Monday, 19 May 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 1)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. I'm back, sayang. Arini mama start story awal sikit sebab ingat nak cerita panjang2 n lama2 ngan anak mama. Hopefully sempatlah sementara anak mama ngah tidur tu. hihi

Sayang, sebenarnya mama takut nak memulakan cerita hari ini. Sebab, inilah memori dan peristiwa yang pasti membuat air mata mama mengalir tanpa henti. Tapi, mama nak anak mama tahu juga cerita ini, detik dan saatnya perubahan besar berlaku dalam hidup anak mama, mama n papa.

Isnin, 4 November 2013

Hari ke-21 anak mama lahir di dunia ini. Selama ni mama nampak anak mama sihat dan tiada apa yang memelikkan pada anak mama. Cuma sejak lahir, dua minggu anak mama kena ulang alik hospital untuk check kuning anak mama. Tapi, bacaan kuning tu tak lah tinggi. Paling tinggi pun dalam 12 je after that sehari demi sehari turun turun n turun sampailah 9.2. Lagi satu pusat anak mama. Lepas tali pusat anak mama tanggal hari ke-8, pusat anak mama tak kering. Setiap kali pakai pampers, akan ada kesan darah pada pampers di bahagian pusat. Lama kelamaan drpd hanya kesan tompokan, die makin byk plak. (mama akan cerita lanjut pasal darah di tali pusat ni nanti)

Sepanjang hari ni, anak mama nampak biasa je. Cuma sekali sekala anak mama gumoh (keluar susu dr mulut lepas minum dlm kuantiti sedikit. Bukan muntah). N sesekali masa gumoh tu mama nampak macam ada darah sikit. Memandangkan anak mama breastfeed n minum direct, mama think positive cakap maybe my nipple luka kot. N sesekali bila anak mama berak, memang nampak ada darah jugak sikit. N dis one memang terjadi beberapa hari sebelum ni pun. Tapi, bila mama jadi orang yang asyik nak pikir postif je, susah jugak. Ingat tak ada apa. Sepanjang hari anak mama lebih banyak menangis. Think positif lagi, "lapar kot". Bila maghrib, anak mama lagi teruk plak nangisnya. Yang mama fikir "biasalah, maghrib kan." So, time tu, nenek n atok baca Yassin dengan doa supaya anak mama kurang menangis dan dijauhkan sekiranya ada gangguan apa2.

Sampailah ke malam hari, anak mama still crying. Atok try call seorang kenalan yang boleh 'membaca sesuatu' dari jauh. Dan hasilnya, dia bagitahu anak mama kerap nangis sebab nama anak mama terlalu berat untuk anak mama bawa. Yup, perkara biasa bagi zaman nenek moyang bila bayi selalu nangis, biasanya nama tak sesuai. Dats why from calling u Harits, tukar kepada Muhammad @ Riz @ Addin. Tu tiga nama je yang boleh dipanggil. (I'll tell u more about your name)

Dalam pukul 10 malam, tibe2 anak mama muntah. Yup, kali ni muntah yang membuak2. Anak mama dalam keadaan baring telentang time tu sambil berbedung. Mama plak dah terlelap sekejap tepi anak mama. Tibe2 mama dengar anak mama batuk, bila mama bukak mata, tengok tepi bibir anak mama ada susu. Mama ingat gumoh lagi. Time mama bangun nak lap tu, 'Blueeeekkkk'.. Anak mama muntah terpancut dari mulut. Mama terus ngiringkan anak mama, memang time ni dah nampak ada darah dlm kuantiti yang banyak sikit drpd selalu. Bantal, tilam, baju, selimut semua jangan cakaplah, memang habis basah.

Lepas siap lap and bersihkan, mama cakap ngan nenek, kalau tak ok, ingat nak bawak g klinik esoknya. Nenek kate ok. So, malam tu anak mama tido, mama pun tido sebelah. Sejak lahir aritu memang nenek pun tidur sama2 ngan mama n anak mama. Kirenya anak mama tidur tengah dan diapit nenek n mama.

Selasa, 5 November 2013

4 pagi. Anak mama terjaga malam and nangis. Mama bangun nak susukan anak mama. Sekali masa mama nak salin pampers, mama nampak darah dari pusat anak mama banyak sangat. Dah bukan cair2 dah warna darah, pekat dah. Mama kejut nenek sebab masa tu anak mama cry je. Nenek kate try bagi susu dulu. Anak mama tak nak minum. Nangis, nangis and nangis. Nenek suh bagi guna 'syringe'. Ok, try bagi guna syringe, mula2 anak mama minum. Tibe2 anak mama muntah lagi, padahal minum tu tak banyak pun. Baru dua tiga kali picit syringe tu. At last, nenek decide bawak hospital. Terus nenek siap2 n kejut atok mintak hantarkan. Mama kena ikutlah sebab takut take time nak check anak mama, nanti anak mama lapar so, mama kena ada sebab nak susukan sayang mama ni.

Tak sampai 10 minit, sampailah di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Alhamdulillah tak ada patient lain untuk masuk bilik emergency. Nenek tolong bagi surat beranak anak mama kat kaunter pendaftaran n mama bagitahu yang mama datang sebab pusat anak mama berdarah. Kejap je, nama anak mama dipanggil n mama masuk.

Mama letak anak mama atas katil yang ada di bilik emergency tu. Datang seorang doktor. Kecik je doktor tu tapi dengan penuh gaya n kemas je walaupun awal2 pagi buta camtu. Tak terpikir langsung nak tahu nama doktor tu.

Doktor : Kenapa ye baby?
Mama : Doktor, tengokkan pusat anak saya ni. Sejak tali pusat tanggal hari ke-8 aritu, asyik berdarah je. Tibe2 hari ni tengok makin banyak lah darah die. Pastu baru kejap ni, tak nak minum plak, muntah banyak malam tadi.
Doktor : (Sambil belek pusat anak mama) Ohh, ni tak ada apa ni. Dia berdarah sebab asyik bergesel dengan pampers. Kena tutup ni, nanti darah dia berhenti lah.
Mama : Oooohhhh
Doktor : (cakap dengan nurse) Amik _____ (mama tak tahu apa nama Ubat Kuning dlm medical) n gauze (kain kasa)
Doktor : So, saya dah letak ubat kuning ni n saya tutupkan lah supaya tak bergesel dengan pampers die. (Dengan muka confidentnya doktor kata "tak ada apalah ni")
Mama : Tapi doktor, dia tak nak minum, muntah tu sume kenapa ye?
Doktor : Nampak die ok. Unless kalau die muntah atau berak keluar darah, then maybe something wrong.
Mama : Ehh doktor, memang die ada muntah n berak keluar darah.
Doktor : Yeke? Hurmmm, camnilah, saya kalau nak tahan dia dalam wad pun, wad penuh. Balik dulu, tengok camne. Nampak macam tak ada apa tu.
Mama : (keluarkan surat daripada Klinik Muru untuk refer pakar kanak-kanak, Dr Lai) Ni aritu ada pergi klinik, then doktor suh refer pakar kanak-kanak dan doktor tu cadang jumpa Dr Lai kat hospital ni. Tapi, masa tu mak saya bawa gi jumpe Pakar Kanak-kanak, Dr Gerrard dekat Klinik Pakar Kanak-kanak, Taman Perling.
Doktor : Ohh, nak jumpa Miss Lai die tak ada lah. Arini kan public holiday (Awal Muharram), esok plak die off. Hari Khamis lah baru datang ye.
Mama : Hurrmmmm oklah.
Doktor : Lagi satu, jangan bukak ye gauze dekat pusat tu sampai awak datang jumpa Miss Lai nanti. Biar je dulu sampai darah tu nampak dah kurang.
Mama : Ok doktor.

Mama keluar dari bilik emergency sambil mendukung anak mama yang dah siap dibedung semula. Anak mama diam dan cuba nak tidur. Nenek tanya doktor kata ape n mama cerita lah. Then ingatkan ada kena bayar ape2 tapi kaunter kate tak ade apa2 bayaran. Alhamdulillah, nenek kate "syukur, rezeki cucu nenek. Datang tak de org lain, pastu tak payah bayar pulak."

Balik rumah, masih situasi yang sama. Cuma bezanya anak mama semakin letih dan lemah. Tak aktif. Nangis tak kuat. Lebih kepada merengek. But still mama tak rasa pelik sangat. Lagi satu baru mama perasan perubahan kulit anak mama semakin putih (tadi masa jumpa doktor pun dah putih macam ni doktor tak kate ape pun) and kepala anak mama bulat je (sepatutnya ada lekuk sikit coz mmg kepala baby baru lahir not so round) Tapi tahu tak apa mama cakap masa tu pada diri mama? Mama cakap "Eh, putihnya anak mama, ikut mama lah ni. hihi" and "Kepala anak mama dah ok dah, dah takde dah lekuk2." Emm, ayat seorang ibu yang bodoh,tak pernah tahu warna kulit pucat macam mana n tak pernah amik tahu bila kepala seorang bayi akan betul2 jadi bulat and keras.

Sepanjang hari ini, memang nampak anak mama kurang minum. Macam semalamnya, mama bagi minum guna syringe. Alhamdulillah, anak mama telan jugak bila bagi susu guna syringe. Tapi, hati ibu ini kejap2 memang ada rasa sesuatu tak kena. But mama always try to be positive. Especially bila nampak anak mama tenung mama dgn mata yang layu. Sometimes anak mama hanya pandang setempat je. Bila panggil anak mama try so hard untuk toleh sedangkan kalau anak mama aktif, cepat je anak mama main pusing2 kepala. Sepanjang hari ni pun nampak anak mama takdelah diam je, ada jugak nangis2. Maybe sebab anak mama lapar kan.

Tengahari, masa mama n nenek makan, kami duduk kat meja makan depan and tak jauh dari katil anak mama baring. Masa tu mama cuma nampak bahagian kaki anak mama je. Suka mama bila anak mama punye kaki bergerak. Sepanjang hari tu kan anak mama diam je. Tak aktif. Bila nampak anak mama gerak kaki, mama rasa happy. Tapi tahu tak macam mana kaki anak mama gerak? Anak mama buat cycling. Means, macam kaki tgh mengayuh basikal. Seorang ibu yang bodoh ini jugaklah yang cakap "Mak, tengok tu riz dah aktif sikit. Die nak jugak gerak kaki dia." Astaghfirullahalazim. Anak mama tahu tak sebenarnya apa maksud anak mama tgh cycling tu? Tu lah sebenarnya kali pertama anak mama kena sawan. Yes, SAWAN! Tapi mama tak tahu langsung itu antara cara budak kena sawan.

Dalam petang tu, ada nurse datang rumah. Check-up anak mama n mama. Wah, paling terkejut nurse kate semua benda pada anak mama ok. Cuma bila anak mama merengek tu, nurse tanya anak mama lapar ke sakit? Mana lah mama nak tahu kan. Cek gitu2 je, pastu balik. Ok, Bubbye Nurse.

Lepas nurse balik, nenek kata mandikan je lah anak mama. Then, buka baju sume, terkejutnya mama n nenek bile tgk gauze pd pusat anak mama tu dah jadi hitam. Kenapa hitam? Sebab darah merah yang pekat dan banyak dah keluar sampai tak nampak langsung warna putih cream gauze tu. Nenek kate abis tak akan tak tukar sampai Khamis (hari untuk jumpe pakar kanak-kanak, Dr Lai). Memang ngeri tgk (gauze yg ni ma takde amik gambar tp mama simpan lama sangat dan baru buang awal bulan April aritu sebab bau dah terlalu busuk). So, nenek cadangkan buka n tukar. Kebetulan ada gauze ayah ngah (abang mama), so amik sikit and tutup semula pusat anak mama tu.

8 malam. Mama bagi anak mama minum susu. Pakai syringe jugak. Kali ini, anak mama menolak. Bukan saja menolak dengan palingkan muka, tapi bila berjaya mama picit syringe dan susu masuk mulut, anak mama terus keluarkan semula. Banyak kali mama try, langsung anak mama tak nak minum. Tibe2 anak mama tidur.

To be continue........

Thursday, 15 May 2014

Happy Mother's Day, Mama -- Muhammad & Papa

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. 11 Mei 2014 adalah sambutan Hari Ibu di Malaysia. Memang ada yang cakap kenapa perlu menghargai para ibu pada satu hari saja. Sepatutnya kenalah menghargai ibu pada setiap hari. Memang ckp org tu betul, setiap hari atau sebenarya setiap kali kita bernafas, kita perlu hargai dan berterima kasih pada ibu kita. Sebab ibulah yang mengandung dan melahirkan kita. Tapikan sayang, bagi Mama tak salah ada satu hari khas untuk kite luahkan perasaan sayang kite pada ibu kite. Bukan ape, boleh percaya ke yang setiap anak tu akan ucap terima kasih pada ibu die setiap hari? Boleh jumpe ke anak yang cakap dia sayang ibu dia pada setiap hari? Mungkin lebih sukar nak cari seorang anak yang memeluk ibunya setiap hari. Iye, memang hati kite sayang pada ibu kita, tapi sekali sekala zahirkanlah perasaan itu pada perbuatan dan tingkah laku kita. Ceh, yg mama nak mukadimah panjang berjela ni pehal lak. kihkih

Sebenarnya mama nak cerita yang mama bergelar ibu pada 2013 dan tahun ni kira tahun pertama lah org wish mama "Selamat Hari Ibu". Memanglah anak mama baru 7 bulan, maksud mama, org akan wish mama sebab tahu mama ni dah bergelar seorang ibu.

Perasaan menjadi ibu tu mmg sangat2 lain, sayang. Apatah lagi menjadi ibu kepada anak mama ni. Anak mama betul2 mengajar mama apa itu maksud IBU. Mama bangga dgn kesabaran dan ketabahan nenek membesarkan mama dan 7 lagi adik-beradik mama. Memang tak tergambar pengorbanan nenek sehingga ke hari ini. Mama selalu berdoa supaya mama boleh menjadi seorang ibu seperti mak mama sendiri, Hjh Kamariah Abd Kadir.

Oklah, anak mama layanlah gambar2 kat bawah ni. Sekitar sambutan2 hari ibu anjuran pelbagai pihak di pelbagai tempat.. Haha

8 Mei 2014
Restoran Sangkuriang, Bandar Baru Uda, JB

Mula2 dtg makan sini sebab Tok Ma (Mak Mertua Alang) nak belanja makan. Dah nak abis makan, tgh lepak2 tibe2 Aunty Ira (Adik Ipar Alang) amik kek dr dlm keta die. Rupenya ada surprise malam tu. Para ibu yang diraikan ialah Mama, Nenek, Tok Ma, Alang (kakak mama), Mummy Anjang (Kakak Ipar Mama) n Cik Su (Adik Ipar Tok Ma)
*Saje mention nama Alang byk2, sebab td die tanye nama die boleh masuk dlm blog mama tak.. hihihi


10 Mei 2014
Rumah Nenek, JB

Memang nak sambut malam ni sebab esoknya Ahad ramai kerja. Johor sekarang cuti Jumaat n Sabtu. huhu. So, sambutlah malam ni dgn kehadiran sesapa yang ade di JB. hihi. Beli Kek, delivery Domino's Pizza n nenek goreng nasi. Ibu yang dirai ialah Nenek, Mama, Alang, Mummy Anjang n Nek Jah (Adik Nenek). (Ibu2 inilah yang membuat persiapan dan ibu2 ini jugaklah yang mengemas.. Termasuk Achik {adik mama} yang turut membuat persiapan dan mengemas. Pelik sungguh, manalah kaum2 bapa ek. Padahal sambutan untuk kaum2 ibu. Pelik dan ajaib. It's reality sayang. hihi. Anak Mama jgn jadi gitu k.. uhuk uhuk)




11 Mei 2014
R&R Bistro, Bandar Baru Uda, JB

Haha yang malam ni sebenarnye dinner nenek nak belanja adik beradik die. Sebab Nek Yah n Nek Dah ada kat JB. Tp tak sangka, bile sampai kat main entrance restoran ni, pihak restoran hadiahkan sekuntum bunga buat para ibu. Jadi, ibu2 yg dpt bunga malam tu ialah Nenek, Mama, Mummy Anjang, Nek Su (Kakak Nenek), Nek Yah (Adik Nenek), Nek Dah (Adik Nenek) n Cik Sham (Menantu Nek Su).


12 Mei - 13 Mei 2014
Endau Beach Resort, Johor

Ni lah penutup kepada sambutan hari ibu tahun ni. hihi. Hadiah drpd Papa. Tak pernah kite sume ada time jenjalan cmni. Ni pun kire first vacation anak mama tau. Papa mmg dh lama gak ajak jenjalan cmni tp selalu tak kene masa. Akhirnya Allah bagi juga peluang cmni. Papa mmg drastik ckp "esok kite g Mersing jom, malam ni papa booked bilik." Tup2, mmg jadi. So, di sinilah kite membuat aktiviti and menghabiskan masa tiga beranak, walaupun cuma dua hari satu malam, tapi mama tersangat2lah happy. Thank U papa cyg!!!


Dat's all sayang. Tapi sebenarnya mama dapat hadiah yg lebih bermakna pada sambutan hari ibu ni. 
- 9 Mei, tibe2 anak mama senyum meleret dekat mama. Memang anak mama berjaga waktu tu, tak tido pun. Mama memang bersyukur sangat2. Tapi, esoknya mama tgk anak mama masih sama, belum lagi pandai senyum. Mungkin Allah pinjamkan beberapa saat melihat anak mama tersenyum manis supaya mama terus bersyukur dan berdoa pada-Nya. Ternyata mama begitu gembira walaupun buat seketika.
- 12 Mei, kata2 papa "Terima Kasih kerana menjaga Muhammad"
- 13 Mei, papa kata lagi "Mama, mama jaga je Muhammad. Biar papa yang kerja keras cari duit. Mama jage Muhammad betul2 k."

Mama sayang Papa & Anak Mama sangat2 Dunia Akhirat.

Selamat Ulang'bulan' ke 7, Sayang

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Lama plak rasa mama tak berborak dgn anak mama dlm blog ni. Borak kat luar face to face tu dah mmg setiap masa. huhu. Malam ni In Shaa Allah mama sambung menulis k.

Rabu, 14 Mei 2014 -- Oh cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah 7 bulan dah umur anak mama. Besar dah anak bujang mama sorang ni. Bulan ni, papa ada kat JB. Banyak kali papa ulang yg papa ada n nak sambut beday anak mama. hihihi. Kalau dgn mama mmg kalau boleh mama nak sambut setiap bulan. So, before ni papa selalu terlepas tak dapat balik time 14hb every month, kali ni dapat lak peluang sambut beday anak mama.

Papa amik cuti sampai Wesak Day tu n papa cadang balik KL suboh Rabu dr JB terus g ofis. So, malam Selasa (13hb) tu mama ajak papa g beli susu anak mama dah abis. So kitorg kuar n sebelum balik papa ckp nak beli cupcake utk beday anak mama. haha comey je papa ni. So, papa beli 'muffins' sbb cupcake xde (kedai nak tutup dah), beli belon Angry Bird n beli lolipop dua batang (Spongebob & Sin Chan).

Papa plan konon2 balik umah nenek (anak mama tido time mama n papa kuar tu) bile anak mama dah bangun nak sambut beday (alah, amik2 gambar je.. hihi). Sekali bile mama n papa balik, anak mama tgh mengaruk sbb perut kembung. Nenek tgh berusaha memujuk. At last, mama pun siap2 nak tido n tidokn anak mama, anak mama tertido sebelah mama. Pastu mama pun cakap kat papa "Takpelah, tunggu Muhammad bangun tgh2 malam nanti, kite sambut beday k."

Tibe2 mama sedar ada org pegang kaki mama. Bukak mata tengok papa rupenye. Nak tahu papa cakap ape.. "Ma, bangun ma. Dah lambat lah. Tak sempat sambut beday Muhammad." (Papa nak bangun kul 4am, tapi tgk2 dah 5++ pagi) Alo, ciannya papa. Papa memang nak sangat sambut beday anak kesayangan dia ni walaupun beday yang ke-7 bulan je. Mama pun suh papa g mandi n papa suh mama kemaskan beg. Dlm pada tu, mama siap2kan minuman papa n bukak muffiins yang beli malam tadi. Letak belon Angry Bird sebelah anak mama yang tgh tido (Tak sangka anak mama tido lama plak n takde bangun minum tgh2 malam tadi.. huhu) n cucuk dua batang lolipop kat tepi muffins. Terus ajak papa amik gambar @ sambut beday lah kirenye.. hihihi.. (Time ni baru anak mama terjaga n menangis)

Jadi, inilah hasilnya sambutan beday ke-7 bulan anak mama awal pagi tadi..


Bolehlah drpd takde kan. Abaikan mama yg muke terkejut tu (nasib boleh edit letak spek hihi)
Oklah sayang anak mama. Sebelum mama abiskan entry ni (jam pun dah nak pukul 12am so dah nak abis 14hb.. hihi) mama titipkan doa ini buat anak mama.

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillahirrabbil'alamin, Washallatuwassalamu'ala Asyrafilanbiyaiwalmursalin Wa'alaalihiwasshahbihiajmain.

Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah segala dosa2 aku dan suamiku. Aku redha atas segala ujian dan dugaan yang telah Engkau tulis buat aku dan keluargaku. Engkau berikanlah aku pahala atas keredhaan aku ini, Ya Allah. Engkau gantikanlah apa yang telah berlaku ini dengan perkara yang lebih baik di masa akan datang. Sesungguhnya segala ketentuan-Mu itu adalah yang terbaik dan penuh hikmah.

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku mohon pertolongan daripada-Mu. Engkau lindungilah anak aku, Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee. Kau panjangkanlah umur anak aku, Ya Allah. Aku mohon pada-Mu, Ya Allah, berilah peluang kepada anak aku untuk merasai nikmat kehidupan ini, Yang Allah. Engkau sembuhkanlah segala penyakit yang dihidapi dan dideritainya, Ya Allah. Engkau jauhkanlah segala ancaman, halangan, gangguan dan segala jenis penyakit daripada anakku, Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon bantuan dan pertolongan daripada-Mu, Ya Allah. Semoga anak aku, Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee, diberi kesempatan hidup dalam keadaan yang normal, membesar dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan dalam ataupun luaran. Aku juga memohon semoga otak anak aku berfungsi dengan baik dan tubuh badannya membesar dengan sihat.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah anak aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam dia menempuh kehidupannya, Ya Allah. Juga berikanlah aku dan suamiku kekutan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik, menjaga dan membesarkan amanah-Mu ini, Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Muhammad Harits Addin Bin Khairul Fahmee, anak yang soleh dan membesar sebagai Muslim yang beriman dan insan yang berguna.

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa aku dan Engkau makbulkanlah doa aku ini, Ya Allah.

Rabbana Atina fiddunya hassanah, wafil akhirati hasanah, waqina ‘azabannar. Wa Sallallahualaihiwassalam, Walhamdulillahirrabbilalamiiiinn..

Friday, 9 May 2014

"Cuba tengok ini, terlalu banyak darah dalam otak dia." - Dr Ismail Haron.....lagi!! hihihi

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Alamak, hari ini start menulis pukul 12.30am sebab tadi ada projek khas dengan nenek. hihi. So, mama tengah berpikir2 lagi apa story yang simple and pendek sikit yang senang nak cerita. Hmmmmmmm.... (sedang berfikir.. haha)

Oohh takpelah sayang. Memandangkan pagi nanti cuti, so tak ramai lah sepupu2 awak kat umah, so rileks sikit, mama tidur lambat pun takpe lah. Ok, mama cerita pasal pendarahan dalam otak yang mama ada cerita sikit semalam tu k.

RABU, 6 NOVEMBER 2013 -- Tarikh keramat yang mama tak akan pernah lupa. Pada tarikh inilah mama dapat berita yang mampu membuat jantung mama terhenti seketika. Selepas 23 hari anak mama lahir di dunia ini, mama diberitahu anak mama mengalami PENDARAHAN DALAM OTAK.

Mama cerita roughly je dulu k macam mana anak mama boleh mengalami pendarahan dalaman ni. (Nanti mama buat satu entry yg amat panjang, rentetan peristiwa sepanjang 5hb - 6hb Nov 2013)

Ini antara artikel terawal yang mama baca selepas mendapat tahu anak mama mengalami pendarahan dalam otak atau "Hemoragik Bayi Baru Lahir" / "Hemorrhagic Disease of Newborn"

Penyakit Hemoragik Bayi Baru Lahir dan Kepentingan Vitamin K 

S1 : Apakah penyakit hemoragik bayi baru lahir (haemorrhagic disease of the newborn).Terdapat dua jenis penyakit pendarahan neonat yang disebabkan oleh kekurangan vitamin K.
  • Pendarahan neonat yang berlaku di dalam masa beberapa hari pertama selepas lahir. Jenis ini merupakan jenis penyakit hemoragik bayi baru lahir yang klasikal.
  • Pendarahan yang berlaku selepas umur satu bulan, biasanya di antara satu hingga enam bulan. Pendarahan jenis ini biasanya berlaku di dalam otak. Penyakit jenis ini juga berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
S2 : Apakah gejala penyakit ini?Neonat yang menghidapi penyakit ini biasanya kelihatan sihat dan kebanyakannya hanya menyusu dari susu ibu. Pendarahan biasanya berlaku di antara hari kedua dan hari keempat selepas lahir, di mana neonat itu muntah darah, membuang air besar yang mengandungi darah, berdarah dari tali pusat atau kencing berdarah. Kadang kala pendarahan boleh berlaku di dalam otak atau selaput otak menyebabkan sawan.
S3 : Apakah mekanisma penyakit ini?Penyakit ini berlaku akibat kekurangan beberapa faktor pembekuan di dalam darah yang bergantung kepada vitamin K di dalam penghasilannya di hati. Pemindahan vitamin K dari ibu ke bayi semasa di dalam kandungan adalah berkurangan. Akibatnya, kandungan vitamin K di dalam darah neonat dan seterusnya kandungan faktor pembekuan yang bergantung kepada vitamin K di dalam darah iaitu faktor II, VII, IX dan X adalah rendah dan pendarahan boleh berlaku di dalam beberapa hari pertama.
S4 : Mengapakah neonat yang menyusu dari susu ibu lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini?
  • Susu ibu mengandungi hanya satu perempat dari kandungan vitamin K di dalam susu tepung.
  • Sumber vitamin K yang lebih penting ialah bakteria di dalam usus neonat yang boleh menghasilkan vitamin K. Usus neonat yang menyusu dari susu badan, mengandungi bakteria jenis laktobasilus yang tidak boleh menghasilkan vitamin K jika dibandingkan dengan bacteria jenis lain yang terdapat di dalam usus neonat yang menyusu dari susu tepung.
S5 :Bagaimana penyakit ini dapat dielakkan?Penyakit ini dapat dielakkan dengan cara memberi semua neonat vitamin K 1 mg samada secara suntikan I.M. atau oral sebaik sahaja selepas lahir. Jururawat harus memastikan bahawa semua bayi yang lahir di rumah atau hospital mesti diberi suntikan I.M vitamin K.
S6 : Adakah terdapat bayi lain yang lebih berkemungkinan mengidap ini selain daripada bayi yang menyusu susu ibu? Bayi kepada :
  • ibu yang menerima rawatan terhadap penyakit sawan semasa mengandung.
  • ibu yang memakan ubat mencegah pembekuan darah semasa mengandung seperti warfarin, adalah lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini. Bayi yang mengidap cirit-birit berpanjangan juga berisiko tinggi mengidap penyakit ini.
S7 : Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengesahkan penyakit ini? Ujian pembekuan darah “Prothrombin Time” (PT) akan mengesahkan penyakit ini. PT akan berpanjangan. 
S8 : Apakah rawatan yang harus diberikan kepada neonat yang mengidap penyakit ini?
  • Vitamin K 1 mg jika diberi secara suntikan I.M. atau I.V. biasanya dapat memberhentikan pendarahan di dalam jangkamasa dua jam.
  • Sekiranya pendarahan terus berlanjutan, pendarahan serius atau pendarahan di dalam otak (sila lihat gambar dibawah) berlaku, pemindahan darah akan diperlukan serta rawatan intensif.
Dr. Tang Siew Ching
Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia

Selepas membaca artikel mengenai hemoragik bayi baru lahir ni, sememangnya setiap apa yang diberitahu itu berlaku dan bertepatan dengan keadaan anak mama.

Rujuk S1: Mama agak terkejut bila Tok Mail tanya anak mama ada dapat Vitamin K ke tak? Memandangkan ini pengalaman pertama mama menimang cahaya mata, mama pun tak tahu bila dan bagaimana Vitamin K itu diterima oleh seorang bayi. Sebabnya, Tok Mail kata setiap bayi wajib menerima suntikan Vitamin K sejurus selepas lahir dan hanya satu dos (kat artikel atas tadi tu ada bgtahu satu dos tu berapa mg) sudah mencukupi. Tapi apabila anak mama mengalami hemoragik ini, untuk menyelesaikannya secara cepat, doktor telah menyuntik sebanyak tiga dos vitamin itu sehari kepada anak mama. (Isu Vitamin K ini pun isu yang panazzz sebenarnya, menyebabkan mama perlu membuka satu entry penuh untuk bercerita mengenai suntikan Vitamin K ini.. nantikan ya... huhuhu)

Rujuk S2: Dah tentu2 sejak lahir mama nampak anak mama kelihatan sihat2 je dan memang anak mama hanya minum susu ibu. Mama tak dapat tahu pada hari keberapa sebenarnya pendarahan dalaman anak mama itu berlaku, tapi yang pasti lepas tali pusat anak mama tanggal hari kelapan, pusat anak mama tak berhenti keluar darah. Bermula daripada hanya tompokan, lama kelamaan semakin banyak dan banyak. Rupanya pendarahan itu berlaku secara luaran (melalui pusat yang boleh nampak) dan secara dalaman (Yang sudah pastinya tidak nampak). Hanya ketika anak mama berusia 22 hari baru mama nampak anak mama ada muntah, buang air besar dengan tahi yang berdarah. Dan pada hari ke-22 ni jugalah anak mama mengalami sawan yang pertama dipercayai ketika ini darah sudah mula sampai ke otak.

Rujuk S3: Sama je macam Doktor Ismail bagitahu. Anak mama mempunyai masalah pembekuan darah. Means, kalau normal, darah manusia ni akan kering atau berhenti sendiri sekiranya berlaku luka dsbnya. Tapi anak mama tak. Sebab tu darah di pusat anak mama juga tak kering2. Dan sekali sekala masa amik darah (sebab jaundice dua minggu), bekas injection amik darah tu akan lebam dan lambat cikit darah nak berhenti.

Rujuk S5: Ini yang mama kata mama akan cerita di entry yang lain dengan panjang lebarnya. Mengenai suntikan Vitamin K. Seperti yang diberitahu suntikan ini wajib diberi kepada setiap bayi yang baru lahir.

Rujuk S7 dan S8: Ujian PT inilah yang dibuat pada anak mama sejurus anak mama dikesan mengalami pendarahan dalaman. Sebelum menjalani pembedahan pertama (untuk memasukkan tiub dan mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam otak akibat saluran yang sudah ditutupi dengan darah beku), bacaan ujian PT ini perlu di range yang ditetapkan (tak ingat plak berapa ek) Selagi bacaan tidak seperti yang dikehendaki, Vitamin K perlu disuntik lagi sehingga masalah pembekuan darah tadi benar2 kembali normal. Sebab tu, doktor bagitahu anak mama disuntik Vitamin K sebanyak tiga kali kemudian barulah anak mama boleh proceed untuk pembedahan. Maksud di sini, selagi masalah pendarahan itu tidak pulih lagi, macam mana nak buat operation. Sebab nanti kalau operation kan lagi banyak darah yang akan keluar then kalau darah tu tak berhenti, camne plak kan.

Jadi, kesimpulan kat sini, akibat masalah pembekuan darah yang dialami anak mama yang dipercayai akibat kekurangan Vitamin K, berlaku pendarahan luaran dan dalaman berterusan yang akhirnya sampai ke otak dan membeku sehingga menyebabkan ada saluran2 yang tersumbat, termasuklah saluran yang berfungsi untuk menyalurkan cecair dihasilkan otak untuk ditransfer ke seluruh tubuh badan. Apabila saluran ini tersumbat, cecair di otak yang terhasil setiap hari itu tidak dapat mengalir keluar dan menyebabkan ia terkumpul dan seterusnya kepala anak mama membesar. Anak mama lahir dengan ukur lilit kepala 33cm dan pada 6hb itu, saiz kepala anak mama meningkat terus kepada 37cm. Kerana itu, pembedahan pertama dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan cecair terkumpul itu demi menyelamatkan nyawa anak mama (ketika itu, ubun-ubun anak mama sudah terlalu keras kerana berlaku tekanan yang teramat sangat). Bagaimanapun, apabila melakukan scan, didapati darah2 beku itu bukan berlaku pada satu bahagian otak saja, tetapi sudah merebak dan hampir setiap inci dan setiap penjuru otak anak mama dipenuhi darah2 beku. Sebab itu, satu tempoh diberikan untuk darah2 beku ini cair (bergantung pada ubat) dan walaupun ia sudah pulih, luka2 atau bekas2 darah beku itu menyebabkan kecederaan yang memberi kesan kepada perkembangan anak mama. (Untuk bahagian otak ini, seorang lagi pakar mengambil alih tugas dan mama akan cerita di entry lain)

Oklah, mama rasa cukup dah kot pasal pendarahan dalam otak ni. Nanti mama cerita pulak saat dan detik yang sukar untuk mama lupakan dan menjadi titik bermulanya perubahan besar dalam kehidupan Mama, Papa dan semestinya Anak Mama tersayang.

Anak Mama dgn Papa
2hb Nov 2013 -- gambar terakhir papa dengan anak mama sebelum papa balik KL
Tiga hari lepas tu, dapat panggilan anak mama masuk NICU, papa terus pecut kete balik JB semula

Agak lenguh bahu ni sayang. So, mama ingat mama stop dulu k. Nanti mama story2 lagi k. Gudnyte syg.. Love u soooooooooo much..

Thursday, 8 May 2014

"Awak pernah dengar Cerebral Palsy?" - Dr Ismail Haron

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Perasan tak kat title atas tu, awal2 lagi dah quote Tok Mail. haha. Tok Mail tu sebenarnya Dr Ismail Haron, Pakar Paediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor. Shhhh....anak mama jgn panggil die Tok Mail plak, itu mama n nenek (mak mama) saje je bahasakan Tok Mail, kan nampak lebih mesra. hahaha. Ok, nantilah mama cerita lebih lanjut pasal doktor2 anak mama termasuk lah Dr Ismail ni k.

Hari ni, mama nak berterus-terang. After almost 7 months, baru sekarang mama ready untuk cerita perkara ni lebih details. Before this, kalau ada org tanya, mama cerita basic2 je. So, now mama terus straight to the point lah k. Mama cerita keadaan anak mama sekarang, then baru kita flashback ke belakang.

19 Disember 2013, bilik Dr Ismail Haron


Mama, anak mama & nenek datang untuk kali keberapa pun tak ingat sangat tp yg penting kali ni dtg sebenarnya untuk inject anak mama dua bulan. Sesi inject menginject sekarang sume buat dengan Tok Mail je. Lepas inject, tibe2 doktor ajak berbual plak.

Doktor : Awak pernah dengar Cerebral Palsy (CP)?
Mama : Apa doktor? (Mama mmg dengar palsy je, dpn tak berapa dgr)
Doktor : Die mcm ni, bile ada bahagian2 otak kita dah terganggu dan melibatkan kecederaan, dia akan efek pada koordinasi pergerakan kita.
Mama : (Macam phm macam tak)
Doktor : Contoh, memang tangan kita ni boleh gerak tp bile tak ada koordinasi, tangan kita macam tak tahu arah die, nak pegang pun tak tahu nak pegang apa, kalau dh pegang benda, nak letak mana plak benda tu. (sambil buat gaya tangan yang terkapai2. kalau mama buat, mgkin anak mama akan pham)
Mama : Eeeerrr yeke. Takpe, nanti saya cari bahan rujukan dan baca apa yang doktor nak terangkan. (Mama dah dpt mengagak tp mama tahu doktor mesti gunakan ayat2 simple dan mahu menjaga hati patient supaya tak tambah sedih)

Kat rumah, tgh2 ade time tu, mama pun google lah dlm tenet. Nak carik apakah '**** palsy' itu. Mama mmg awal2 dah dikenalkan dengan kawan kepada Mak Long (kakak sulong mama), nama die Kak Reenaz (anak mama panggil Aunty Reenaz la kot). Aunty Reenaz masa dpt tahu keadaan anak mama memang die ada suruh mama baca satu portal ni, iahp.org So, mama pun try bukak dan baca. Ohh at last dalam ni mama jumpe perkataan 'Cerebral Palsy'. Bila mama klik link perkataan tu, tibe2 air mata mama mengalir. ada sekeping gambar seorang kanak2 penghidap CP. Siapa sangka bile doktor diagnos anak mama CP n bgtahu mama, mama cool je. Tapi, hanya dengan sekeping gambar dan belum pun baca apa sebenarnya CP, air mata mama sudah mampu mengalir tanpa disuruh. Hati mama mula lah bercakap macam2. "Anak aku akan jadi macam ni juga ke?" Tapi mama masih kuat, mama yakin itu tak benar.

Mama amik keputusan tak terus baca apa tu CP. Mama trus ke google and search terus 'Cerebral Palsy'. Betullah apa yang Tok Mail buat, susunan2 ayat die hanya untuk mententeramkan jiwa dan hati mama, sedangkan definisi paling mudah die boleh beritahu CP adalah LUMPUH OTAK. Allahuakbar. Maunya air mata mama tak mengalir kalau dah nampak perkataan lumpuh otak tu depan mata mama. Tapi syukurlah mama bukan seorang yang mudah patah semangat. Mama tak semudah itu nak terus mengambil apa yang mama nampak for the first time. Mama tetap nak baca drpd banyak lagi sumber dan nak tahu drpd lebih banyak lagi pakar. Makanya, mama pun terus belajar dan belajar apa itu CP. Mama akan ceritakan dan huraikan apa saja ilmu yang mama dapat tentang CP di entry mama yang lain k.

Kenapa anak mama dikategorikan sebagai kanak2 CP adalah kerana gangguan @ kecederaan yang berlaku pada otak anak mama yang mana kesan drpd pendarahan dalam otak. Walaupun anak mama sudah pulih drpd pendarahan dalaman itu, tetapi luka yang tinggal di bahagian2 otak anak mama itulah yang menyebabkan berlaku sedikit gangguan pada perkembangan2 anak mama. Yelah sayang, otak ni kan suis utama. Apa saja yang berlaku, arahan sume diterima drpd otak. Drpd hari pertama anak mama dimasukkan ke NICU dan diberitahu mengalami pendarahan dalam otak, seawal tu juga mama terus diberitahu kesan drpd pendarahan dalaman ini adalah gangguan kepada perkembagan anak mama dalam jangka masa panjang. Macam mana plak pendarahan dalam otak tu boleh berlaku? Its ok, akan ada satu entry yang mama akan ceritakan tentang hal ini.

Sejak detik itu, mama terus rasa sangat2 bersalah pada anak mama. Sebab pernah ada satu tempoh selepas anak mama menjalani dua pembedahan, anak mama terlalu banyak ragam. Langsung tak nak tidur dan menangis sepanjang masa. Ye, mama tahu anak mama sakit dan tak selesa tapi pernah juga mama seakan2 meninggi suara kerana sudah letih dan tak paham apa yang anak mama nak. (Ini sume kerja Syaitan yang selalu membisikkan pada mama untuk mama berputus asa. Jahatnya mereka.) Tapi, lepas mama tahu anak mama adalah seorang kanak2 yang sangat istimewa, mama tersedar bahawa mamalah insan pertama yang anak mama perlukan untuk meneruskan hidup. Sejak itu mama berjanji pada diri mama, tak akan pernah secebis amarah pun mama lemparkan pada anak mama. Itu janji mama. Sebab anak mama tak akan pernah buat salah dan tak akan pernah menyusahkan mama.

Memang tak ramai yang tahu yang anak mama kanak2 CP. Mana taknya, biasanya orang akan tanya mama "Anak kau dah sihat? Anak kau dah ok?" Mama memang secara jujur akan jawab, "Sehat, cuma....." atau "Ok, cuma....." Tapi, orang dengar sihat dan Ok terus cakap "Bagus. Alah ok lah tu. Boleh start keje dah lah" Haha.. Tapi jarang yang cuba dengar apa sambungan ayat mama ""CUMA...........Anak Saya CP, So Masih Banyak Rawatan Dan Terapi Yang Saya Kena Buat Untuk Dia." Tapi takpe, mama tahu orang mesti nak dgr berita gembira tentang anak mama. Lagipun, memang anak mama Ok pun, memang anak mama sihat pun, CUMA.......... (ok, sambung sendiri. hihi..)

Oklah sayang, nanti mama akan sambung cerita di entry yang lain k. Hal2 rawatan, terapi dan sebagainya semua mama cerita nanti k. Cukuplah hari ini mama beritahu dulu tentang keadaan anak mama. In Shaa Allah mama tak putus berdoa dan berharap satu hari anak mama tak perlu memegang status 'KANAK2 CEREBRAL PALSY" lagi.

Oppsss, nampak anak mama kat sebelah dah start cry. Kite smabung story2 malam esok k. 

Anak mama mase umur 2 bulan
Luv u soooooooo much sayang..........

Wednesday, 7 May 2014

Mama Start Blogging...........AGAIN!!

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang anak mama. Ni mama ni. Nape mama ada kat sini? Huhu.. Cuba baca title kat atas tu, "Mama Start Blogging.......AGAIN!!" maksudnya mama buka blog baru lagi. kahkahkah. Dulu mama memang pernah beberapa kali tulis blog tapi, malangnya mama tak berminat plak nak teruskan. Bukan apa, kadang2 bila baca blog orang lain macam best cara diorg bercerita. Ayat pun simple2 tapi best. Bile tgk post2 mama, macam boring je orang nak baca. Haha Nah, kali ni mama dah tak heran dah orang tak suke ke, tak paham ke. Sebabnya, apa yang mama cakap or taip or story2 ni sumenya untuk anak mama. So, kalau mama buat lawak ke, sedih ke, orang lain tak layan tak pe, sebab mama tahu anak mama akan layan mama. hihihihi

Wujudnya blog ni sayang, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, membuka pekung atau yang mama paling risau kalau kate mama ni nak minta simpati. Ish, takde niat ape pun. Tujuan mama buka blog ni ada macam2 sebab dan ditujukan kpd banyak pihak.......

1) khas buat anak mama -- Setiap entry dlm blog ni akan mama print & compilekan khusus untuk anak mama. Supaya satu hari, bila anak mama dah pandai membaca, bolehlah anak mama luangkan masa baca setiap kisah yang mama nak sampaikan. Mama tahu bukanlah mama tak boleh nak cerita sendiri pada anak mama, tapi mama percaya kalau diberi masa sejam untuk bercerita, hanya lima saat pertama je mama mampu berkata-kata, selebihnya mungkin air mata saja yang menjadi teman selama sejam tu (sesungguhnya mama memang gembeng. haha)

2) Sebagai medium untuk mama mencari 'MAMA2 HEBAT' sebagai kawan baru -- Anak mama pun tahu, mama selalu belajar itu ini untuk uruskan anak mama banyak juga daripada blog2, internet, google. Yang mama paling suka adalah cari mama2 yang mempunyai 'tugas' sama macam mama. Mama cari mereka yang lebih berpengalaman. So, sbb tu mama sendiri nak tulis blog, supaya ada mama2 yang boleh tolong mama, dapat jadi kawan baru mama.

3) Untuk bakal 'MAMA2 HEBAT' -- Mama tak kate mama ni kategori mama yang hebat sebab berlambak lagi mama yang teramat2 hebat, tapi at least mama sudah terpilih menjadi seorang daripada mereka. Tak kiralah di mana pun ranking mama, mama tetap berbangga & bersyukur dengan kesempatan dan peluang yang Allah s.w.t berikan ini. Sebab tu, kepada mereka yang juga mendapat 'amanah' dan 'tugas' yang sama, In Shaa Allah, mama harap blog mama ni boleh memberi sedikit semangat, motivasi dan ilmu untuk mereka menjadi lebih positif.

4) Kepada bakal mama2 -- Tak semestinya tak diberi 'tugas' yang sama macam mama tak boleh baca blog mama ni. Lagipun maybe apa yang mama lalui, yang mama terlepas pandang ke, diorang boleh jadikan pengajaran dan peringatan.

5) To Families & Friends -- Mama memang kadang2 pendam je apa yang mama rasa, maybe dengan blog ni diorang boleh tahu apa yang mama rasa dan mama nak. Termasuklah mungkin diorang akan tahu kenapa mama beriya2 sangat nak berhenti kerja atau cuti lama (isu paling hot. hahaha)

Memandangkan selalunya bile mama update status Facebook (FB) yang ada kaitan ngan anak mama, mesti ada yang pm ke, comment ke, tanya "kenapa anak kau? sakit ke?". So, ada blog ni senang, yang mana belum tahu boleh baca, yang mana dah tahu, boleh tahu details. hihihi. Jadi, kalo nak tahu apa tu 'tugas', 'Mama2 hebat', kenalah baca blog mama ni setiap kali mama update. hihihi

Oklah sayang, hari ni mama post pembuka bicara dulu lah, sebab macam dah dgr anak mama cry tu. hihihi. In Shaa Allah, satu malam satu cerita. (Tapi anak mama kena tidur lama sikit lah, jangan cry2 banyak malam2. Bagi mama time tulis blog ni. hahaha)

Mama, Papa & Anak Mama
(Saje tak tunjuk muka Papa. Surprise!! hahaha)

Ok syg.. luv u soooo much from mama..