Tuesday, 3 June 2014

Takdir Yang Sudah Tertulis (Part 5)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Hensemnye anak mama tido sebelah mama ni. Ok, tido lama sikit bagi mama habis taip cerita ni boleh? hihi. Tapi kalau anak mama dah lapar, bangunlah panggil mama k.

Rabu, 6 November 2013

At last, mama dapat panggilan telefon drpd papa. Papa bgtahu papa dah nak dekat. Papa tanya macam mana jalan nak ke hospital. Then papa call lagi n bagitahu papa dah sampai. Alhamdulillah papa selamat sampai. Mama bagitahu tingkat berapa sume n mama pun keluar drpd bilik menunggu tu pergi ke arah lif. Takut2 papa tak jumpa. Belum pun sampai lif, mama dah nampak papa. Papa terus peluk mama, mama nangis masa tu. Mama tak mampu cakap apa2, mama juz bagitahu papa "salam mak, pastu kita g jumpa Muhammad". Pada masa papa salam nenek tu, nurse datang cakap doktor panggil. Ohh right timing sangat. Papa memang terus laju je menonong jalan masuk ke nursery. Mama ikut belakang.

Masuk je dalam nursery, terus pergi katil anak mama. Papa memang dah tak boleh nak tahan menangis. Teresak-esak papa nangis. Mana taknya, dah la mama n papa tak boleh pegang anak mama. Tengok dari tepi katil je. Tak boleh pegang langsung.

Mama : Doktor, ni husband saya.
Dr Ismail : Ok, sekarang kita masih tunggu lah darah Harits normal. Kita dah bagi vitamin K untuk stopkan darah dia.  Bila dah normal, baru operation boleh buat. Utk pusat dia tu, kita dah jahit (gam) sikit, memang darah dah takde keluar dari pusat dia lagi.
Dr Azman : (Masuk tiba2) So, saya nak tunjukkan review by CT scan punye imej. Ok tengok ni. Macam saya dah bagitahu wife U tadi, memang kita kena buat operation untuk salurkan cecair terkumpul ni lah. But everything kena tunggu result darah your baby macam mana. (Masa ni, Dr Azman macam ulang balik apa yag dia terangkan pada mama tadi. Tapi dia terangkan pada papa pulak. Mama dengar je lah, apa2 tak faham mama n papa akan tanya dia.)
Papa : So, tak semestinya hari ni ke operation ni doktor?
Dr Azman : It's depend pada result darah tu. Saya akan ready je. Kalau malam pun, saya tetap akan proceed operation ni. Tapi, saya rasa dalam pukul 6 petang ni, agaknya dah boleh buat. Sebab pukul 5 petang nanti Dr Ismail akan buat the next blood test baby, so kita tengok result tu. Harap2 semua dah ok time tu nanti.

Penerangan dan perbincangan berlaku beberapa minit. Papa memang banyak bertanya pada waktu ni. Nasib papa dah datang, sebab kalau dengan mama, semuanya mama 'Ya'kan je. At least papa banyak tanya, so banyak lah yang doktor2 akan terangkan.

Now, waktunya untuk menunggu dengan penuh debar sama ada result PT test (dalam entry yang sebelum2 ni, mama ada bagitahu apa tu PT test ni) untuk anak mama. Sepanjang tempoh ni, papa lebih banyak abiskan masa di surau dan mama sentiasa pegang handphone. Bukan duk lepak main handphone tau, tapi mama non-stop baca Yaasin. Masa ni, tak bawa lagi Yaasin dari rumah, so, mama baca refer on application Surah Yaasin dalam handphone mama. Sesekali mama n papa masuk dalam NICU tu jengah anak mama. Walaupun tak dapat nak pegang anak mama, tapi mama sentiasa bacakan sesuatu pada anak mama. Mama nak anak mama diberi kekuatan untuk lawan semua penyakit yang anak mama hidapi waktu tu. Ada sekali tu, mama dan papa berdua je dalam bilik menunggu. Kitorang borak2 sambil mama nangis2. Bukan borak kosong, semuanya borak tentang anak mama. Tgh duduk2 tu, tibe2 masuk seorang makcik dan menantunya bawa seorang baby. Yup, baby tu baru lahir, cucu makcik tu. Diorang masuk dengan perasaan yang sungguh happy. Happy menyambut kelahiran cucu sulongnya. Tanpa menghiraukan mama dan papa, makcik tu dan menantunya tak henti2 mengagah si kecil tu. Allah saja yang tahu perasaan mama dan papa ketika ni. Sedih, rindu, air mata kami berdua langsung tidak dapat ditahan. Papa peluk mama. Mama tak de rasa segan pun menangis di depan makcik tadi. Mama tak boleh marah makcik ni sebab dia tengah excited dapat cucu. Biarlah dia dengan perasaan gembiranya tu. Mungkin lama2 mereka rasa ada yang tak kena, tibe2 mereka beredar dari bilik menunggu tu. Percayalah sayang, mama terlalu rindukan anak mama.

Mama dan papa terus menunggu. Masa ni, mama tak bagitahu ramai orang lagi masa hari pertama ni sebab diri mama sendiri pun tak terurus lagi. Mana mama nak fikir pasal keadaan anak mama lagi. Biarlah bila semua dah cool, baru mama akan bagitahu orang. Time ni mama bagitahu yang rapat2 je. Bukan apa, minta diorang doakan anak mama.

Saat berganti saat. Minit berganti minit. Jam berganti jam. Akhirnya, jam 6 petang, seperti yang dijangkakan oleh Dr Azman, seorang nurse datang di bilik menunggu.

Nurse : Puan, Harits dah nak operation ye.
Mama & Papa : (Tak mampu reply ape2, kelam kabut kitorang bangun and terus masuk nursery)

Mama & papa diri di tepi katil anak mama. Masa ni, ramai juga nurse sedang siapkan anak mama. Mereka akan tolak anak mama ke dewan bedah di tingkat dua. Ya Allah sayang, waktu ni memang mama dah tak tahu lagi apa perasaan mama. Macam nak tarik semula katil anak mama jangan bagi sesiapa tolak. Air mata mama memang tak ada berhenti2 mengalir dah. Ada juga beberapa kali nurse suruh mama banyak bersabar, jangan tension2, sebab anak mama minum susu badan mama. So, mama kena jaga juga emosi mama, semua tu akan effect susu badan yang terhasil.

Mama & papa sekadar memerhatikan nurse buat kerja. Then, mama & papa ikut diorang tolak katil anak mama ke dewan bedah. NICU di tingkat 3, so satu level je atas dewan bedah. Nurse suruh mama & papa turun ikut tangga sebab lif tak muat. Katil anak mama besar, penuh satu lif. So, mama & papa dah siap turun n tunggu anak mama depan lif di tingkat 2.

Dalam pada kelam kabut tu, mama nak jugak try snap gambar. Tengok ni, gambar belakang nurse je dapat. Anak mama ada atas katil tu. Katil besar, anak mama comel je.

Bila anak mama dah sampai di dewan bedah tu, mama dan papa hanya boleh berdiri setakat depan pintu dewan bedah tu je. So, mama and papa tenung wajah anak mama lama-lama. Nak peluk tak boleh. Tapi, mama nampak anak mama kuat sangat walaupun waktu tu anak mama dah ditidurkan. Bila ada nurse dari dalam dewan bedah dah buka pintu dan katil anak mama ditolak masuk, mama dan papa tak boleh nak ikut dah. Tapi, selagi mama nampak katil dan tubuh badan anak mama di pandangan mata mama, mama tetap terus memandang. Sampailah, katil dan anak mama hilang dari pandangan.

Nurse2 semua suruh mama & papa naik atas dan tunggu di bilik menunggu. Mereka janji akan panggil bila pembedahan selesai. Sampai di bilik menunggu, ada Pak Su (ayah saudara papa) dan family datang. Kami sempat berbual walaupun dalam hati mama waktu tu dah tak boleh nak digambarkan macam mana perasaan yang bercampur baur. Doa, zikir, tak lepas dari dalam hati mama sebab mama terpaksa layan family2 papa yang datang. Tapi anak mama kena ingat, mama tak putus doakan anak mama yang tengah jalani pembedahan waktu tu.

Tiba-tiba nurse datang dan bagitahu doktor nak jumpa. Eh, terkejut mama & papa. Operation dah selesai rupanya. Masa tu ada dalam pukul 7.45 malam. Terus mama & papa bergegas ke nursery. Mama nampak Dr Azman dah berdiri di depan monitor di dinding nursery. Mama jengah tengok katil anak mama dah kembali di tempat asal dan anak mama masih pejam mata. Dr Ismail pun ada tengah buat prosedur pada anak mama.

Dr Azman : So, dah selesai operation. Kita akan pantau dalam beberapa tempoh untuk pastikan cecair yang terkumpul tu akan keluar lah.
Papa : Alhamdulillah. Agak2 berapa lama ye doktor?
Dr Azman : Tak pasti. Tapi saya anggarkan dalam dua minggu. Depends pada anak u all macam mana. Dia bergantung ubat jugak tu sebab nak darah beku semua cair. Macam yang saya pernah bagitahu, darah beku dia scattered so, tak boleh buat pembedahan buang terus darah beku. Darah beku tu kena depends on ubat. Ok, faham ye?
Papa : Ok doktor. Terima Kasih.

Dr Azman pun keluar dari nursery. Mama dan papa gerak menghampiri katil anak mama di NICU. Yup, sayu hati mama bila tengok kepala anak mama dah ditebuk dan ada tiub di dalamnya. Tiub tu agak panjang dan di bahagian luar di sambungkan dengan satu beg. Beg ini lah yang akan mengisi semua cecair yang mengalir keluar. Dan pada waktu ini pun, dah mula nampak ada cecair yang sudah mengalir keluar. Cecair ni bukan mengalir laju, dia mengalir sikit2 dan warna cecair ni sepatutnya putih jernih, tapi anak mama punya, ia sudah bercampur darah dan sesekali ada cecair yang keluar itu bercampur warna kuning. Mengikut kata Dr Ismail, warna kuning tu sebab anak mama kan pernah kena jaundice, so masih ada kesan kuning pada otak dan sebab tu sekali sekala ada cecair yang bercampur dengan warna kuning. Mama sebenarnya dah lupa apa nama tiub dan beg yang anak mama gunakan tu. Sepatutnya ada nama bagi kaedah itu tapi mama lupa. Kalau tak silap mama, panggil AVD (mama dah google tapi macam tak jumpa plak). Tapi tak tahulah kalau salah. Yang pastinya, ia akan sentiasa dipantau oleh Dr Azman. Maksudnya dari segi kuantiti, jenis cecair, level tiub dan macam2 lagi Dr Azman akan pantau.
Ni lah antara cecair yang dapat disalur keluar dari otak anak mama. Ini selepas seminggu pasang tiub tu. Tapi masa anak mama keluar dari hospital, beg tu penuh, means tambahan lagi separuh daripada yang gambar atas ni.

Nurse minta mama dan papa keluar dulu, pergi makan ke apa ke. Tapi, memang dah tak lalu nak makan. Rupenye nenek dah datang, nenek dah bungkuskan makanan. Mama dan papa keluar sekejap sebab nurse nak buat 'pass job' diorang, sebab nak tukar shift. Di bilik menunggu, ada family papa datang. Tok & Wan dah on the way tapi belum sampai lagi. Dalam pukul 11 malam baru Tok & Wan sampai. Tok, Wan, Pak Ngah, Mak Ngah, Kak Jannah & Kak Adni, tidur rumah nenek. Kesian diorang datang dari Kedah tapi tak dapat jumpa anak mama. So, dah hampir pukul 12 tengah malam, semua kena balik. Diorang gerak balik ke rumah nenek. Mama & papa decide untuk tidur di hospital. Nak tunggu anak mama. Tapi kami takde tempat tidur. Mama tak kesah je tidur atas kerusi kat bilik menunggu tu. Sebelum nak tidur tu, mama masuk NICU nak cakap gudnyte kat anak mama. Tapi, nurse2 semua nasihatkan mama suruh balik tidur di rumah. Aduh, memang berat hati mama nak balik. Nurse kata, mama pun kena jaga kesihatan sebab mama dalam pantang lagi. Papa pujuk mama ajak balik. Papa kata betul juga cakap nurse tu. Nasib baik nurse2 semua janji akan telefon mama cepat2 kalau ada apa2 perkara berlaku. Walaupun memang sukar mama nak tinggalkan anak mama, tapi mama terpaksa akur. Dengan air mata yang mengalir, tanpa dapat memeluk dan mencium anak mama, mama terpaksa pulang ke rumah. Dalam kereta sepanjang jalan, dah sampai rumah sepanjang malam, mama tak berhenti mencium dan memeluk baju dan kain lampin anak mama. Air mata ketika ini tidak mengenal erti kering. Inilah malam pertama, mama berpisah tempat tidur dengan anak mama. Betapa rindunya mama pada kamu, hanya Allah yang tahu.

Oklah sayang. What a looooong day kan sayang. Mama nak cerita pada anak mama kejadian 6 November ni pun sampai ada 5 parts. Apa lagi pada hari kejadian itu sendiri. Pelbagai perasaan bercampur baur. Oklah sayang k. Stop here. Ni haa, tibe2 mama terjumpa contoh imej CT scan brain yang tak normal bila ada cecair yang terkumpul. Juz share.


http://www.hydroassoc.org/hydrocephalus-education-and-support/learning-about-hydrocephalus/shunts/

Ok sayang. Gudnyte. Love u so much.

5 comments:

  1. Semoga terus dipermudahkan urusan sis ye...
    Doa akk untuk adik harith

    ReplyDelete
  2. Semoga kak Iz terus diberi kekuatan menghadapi ujian Allah. And semoga Muhammad diringankan beban & pulih seperti sediakala.. Insya allah.. :)

    ReplyDelete
  3. https://www.facebook.com/cpfamilynetworks?fref=photo

    Assalaamualaikum, cer try klik this link, banyak pasal celebral palsy, semoga Allah permudahkan urusan, n jadikan baby ank yg soleh

    ReplyDelete
  4. Semoga akk kuat.. Saya doakan muhammad harits dari jauh .. Insyaallah semoga dipermudahkn segala urusan akk dgn dia . Semoga allah tabahkn lagi hati akk .. Saya doakn dari jauh selalu.. Insyaallah.

    ReplyDelete