalam doktor tak tahan terus anak mama kat nursery sedangkan belum cukup sebulan, duduk nursery bukan wad? Kenapa doktor kata wad penuh? Mama malas nak cakap banyak, mama biarkan saja persoalan tu)

Mama dan nenek terus berada di sisi anak mama sambil pembantu2 di situ membersihkan anak mama. Mama bagi baju anak mama yang mama ada bawa. Salinkan pampers dan bedung anak mama. Keadaan anak mama masih seperti tadi cuma anak mama sudah buka sedikit mata. Tetapi masih belum ada sebarang bunyi atau tangisan yang mama dengar. Seorang pembantu lelaki yang menyiapkan anak mama tu rupanya kawan kepada Uncle Ayah. Die kenal alang semua. So, sedikit sebanyak die uruskan hal anak mama ini dengan baik sebab ada bersangkut paut dengan rakan die. Atok tolong uruskan hal pendaftaran untuk warded. Lepas anak mama dah siap berbedung, doktor datang sekali lagi. Wajah dia memang nampak sugul. Mama tak tahu apa yang bermain di fikiran dia. Mungkin juga ada timbul rasa bersalah. Dia langsung berbeza drpd karakternya semalam. Semalam dia begitu ceria melayan pesakitnya. Siap bersulamkan wajah confidentnya bagitahu seolah2 keadaan dialami anak mama hanya perkara remeh dan kecil. Mama tengok dr jauh. Doktor menghampiri anak mama, usap kepala anak mama. Masa tu, mama dah tak boleh tengok muka doktor tu, cuma mama belum dapat tahu je nama dia siapa.

Then, anak mama dah siap untuk naik ke nursery. Kawan Uncle Ayah tu yang dukung anak mama. Mama n nenek ikut dari belakang. Sampai di nursery anak mama diserahkan kepada seorang nurse. Kak Yus.

Kak Yus : Dr Megat kata apa?
Mama : (Yes, tahu dah nama doktor tu Dr Megat)
Kawan Uncle Ayah : Entah.
Kak Yus : Entah? Ko biar betul. Tak kan dia tak suruh buat ape2. Ko tepon dia sekarang.
Kawan Uncle Ayah : (Amik tepon n tanya Dr Megat) Kak Yus, Dr Megat kata tunggu Dr Lai.
Kak Yus : Eh, abis sementara tunggu Dr Lai, budak ni nak kena dibuat ape? Tak kan biar je?
Kawan Uncle Ayah : Lar, tu saya tak tahu. Alah, akak pandai2 lah kak. (sambil senyum n keluar dr nursery)
Kak Yus : Sekarang ni sapa yang doktor? Aku ke dia?

Mama dan nenek hanya mampu mendengar je perbualan mereka. Suasana dalam nursery memang sunyi. Ada beberapa baby tapi semua tengah tidur. Mama nampak Kak Yus letak anak mama bawah lampu dan bukak baju anak mama. Then dia panggil mama dan time tu nenek dah disuruh tunggu di luar sebab dalam nursery hanya parents baby je boleh masuk.

Kak Yus : Awak tahu anak awak sejuk tak?
Mama : Maksudnya? Memang badan dia sejuk tadi.
Kak Yus : Dia pucat sangat ni. Badan terlalu sejuk. Akak letak dia bawah lampu ni. Mudah-mudahan kurang sejuk. Akak rasa dia dah tak ada darah dalam badan ni.
Mama : (Hanya mampu sentuh2 je anak mama sebab dah tak tahu nak cakap apa lagi masa tu)
Kak Yus : Takpe, awak tunggu luar dulu. Kita tunggu doktor datang. Nanti apa2 kita panggil.

Seorang nurse perempuan India bawa mama ke bilik menunggu dewan bersalin tak jauh dari nursery. Dia suruh mama tunggu situ sampai diorang panggil lagi. My first time berpisah dengan anak mama. Mama terpaksa tinggalkan anak mama di atas katil seorang diri. Waktu ni mama sedar air mata mama sudah mula bergenang. Mama call nenek suruh nenek datang bilik menunggu tu. Sementara tunggu doktor panggil, mama call papa. Of cos lah mama call tapi papa tak angkat. Mama tak kesah sebab time tu baru 4 pagi. Papa konfem tgh tido. Mama cuma sms papa bagitahu mama terpaksa bawa anak mama ke hospital sebab pusat anak mama keluar darah banyak sangat. Dalam sms tu mama bagitahu juga yang anak mama kena tahan kat nursery.

Nenek suruh mama banyak2 berzikir dan berdoa. Memang itulah yang mama and nenek buat sepanjang dalam bilik menunggu. Tak berbual apa pun.

5 pagi. Nurse datang cakap doktor panggil. Hanya mama yang ikut nurse tu masuk ke nursery. Dalam nursery mama tengok anak mama dah diletakkan di katil lain dalam sebuah bilik. Rupanya itu adalah ICU. Kenapa dengan anak mama sampai kena masuk ICU? Akhirnya mama jumpa doktor. Iya, doktor tu adalah Dr Lai. Pakar Kanak-kanak yang mama nak jumpa tapi Dr Megat kata suruh datang hari Khamis sebab Dr Lai tak ada Selasa dan Rabu. Then, kenapa Dr Lai ada depan mata mama sedangkan Dr Megat kata hari Rabu die off? (Mama malas nak fikir lagi dan sekali lagi mama tinggalkan satu persoalan)

Dr Lai : Hye. Is it your baby?
Mama : Yes Dr.
Dr Lai : You prefer communicate in English or Malay?
Mama : It's ok. Both can. (Wah, sempat terconfident sekejap)
Dr Lai : Everything looks wrong. See this. Apa ni? (Sambil tunjuk lengan anak mama yang dah seminggu lebam)
Mama : Saya tak tahu doktor. Memang ada sejak seminggu lepas.
Dr Lai : It's really weird. Someone had bite him.
Mama : I thought the insects.
Dr Lai : No, it's a human being. It was bitten by somebody. Siapa jaga dia dekat rumah?
Mama : Saya.
Dr Lai : Lain?
Mama : My mother. Nenek dia.
Dr Lai : Sapa lagi tinggal dalam rumah?
Mama : (Sebenarnya mama dah mula menangis waktu ini. Air mata yang bergenang tadi sudah mula mengalir. Mana taknya, dengan ketegasan dan keseriusan Dr Lai, mama betul2 sedih) Dekat rumah memang ada ramai budak sebab mak saya jaga cucu-cucu lain.
Dr Lai : Ni apa pulak? (sambil tunjuk kuku2 anak mama yang ada tompok2 merah)
Mama : Saya tak tahu. Jumaat lepas baru saya perasan sebab saya nak potongkan kuku dia.
Dr Lai : Ini semua darah tahu tak. Tengok dalam mulut sini. (sambil bukak mulut anak mama dan tunjuk langit2 anak mama. Memang mama perasan di langit2 anak mama ada warna merah. Mama ingatkan sebab terkena puting botol susu atau syringe masa mama bagi susu. Rupenya tu semua darah.)
Mama : (Terdiam. Tak tahu dah nak cakap apa.)
Dr Lai : Lepas lahir, ada jatuh?
Mama : Tak ada.
Dr Lai : Dekat hospital, lepas lahir sapa pegang baby?
Mama : Nurse, husband and after dat baru bagi saya lepas saya balik katil.
Dr Lai : I take all the picture already for documentation. We still investigate. Go n wait outside.
Mama : But my baby ok tak doktor? (Maksud mama, mama tak nak dia bagitahu yang anak mama alami sesuatu yang teruk)
Dr Lai : He's a sick baby. You lambat datang hospital, you know. (Sambil matanya yang besar dibeliak2kan)
Mama : (Mama terus menangis dan keluar dari nursery untuk dapatkan nenek)

Sayang...boleh mama sambung esok tak? Mama ngantuk lah sayang. Sorry k. I love you Soooooo much sayang... Gudnyte sayang..

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 1)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. I'm back, sayang. Arini mama start story awal sikit sebab ingat nak cerita panjang2 n lama2 ngan anak mama. Hopefully sempatlah sementara anak mama ngah tidur tu. hihi

Sayang, sebenarnya mama takut nak memulakan cerita hari ini. Sebab, inilah memori dan peristiwa yang pasti membuat air mata mama mengalir tanpa henti. Tapi, mama nak anak mama tahu juga cerita ini, detik dan saatnya perubahan besar berlaku dalam hidup anak mama, mama n papa.

Isnin, 4 November 2013

Hari ke-21 anak mama lahir di dunia ini. Selama ni mama nampak anak mama sihat dan tiada apa yang memelikkan pada anak mama. Cuma sejak lahir, dua minggu anak mama kena ulang alik hospital untuk check kuning anak mama. Tapi, bacaan kuning tu tak lah tinggi. Paling tinggi pun dalam 12 je after that sehari demi sehari turun turun n turun sampailah 9.2. Lagi satu pusat anak mama. Lepas tali pusat anak mama tanggal hari ke-8, pusat anak mama tak kering. Setiap kali pakai pampers, akan ada kesan darah pada pampers di bahagian pusat. Lama kelamaan drpd hanya kesan tompokan, die makin byk plak. (mama akan cerita lanjut pasal darah di tali pusat ni nanti)

Sepanjang hari ni, anak mama nampak biasa je. Cuma sekali sekala anak mama gumoh (keluar susu dr mulut lepas minum dlm kuantiti sedikit. Bukan muntah). N sesekali masa gumoh tu mama nampak macam ada darah sikit. Memandangkan anak mama breastfeed n minum direct, mama think positive cakap maybe my nipple luka kot. N sesekali bila anak mama berak, memang nampak ada darah jugak sikit. N dis one memang terjadi beberapa hari sebelum ni pun. Tapi, bila mama jadi orang yang asyik nak pikir postif je, susah jugak. Ingat tak ada apa. Sepanjang hari anak mama lebih banyak menangis. Think positif lagi, "lapar kot". Bila maghrib, anak mama lagi teruk plak nangisnya. Yang mama fikir "biasalah, maghrib kan." So, time tu, nenek n atok baca Yassin dengan doa supaya anak mama kurang menangis dan dijauhkan sekiranya ada gangguan apa2.

Sampailah ke malam hari, anak mama still crying. Atok try call seorang kenalan yang boleh 'membaca sesuatu' dari jauh. Dan hasilnya, dia bagitahu anak mama kerap nangis sebab nama anak mama terlalu berat untuk anak mama bawa. Yup, perkara biasa bagi zaman nenek moyang bila bayi selalu nangis, biasanya nama tak sesuai. Dats why from calling u Harits, tukar kepada Muhammad @ Riz @ Addin. Tu tiga nama je yang boleh dipanggil. (I'll tell u more about your name)

Dalam pukul 10 malam, tibe2 anak mama muntah. Yup, kali ni muntah yang membuak2. Anak mama dalam keadaan baring telentang time tu sambil berbedung. Mama plak dah terlelap sekejap tepi anak mama. Tibe2 mama dengar anak mama batuk, bila mama bukak mata, tengok tepi bibir anak mama ada susu. Mama ingat gumoh lagi. Time mama bangun nak lap tu, 'Blueeeekkkk'.. Anak mama muntah terpancut dari mulut. Mama terus ngiringkan anak mama, memang time ni dah nampak ada darah dlm kuantiti yang banyak sikit drpd selalu. Bantal, tilam, baju, selimut semua jangan cakaplah, memang habis basah.

Lepas siap lap and bersihkan, mama cakap ngan nenek, kalau tak ok, ingat nak bawak g klinik esoknya. Nenek kate ok. So, malam tu anak mama tido, mama pun tido sebelah. Sejak lahir aritu memang nenek pun tidur sama2 ngan mama n anak mama. Kirenya anak mama tidur tengah dan diapit nenek n mama.

Selasa, 5 November 2013

4 pagi. Anak mama terjaga malam and nangis. Mama bangun nak susukan anak mama. Sekali masa mama nak salin pampers, mama nampak darah dari pusat anak mama banyak sangat. Dah bukan cair2 dah warna darah, pekat dah. Mama kejut nenek sebab masa tu anak mama cry je. Nenek kate try bagi susu dulu. Anak mama tak nak minum. Nangis, nangis and nangis. Nenek suh bagi guna 'syringe'. Ok, try bagi guna syringe, mula2 anak mama minum. Tibe2 anak mama muntah lagi, padahal minum tu tak banyak pun. Baru dua tiga kali picit syringe tu. At last, nenek decide bawak hospital. Terus nenek siap2 n kejut atok mintak hantarkan. Mama kena ikutlah sebab takut take time nak check anak mama, nanti anak mama lapar so, mama kena ada sebab nak susukan sayang mama ni.

Tak sampai 10 minit, sampailah di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Alhamdulillah tak ada patient lain untuk masuk bilik emergency. Nenek tolong bagi surat beranak anak mama kat kaunter pendaftaran n mama bagitahu yang mama datang sebab pusat anak mama berdarah. Kejap je, nama anak mama dipanggil n mama masuk.

Mama letak anak mama atas katil yang ada di bilik emergency tu. Datang seorang doktor. Kecik je doktor tu tapi dengan penuh gaya n kemas je walaupun awal2 pagi buta camtu. Tak terpikir langsung nak tahu nama doktor tu.

Doktor : Kenapa ye baby?
Mama : Doktor, tengokkan pusat anak saya ni. Sejak tali pusat tanggal hari ke-8 aritu, asyik berdarah je. Tibe2 hari ni tengok makin banyak lah darah die. Pastu baru kejap ni, tak nak minum plak, muntah banyak malam tadi.
Doktor : (Sambil belek pusat anak mama) Ohh, ni tak ada apa ni. Dia berdarah sebab asyik bergesel dengan pampers. Kena tutup ni, nanti darah dia berhenti lah.
Mama : Oooohhhh
Doktor : (cakap dengan nurse) Amik _____ (mama tak tahu apa nama Ubat Kuning dlm medical) n gauze (kain kasa)
Doktor : So, saya dah letak ubat kuning ni n saya tutupkan lah supaya tak bergesel dengan pampers die. (Dengan muka confidentnya doktor kata "tak ada apalah ni")
Mama : Tapi doktor, dia tak nak minum, muntah tu sume kenapa ye?
Doktor : Nampak die ok. Unless kalau die muntah atau berak keluar darah, then maybe something wrong.
Mama : Ehh doktor, memang die ada muntah n berak keluar darah.
Doktor : Yeke? Hurmmm, camnilah, saya kalau nak tahan dia dalam wad pun, wad penuh. Balik dulu, tengok camne. Nampak macam tak ada apa tu.
Mama : (keluarkan surat daripada Klinik Muru untuk refer pakar kanak-kanak, Dr Lai) Ni aritu ada pergi klinik, then doktor suh refer pakar kanak-kanak dan doktor tu cadang jumpa Dr Lai kat hospital ni. Tapi, masa tu mak saya bawa gi jumpe Pakar Kanak-kanak, Dr Gerrard dekat Klinik Pakar Kanak-kanak, Taman Perling.
Doktor : Ohh, nak jumpa Miss Lai die tak ada lah. Arini kan public holiday (Awal Muharram), esok plak die off. Hari Khamis lah baru datang ye.
Mama : Hurrmmmm oklah.
Doktor : Lagi satu, jangan bukak ye gauze dekat pusat tu sampai awak datang jumpa Miss Lai nanti. Biar je dulu sampai darah tu nampak dah kurang.
Mama : Ok doktor.

Mama keluar dari bilik emergency sambil mendukung anak mama yang dah siap dibedung semula. Anak mama diam dan cuba nak tidur. Nenek tanya doktor kata ape n mama cerita lah. Then ingatkan ada kena bayar ape2 tapi kaunter kate tak ade apa2 bayaran. Alhamdulillah, nenek kate "syukur, rezeki cucu nenek. Datang tak de org lain, pastu tak payah bayar pulak."

Balik rumah, masih situasi yang sama. Cuma bezanya anak mama semakin letih dan lemah. Tak aktif. Nangis tak kuat. Lebih kepada merengek. But still mama tak rasa pelik sangat. Lagi satu baru mama perasan perubahan kulit anak mama semakin putih (tadi masa jumpa doktor pun dah putih macam ni doktor tak kate ape pun) and kepala anak mama bulat je (sepatutnya ada lekuk sikit coz mmg kepala baby baru lahir not so round) Tapi tahu tak apa mama cakap masa tu pada diri mama? Mama cakap "Eh, putihnya anak mama, ikut mama lah ni. hihi" and "Kepala anak mama dah ok dah, dah takde dah lekuk2." Emm, ayat seorang ibu yang bodoh,tak pernah tahu warna kulit pucat macam mana n tak pernah amik tahu bila kepala seorang bayi akan betul2 jadi bulat and keras.

Sepanjang hari ini, memang nampak anak mama kurang minum. Macam semalamnya, mama bagi minum guna syringe. Alhamdulillah, anak mama telan jugak bila bagi susu guna syringe. Tapi, hati ibu ini kejap2 memang ada rasa sesuatu tak kena. But mama always try to be positive. Especially bila nampak anak mama tenung mama dgn mata yang layu. Sometimes anak mama hanya pandang setempat je. Bila panggil anak mama try so hard untuk toleh sedangkan kalau anak mama aktif, cepat je anak mama main pusing2 kepala. Sepanjang hari ni pun nampak anak mama takdelah diam je, ada jugak nangis2. Maybe sebab anak mama lapar kan.

Tengahari, masa mama n nenek makan, kami duduk kat meja makan depan and tak jauh dari katil anak mama baring. Masa tu mama cuma nampak bahagian kaki anak mama je. Suka mama bila anak mama punye kaki bergerak. Sepanjang hari tu kan anak mama diam je. Tak aktif. Bila nampak anak mama gerak kaki, mama rasa happy. Tapi tahu tak macam mana kaki anak mama gerak? Anak mama buat cycling. Means, macam kaki tgh mengayuh basikal. Seorang ibu yang bodoh ini jugaklah yang cakap "Mak, tengok tu riz dah aktif sikit. Die nak jugak gerak kaki dia." Astaghfirullahalazim. Anak mama tahu tak sebenarnya apa maksud anak mama tgh cycling tu? Tu lah sebenarnya kali pertama anak mama kena sawan. Yes, SAWAN! Tapi mama tak tahu langsung itu antara cara budak kena sawan.

Dalam petang tu, ada nurse datang rumah. Check-up anak mama n mama. Wah, paling terkejut nurse kate semua benda pada anak mama ok. Cuma bila anak mama merengek tu, nurse tanya anak mama lapar ke sakit? Mana lah mama nak tahu kan. Cek gitu2 je, pastu balik. Ok, Bubbye Nurse.

Lepas nurse balik, nenek kata mandikan je lah anak mama. Then, buka baju sume, terkejutnya mama n nenek bile tgk gauze pd pusat anak mama tu dah jadi hitam. Kenapa hitam? Sebab darah merah yang pekat dan banyak dah keluar sampai tak nampak langsung warna putih cream gauze tu. Nenek kate abis tak akan tak tukar sampai Khamis (hari untuk jumpe pakar kanak-kanak, Dr Lai). Memang ngeri tgk (gauze yg ni ma takde amik gambar tp mama simpan lama sangat dan baru buang awal bulan April aritu sebab bau dah terlalu busuk). So, nenek cadangkan buka n tukar. Kebetulan ada gauze ayah ngah (abang mama), so amik sikit and tutup semula pusat anak mama tu.

8 malam. Mama bagi anak mama minum susu. Pakai syringe jugak. Kali ini, anak mama menolak. Bukan saja menolak dengan palingkan muka, tapi bila berjaya mama picit syringe dan susu masuk mulut, anak mama terus keluarkan semula. Banyak kali mama try, langsung anak mama tak nak minum. Tibe2 anak mama tidur.

To be continue........

Thursday, 15 May 2014

Happy Mother's Day, Mama -- Muhammad & Papa

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. 11 Mei 2014 adalah sambutan Hari Ibu di Malaysia. Memang ada yang cakap kenapa perlu menghargai para ibu pada satu hari saja. Sepatutnya kenalah menghargai ibu pada setiap hari. Memang ckp org tu betul, setiap hari atau sebenarya setiap kali kita bernafas, kita perlu hargai dan berterima kasih pada ibu kita. Sebab ibulah yang mengandung dan melahirkan kita. Tapikan sayang, bagi Mama tak salah ada satu hari khas untuk kite luahkan perasaan sayang kite pada ibu kite. Bukan ape, boleh percaya ke yang setiap anak tu akan ucap terima kasih pada ibu die setiap hari? Boleh jumpe ke anak yang cakap dia sayang ibu dia pada setiap hari? Mungkin lebih sukar nak cari seorang anak yang memeluk ibunya setiap hari. Iye, memang hati kite sayang pada ibu kita, tapi sekali sekala zahirkanlah perasaan itu pada perbuatan dan tingkah laku kita. Ceh, yg mama nak mukadimah panjang berjela ni pehal lak. kihkih

Sebenarnya mama nak cerita yang mama bergelar ibu pada 2013 dan tahun ni kira tahun pertama lah org wish mama "Selamat Hari Ibu". Memanglah anak mama baru 7 bulan, maksud mama, org akan wish mama sebab tahu mama ni dah bergelar seorang ibu.

Perasaan menjadi ibu tu mmg sangat2 lain, sayang. Apatah lagi menjadi ibu kepada anak mama ni. Anak mama betul2 mengajar mama apa itu maksud IBU. Mama bangga dgn kesabaran dan ketabahan nenek membesarkan mama dan 7 lagi adik-beradik mama. Memang tak tergambar pengorbanan nenek sehingga ke hari ini. Mama selalu berdoa supaya mama boleh menjadi seorang ibu seperti mak mama sendiri, Hjh Kamariah Abd Kadir.

Oklah, anak mama layanlah gambar2 kat bawah ni. Sekitar sambutan2 hari ibu anjuran pelbagai pihak di pelbagai tempat.. Haha

8 Mei 2014
Restoran Sangkuriang, Bandar Baru Uda, JB

Mula2 dtg makan sini sebab Tok Ma (Mak Mertua Alang) nak belanja makan. Dah nak abis makan, tgh lepak2 tibe2 Aunty Ira (Adik Ipar Alang) amik kek dr dlm keta die. Rupenya ada surprise malam tu. Para ibu yang diraikan ialah Mama, Nenek, Tok Ma, Alang (kakak mama), Mummy Anjang (Kakak Ipar Mama) n Cik Su (Adik Ipar Tok Ma)
*Saje mention nama Alang byk2, sebab td die tanye nama die boleh masuk dlm blog mama tak.. hihihi


10 Mei 2014
Rumah Nenek, JB

Memang nak sambut malam ni sebab esoknya Ahad ramai kerja. Johor sekarang cuti Jumaat n Sabtu. huhu. So, sambutlah malam ni dgn kehadiran sesapa yang ade di JB. hihi. Beli Kek, delivery Domino's Pizza n nenek goreng nasi. Ibu yang dirai ialah Nenek, Mama, Alang, Mummy Anjang n Nek Jah (Adik Nenek). (Ibu2 inilah yang membuat persiapan dan ibu2 ini jugaklah yang mengemas.. Termasuk Achik {adik mama} yang turut membuat persiapan dan mengemas. Pelik sungguh, manalah kaum2 bapa ek. Padahal sambutan untuk kaum2 ibu. Pelik dan ajaib. It's reality sayang. hihi. Anak Mama jgn jadi gitu k.. uhuk uhuk)




11 Mei 2014
R&R Bistro, Bandar Baru Uda, JB

Haha yang malam ni sebenarnye dinner nenek nak belanja adik beradik die. Sebab Nek Yah n Nek Dah ada kat JB. Tp tak sangka, bile sampai kat main entrance restoran ni, pihak restoran hadiahkan sekuntum bunga buat para ibu. Jadi, ibu2 yg dpt bunga malam tu ialah Nenek, Mama, Mummy Anjang, Nek Su (Kakak Nenek), Nek Yah (Adik Nenek), Nek Dah (Adik Nenek) n Cik Sham (Menantu Nek Su).


12 Mei - 13 Mei 2014
Endau Beach Resort, Johor

Ni lah penutup kepada sambutan hari ibu tahun ni. hihi. Hadiah drpd Papa. Tak pernah kite sume ada time jenjalan cmni. Ni pun kire first vacation anak mama tau. Papa mmg dh lama gak ajak jenjalan cmni tp selalu tak kene masa. Akhirnya Allah bagi juga peluang cmni. Papa mmg drastik ckp "esok kite g Mersing jom, malam ni papa booked bilik." Tup2, mmg jadi. So, di sinilah kite membuat aktiviti and menghabiskan masa tiga beranak, walaupun cuma dua hari satu malam, tapi mama tersangat2lah happy. Thank U papa cyg!!!


Dat's all sayang. Tapi sebenarnya mama dapat hadiah yg lebih bermakna pada sambutan hari ibu ni. 
- 9 Mei, tibe2 anak mama senyum meleret dekat mama. Memang anak mama berjaga waktu tu, tak tido pun. Mama memang bersyukur sangat2. Tapi, esoknya mama tgk anak mama masih sama, belum lagi pandai senyum. Mungkin Allah pinjamkan beberapa saat melihat anak mama tersenyum manis supaya mama terus bersyukur dan berdoa pada-Nya. Ternyata mama begitu gembira walaupun buat seketika.
- 12 Mei, kata2 papa "Terima Kasih kerana menjaga Muhammad"
- 13 Mei, papa kata lagi "Mama, mama jaga je Muhammad. Biar papa yang kerja keras cari duit. Mama jage Muhammad betul2 k."

Mama sayang Papa & Anak Mama sangat2 Dunia Akhirat.

Selamat Ulang'bulan' ke 7, Sayang

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Lama plak rasa mama tak berborak dgn anak mama dlm blog ni. Borak kat luar face to face tu dah mmg setiap masa. huhu. Malam ni In Shaa Allah mama sambung menulis k.

Rabu, 14 Mei 2014 -- Oh cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah 7 bulan dah umur anak mama. Besar dah anak bujang mama sorang ni. Bulan ni, papa ada kat JB. Banyak kali papa ulang yg papa ada n nak sambut beday anak mama. hihihi. Kalau dgn mama mmg kalau boleh mama nak sambut setiap bulan. So, before ni papa selalu terlepas tak dapat balik time 14hb every month, kali ni dapat lak peluang sambut beday anak mama.

Papa amik cuti sampai Wesak Day tu n papa cadang balik KL suboh Rabu dr JB terus g ofis. So, malam Selasa (13hb) tu mama ajak papa g beli susu anak mama dah abis. So kitorg kuar n sebelum balik papa ckp nak beli cupcake utk beday anak mama. haha comey je papa ni. So, papa beli 'muffins' sbb cupcake xde (kedai nak tutup dah), beli belon Angry Bird n beli lolipop dua batang (Spongebob & Sin Chan).

Papa plan konon2 balik umah nenek (anak mama tido time mama n papa kuar tu) bile anak mama dah bangun nak sambut beday (alah, amik2 gambar je.. hihi). Sekali bile mama n papa balik, anak mama tgh mengaruk sbb perut kembung. Nenek tgh berusaha memujuk. At last, mama pun siap2 nak tido n tidokn anak mama, anak mama tertido sebelah mama. Pastu mama pun cakap kat papa "Takpelah, tunggu Muhammad bangun tgh2 malam nanti, kite sambut beday k."

Tibe2 mama sedar ada org pegang kaki mama. Bukak mata tengok papa rupenye. Nak tahu papa cakap ape.. "Ma, bangun ma. Dah lambat lah. Tak sempat sambut beday Muhammad." (Papa nak bangun kul 4am, tapi tgk2 dah 5++ pagi) Alo, ciannya papa. Papa memang nak sangat sambut beday anak kesayangan dia ni walaupun beday yang ke-7 bulan je. Mama pun suh papa g mandi n papa suh mama kemaskan beg. Dlm pada tu, mama siap2kan minuman papa n bukak muffiins yang beli malam tadi. Letak belon Angry Bird sebelah anak mama yang tgh tido (Tak sangka anak mama tido lama plak n takde bangun minum tgh2 malam tadi.. huhu) n cucuk dua batang lolipop kat tepi muffins. Terus ajak papa amik gambar @ sambut beday lah kirenye.. hihihi.. (Time ni baru anak mama terjaga n menangis)

Jadi, inilah hasilnya sambutan beday ke-7 bulan anak mama awal pagi tadi..


Bolehlah drpd takde kan. Abaikan mama yg muke terkejut tu (nasib boleh edit letak spek hihi)
Oklah sayang anak mama. Sebelum mama abiskan entry ni (jam pun dah nak pukul 12am so dah nak abis 14hb.. hihi) mama titipkan doa ini buat anak mama.

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillahirrabbil'alamin, Washallatuwassalamu'ala Asyrafilanbiyaiwalmursalin Wa'alaalihiwasshahbihiajmain.

Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah segala dosa2 aku dan suamiku. Aku redha atas segala ujian dan dugaan yang telah Engkau tulis buat aku dan keluargaku. Engkau berikanlah aku pahala atas keredhaan aku ini, Ya Allah. Engkau gantikanlah apa yang telah berlaku ini dengan perkara yang lebih baik di masa akan datang. Sesungguhnya segala ketentuan-Mu itu adalah yang terbaik dan penuh hikmah.

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku mohon pertolongan daripada-Mu. Engkau lindungilah anak aku, Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee. Kau panjangkanlah umur anak aku, Ya Allah. Aku mohon pada-Mu, Ya Allah, berilah peluang kepada anak aku untuk merasai nikmat kehidupan ini, Yang Allah. Engkau sembuhkanlah segala penyakit yang dihidapi dan dideritainya, Ya Allah. Engkau jauhkanlah segala ancaman, halangan, gangguan dan segala jenis penyakit daripada anakku, Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon bantuan dan pertolongan daripada-Mu, Ya Allah. Semoga anak aku, Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee, diberi kesempatan hidup dalam keadaan yang normal, membesar dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan dalam ataupun luaran. Aku juga memohon semoga otak anak aku berfungsi dengan baik dan tubuh badannya membesar dengan sihat.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah anak aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam dia menempuh kehidupannya, Ya Allah. Juga berikanlah aku dan suamiku kekutan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik, menjaga dan membesarkan amanah-Mu ini, Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee, anak yang soleh dan membesar sebagai Muslim yang beriman dan insan yang berguna.

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa aku dan Engkau makbulkanlah doa aku ini, Ya Allah.

Rabbana Atina fiddunya hassanah, wafil akhirati hasanah, waqina ‘azabannar. Wa Sallallahualaihiwassalam, Walhamdulillahirrabbilalamiiiinn..

Friday, 9 May 2014

"Cuba tengok ini, terlalu banyak darah dalam otak dia." - Dr Ismail Haron.....lagi!! hihihi

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Alamak, hari ini start menulis pukul 12.30am sebab tadi ada projek khas dengan nenek. hihi. So, mama tengah berpikir2 lagi apa story yang simple and pendek sikit yang senang nak cerita. Hmmmmmmm.... (sedang berfikir.. haha)

Oohh takpelah sayang. Memandangkan pagi nanti cuti, so tak ramai lah sepupu2 awak kat umah, so rileks sikit, mama tidur lambat pun takpe lah. Ok, mama cerita pasal pendarahan dalam otak yang mama ada cerita sikit semalam tu k.

RABU, 6 NOVEMBER 2013 -- Tarikh keramat yang mama tak akan pernah lupa. Pada tarikh inilah mama dapat berita yang mampu membuat jantung mama terhenti seketika. Selepas 23 hari anak mama lahir di dunia ini, mama diberitahu anak mama mengalami PENDARAHAN DALAM OTAK.

Mama cerita roughly je dulu k macam mana anak mama boleh mengalami pendarahan dalaman ni. (Nanti mama buat satu entry yg amat panjang, rentetan peristiwa sepanjang 5hb - 6hb Nov 2013)

Ini antara artikel terawal yang mama baca selepas mendapat tahu anak mama mengalami pendarahan dalam otak atau "Hemoragik Bayi Baru Lahir" / "Hemorrhagic Disease of Newborn"

Penyakit Hemoragik Bayi Baru Lahir dan Kepentingan Vitamin K 

S1 : Apakah penyakit hemoragik bayi baru lahir (haemorrhagic disease of the newborn).Terdapat dua jenis penyakit pendarahan neonat yang disebabkan oleh kekurangan vitamin K.
  • Pendarahan neonat yang berlaku di dalam masa beberapa hari pertama selepas lahir. Jenis ini merupakan jenis penyakit hemoragik bayi baru lahir yang klasikal.
  • Pendarahan yang berlaku selepas umur satu bulan, biasanya di antara satu hingga enam bulan. Pendarahan jenis ini biasanya berlaku di dalam otak. Penyakit jenis ini juga berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
S2 : Apakah gejala penyakit ini?Neonat yang menghidapi penyakit ini biasanya kelihatan sihat dan kebanyakannya hanya menyusu dari susu ibu. Pendarahan biasanya berlaku di antara hari kedua dan hari keempat selepas lahir, di mana neonat itu muntah darah, membuang air besar yang mengandungi darah, berdarah dari tali pusat atau kencing berdarah. Kadang kala pendarahan boleh berlaku di dalam otak atau selaput otak menyebabkan sawan.
S3 : Apakah mekanisma penyakit ini?Penyakit ini berlaku akibat kekurangan beberapa faktor pembekuan di dalam darah yang bergantung kepada vitamin K di dalam penghasilannya di hati. Pemindahan vitamin K dari ibu ke bayi semasa di dalam kandungan adalah berkurangan. Akibatnya, kandungan vitamin K di dalam darah neonat dan seterusnya kandungan faktor pembekuan yang bergantung kepada vitamin K di dalam darah iaitu faktor II, VII, IX dan X adalah rendah dan pendarahan boleh berlaku di dalam beberapa hari pertama.
S4 : Mengapakah neonat yang menyusu dari susu ibu lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini?
  • Susu ibu mengandungi hanya satu perempat dari kandungan vitamin K di dalam susu tepung.
  • Sumber vitamin K yang lebih penting ialah bakteria di dalam usus neonat yang boleh menghasilkan vitamin K. Usus neonat yang menyusu dari susu badan, mengandungi bakteria jenis laktobasilus yang tidak boleh menghasilkan vitamin K jika dibandingkan dengan bacteria jenis lain yang terdapat di dalam usus neonat yang menyusu dari susu tepung.
S5 :Bagaimana penyakit ini dapat dielakkan?Penyakit ini dapat dielakkan dengan cara memberi semua neonat vitamin K 1 mg samada secara suntikan I.M. atau oral sebaik sahaja selepas lahir. Jururawat harus memastikan bahawa semua bayi yang lahir di rumah atau hospital mesti diberi suntikan I.M vitamin K.
S6 : Adakah terdapat bayi lain yang lebih berkemungkinan mengidap ini selain daripada bayi yang menyusu susu ibu? Bayi kepada :
  • ibu yang menerima rawatan terhadap penyakit sawan semasa mengandung.
  • ibu yang memakan ubat mencegah pembekuan darah semasa mengandung seperti warfarin, adalah lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini. Bayi yang mengidap cirit-birit berpanjangan juga berisiko tinggi mengidap penyakit ini.
S7 : Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengesahkan penyakit ini? Ujian pembekuan darah “Prothrombin Time” (PT) akan mengesahkan penyakit ini. PT akan berpanjangan. 
S8 : Apakah rawatan yang harus diberikan kepada neonat yang mengidap penyakit ini?
  • Vitamin K 1 mg jika diberi secara suntikan I.M. atau I.V. biasanya dapat memberhentikan pendarahan di dalam jangkamasa dua jam.
  • Sekiranya pendarahan terus berlanjutan, pendarahan serius atau pendarahan di dalam otak (sila lihat gambar dibawah) berlaku, pemindahan darah akan diperlukan serta rawatan intensif.
Dr. Tang Siew Ching
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia

Selepas membaca artikel mengenai hemoragik bayi baru lahir ni, sememangnya setiap apa yang diberitahu itu berlaku dan bertepatan dengan keadaan anak mama.

Rujuk S1: Mama agak terkejut bila Tok Mail tanya anak mama ada dapat Vitamin K ke tak? Memandangkan ini pengalaman pertama mama menimang cahaya mata, mama pun tak tahu bila dan bagaimana Vitamin K itu diterima oleh seorang bayi. Sebabnya, Tok Mail kata setiap bayi wajib menerima suntikan Vitamin K sejurus selepas lahir dan hanya satu dos (kat artikel atas tadi tu ada bgtahu satu dos tu berapa mg) sudah mencukupi. Tapi apabila anak mama mengalami hemoragik ini, untuk menyelesaikannya secara cepat, doktor telah menyuntik sebanyak tiga dos vitamin itu sehari kepada anak mama. (Isu Vitamin K ini pun isu yang panazzz sebenarnya, menyebabkan mama perlu membuka satu entry penuh untuk bercerita mengenai suntikan Vitamin K ini.. nantikan ya... huhuhu)

Rujuk S2: Dah tentu2 sejak lahir mama nampak anak mama kelihatan sihat2 je dan memang anak mama hanya minum susu ibu. Mama tak dapat tahu pada hari keberapa sebenarnya pendarahan dalaman anak mama itu berlaku, tapi yang pasti lepas tali pusat anak mama tanggal hari kelapan, pusat anak mama tak berhenti keluar darah. Bermula daripada hanya tompokan, lama kelamaan semakin banyak dan banyak. Rupanya pendarahan itu berlaku secara luaran (melalui pusat yang boleh nampak) dan secara dalaman (Yang sudah pastinya tidak nampak). Hanya ketika anak mama berusia 22 hari baru mama nampak anak mama ada muntah, buang air besar dengan tahi yang berdarah. Dan pada hari ke-22 ni jugalah anak mama mengalami sawan yang pertama dipercayai ketika ini darah sudah mula sampai ke otak.

Rujuk S3: Sama je macam Doktor Ismail bagitahu. Anak mama mempunyai masalah pembekuan darah. Means, kalau normal, darah manusia ni akan kering atau berhenti sendiri sekiranya berlaku luka dsbnya. Tapi anak mama tak. Sebab tu darah di pusat anak mama juga tak kering2. Dan sekali sekala masa amik darah (sebab jaundice dua minggu), bekas injection amik darah tu akan lebam dan lambat cikit darah nak berhenti.

Rujuk S5: Ini yang mama kata mama akan cerita di entry yang lain dengan panjang lebarnya. Mengenai suntikan Vitamin K. Seperti yang diberitahu suntikan ini wajib diberi kepada setiap bayi yang baru lahir.

Rujuk S7 dan S8: Ujian PT inilah yang dibuat pada anak mama sejurus anak mama dikesan mengalami pendarahan dalaman. Sebelum menjalani pembedahan pertama (untuk memasukkan tiub dan mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam otak akibat saluran yang sudah ditutupi dengan darah beku), bacaan ujian PT ini perlu di range yang ditetapkan (tak ingat plak berapa ek) Selagi bacaan tidak seperti yang dikehendaki, Vitamin K perlu disuntik lagi sehingga masalah pembekuan darah tadi benar2 kembali normal. Sebab tu, doktor bagitahu anak mama disuntik Vitamin K sebanyak tiga kali kemudian barulah anak mama boleh proceed untuk pembedahan. Maksud di sini, selagi masalah pendarahan itu tidak pulih lagi, macam mana nak buat operation. Sebab nanti kalau operation kan lagi banyak darah yang akan keluar then kalau darah tu tak berhenti, camne plak kan.

Jadi, kesimpulan kat sini, akibat masalah pembekuan darah yang dialami anak mama yang dipercayai akibat kekurangan Vitamin K, berlaku pendarahan luaran dan dalaman berterusan yang akhirnya sampai ke otak dan membeku sehingga menyebabkan ada saluran2 yang tersumbat, termasuklah saluran yang berfungsi untuk menyalurkan cecair dihasilkan otak untuk ditransfer ke seluruh tubuh badan. Apabila saluran ini tersumbat, cecair di otak yang terhasil setiap hari itu tidak dapat mengalir keluar dan menyebabkan ia terkumpul dan seterusnya kepala anak mama membesar. Anak mama lahir dengan ukur lilit kepala 33cm dan pada 6hb itu, saiz kepala anak mama meningkat terus kepada 37cm. Kerana itu, pembedahan pertama dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan cecair terkumpul itu demi menyelamatkan nyawa anak mama (ketika itu, ubun-ubun anak mama sudah terlalu keras kerana berlaku tekanan yang teramat sangat). Bagaimanapun, apabila melakukan scan, didapati darah2 beku itu bukan berlaku pada satu bahagian otak saja, tetapi sudah merebak dan hampir setiap inci dan setiap penjuru otak anak mama dipenuhi darah2 beku. Sebab itu, satu tempoh diberikan untuk darah2 beku ini cair (bergantung pada ubat) dan walaupun ia sudah pulih, luka2 atau bekas2 darah beku itu menyebabkan kecederaan yang memberi kesan kepada perkembangan anak mama. (Untuk bahagian otak ini, seorang lagi pakar mengambil alih tugas dan mama akan cerita di entry lain)

Oklah, mama rasa cukup dah kot pasal pendarahan dalam otak ni. Nanti mama cerita pulak saat dan detik yang sukar untuk mama lupakan dan menjadi titik bermulanya perubahan besar dalam kehidupan Mama, Papa dan semestinya Anak Mama tersayang.

Anak Mama dgn Papa
2hb Nov 2013 -- gambar terakhir papa dengan anak mama sebelum papa balik KL
Tiga hari lepas tu, dapat panggilan anak mama masuk NICU, papa terus pecut kete balik JB semula

Agak lenguh bahu ni sayang. So, mama ingat mama stop dulu k. Nanti mama story2 lagi k. Gudnyte syg.. Love u soooooooooo much..