Thursday, 8 May 2014

"Awak pernah dengar Cerebral Palsy?" - Dr Ismail Haron

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Perasan tak kat title atas tu, awal2 lagi dah quote Tok Mail. haha. Tok Mail tu sebenarnya Dr Ismail Haron, Pakar Paediatrik dan Neonatologi, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor. Shhhh....anak mama jgn panggil die Tok Mail plak, itu mama n nenek (mak mama) saje je bahasakan Tok Mail, kan nampak lebih mesra. hahaha. Ok, nantilah mama cerita lebih lanjut pasal doktor2 anak mama termasuk lah Dr Ismail ni k.

Hari ni, mama nak berterus-terang. After almost 7 months, baru sekarang mama ready untuk cerita perkara ni lebih details. Before this, kalau ada org tanya, mama cerita basic2 je. So, now mama terus straight to the point lah k. Mama cerita keadaan anak mama sekarang, then baru kita flashback ke belakang.

19 Disember 2013, bilik Dr Ismail Haron


Mama, anak mama & nenek datang untuk kali keberapa pun tak ingat sangat tp yg penting kali ni dtg sebenarnya untuk inject anak mama dua bulan. Sesi inject menginject sekarang sume buat dengan Tok Mail je. Lepas inject, tibe2 doktor ajak berbual plak.

Doktor : Awak pernah dengar Cerebral Palsy (CP)?
Mama : Apa doktor? (Mama mmg dengar palsy je, dpn tak berapa dgr)
Doktor : Die mcm ni, bile ada bahagian2 otak kita dah terganggu dan melibatkan kecederaan, dia akan efek pada koordinasi pergerakan kita.
Mama : (Macam phm macam tak)
Doktor : Contoh, memang tangan kita ni boleh gerak tp bile tak ada koordinasi, tangan kita macam tak tahu arah die, nak pegang pun tak tahu nak pegang apa, kalau dh pegang benda, nak letak mana plak benda tu. (sambil buat gaya tangan yang terkapai2. kalau mama buat, mgkin anak mama akan pham)
Mama : Eeeerrr yeke. Takpe, nanti saya cari bahan rujukan dan baca apa yang doktor nak terangkan. (Mama dah dpt mengagak tp mama tahu doktor mesti gunakan ayat2 simple dan mahu menjaga hati patient supaya tak tambah sedih)

Kat rumah, tgh2 ade time tu, mama pun google lah dlm tenet. Nak carik apakah '**** palsy' itu. Mama mmg awal2 dah dikenalkan dengan kawan kepada Mak Long (kakak sulong mama), nama die Kak Reenaz (anak mama panggil Aunty Reenaz la kot). Aunty Reenaz masa dpt tahu keadaan anak mama memang die ada suruh mama baca satu portal ni, iahp.org So, mama pun try bukak dan baca. Ohh at last dalam ni mama jumpe perkataan 'Cerebral Palsy'. Bila mama klik link perkataan tu, tibe2 air mata mama mengalir. ada sekeping gambar seorang kanak2 penghidap CP. Siapa sangka bile doktor diagnos anak mama CP n bgtahu mama, mama cool je. Tapi, hanya dengan sekeping gambar dan belum pun baca apa sebenarnya CP, air mata mama sudah mampu mengalir tanpa disuruh. Hati mama mula lah bercakap macam2. "Anak aku akan jadi macam ni juga ke?" Tapi mama masih kuat, mama yakin itu tak benar.

Mama amik keputusan tak terus baca apa tu CP. Mama trus ke google and search terus 'Cerebral Palsy'. Betullah apa yang Tok Mail buat, susunan2 ayat die hanya untuk mententeramkan jiwa dan hati mama, sedangkan definisi paling mudah die boleh beritahu CP adalah LUMPUH OTAK. Allahuakbar. Maunya air mata mama tak mengalir kalau dah nampak perkataan lumpuh otak tu depan mata mama. Tapi syukurlah mama bukan seorang yang mudah patah semangat. Mama tak semudah itu nak terus mengambil apa yang mama nampak for the first time. Mama tetap nak baca drpd banyak lagi sumber dan nak tahu drpd lebih banyak lagi pakar. Makanya, mama pun terus belajar dan belajar apa itu CP. Mama akan ceritakan dan huraikan apa saja ilmu yang mama dapat tentang CP di entry mama yang lain k.

Kenapa anak mama dikategorikan sebagai kanak2 CP adalah kerana gangguan @ kecederaan yang berlaku pada otak anak mama yang mana kesan drpd pendarahan dalam otak. Walaupun anak mama sudah pulih drpd pendarahan dalaman itu, tetapi luka yang tinggal di bahagian2 otak anak mama itulah yang menyebabkan berlaku sedikit gangguan pada perkembangan2 anak mama. Yelah sayang, otak ni kan suis utama. Apa saja yang berlaku, arahan sume diterima drpd otak. Drpd hari pertama anak mama dimasukkan ke NICU dan diberitahu mengalami pendarahan dalam otak, seawal tu juga mama terus diberitahu kesan drpd pendarahan dalaman ini adalah gangguan kepada perkembagan anak mama dalam jangka masa panjang. Macam mana plak pendarahan dalam otak tu boleh berlaku? Its ok, akan ada satu entry yang mama akan ceritakan tentang hal ini.

Sejak detik itu, mama terus rasa sangat2 bersalah pada anak mama. Sebab pernah ada satu tempoh selepas anak mama menjalani dua pembedahan, anak mama terlalu banyak ragam. Langsung tak nak tidur dan menangis sepanjang masa. Ye, mama tahu anak mama sakit dan tak selesa tapi pernah juga mama seakan2 meninggi suara kerana sudah letih dan tak paham apa yang anak mama nak. (Ini sume kerja Syaitan yang selalu membisikkan pada mama untuk mama berputus asa. Jahatnya mereka.) Tapi, lepas mama tahu anak mama adalah seorang kanak2 yang sangat istimewa, mama tersedar bahawa mamalah insan pertama yang anak mama perlukan untuk meneruskan hidup. Sejak itu mama berjanji pada diri mama, tak akan pernah secebis amarah pun mama lemparkan pada anak mama. Itu janji mama. Sebab anak mama tak akan pernah buat salah dan tak akan pernah menyusahkan mama.

Memang tak ramai yang tahu yang anak mama kanak2 CP. Mana taknya, biasanya orang akan tanya mama "Anak kau dah sihat? Anak kau dah ok?" Mama memang secara jujur akan jawab, "Sehat, cuma....." atau "Ok, cuma....." Tapi, orang dengar sihat dan Ok terus cakap "Bagus. Alah ok lah tu. Boleh start keje dah lah" Haha.. Tapi jarang yang cuba dengar apa sambungan ayat mama ""CUMA...........Anak Saya CP, So Masih Banyak Rawatan Dan Terapi Yang Saya Kena Buat Untuk Dia." Tapi takpe, mama tahu orang mesti nak dgr berita gembira tentang anak mama. Lagipun, memang anak mama Ok pun, memang anak mama sihat pun, CUMA.......... (ok, sambung sendiri. hihi..)

Oklah sayang, nanti mama akan sambung cerita di entry yang lain k. Hal2 rawatan, terapi dan sebagainya semua mama cerita nanti k. Cukuplah hari ini mama beritahu dulu tentang keadaan anak mama. In Shaa Allah mama tak putus berdoa dan berharap satu hari anak mama tak perlu memegang status 'KANAK2 CEREBRAL PALSY" lagi.

Oppsss, nampak anak mama kat sebelah dah start cry. Kite smabung story2 malam esok k. 

Anak mama mase umur 2 bulan
Luv u soooooooo much sayang..........

Wednesday, 7 May 2014

Mama Start Blogging...........AGAIN!!

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye sayang anak mama. Ni mama ni. Nape mama ada kat sini? Huhu.. Cuba baca title kat atas tu, "Mama Start Blogging.......AGAIN!!" maksudnya mama buka blog baru lagi. kahkahkah. Dulu mama memang pernah beberapa kali tulis blog tapi, malangnya mama tak berminat plak nak teruskan. Bukan apa, kadang2 bila baca blog orang lain macam best cara diorg bercerita. Ayat pun simple2 tapi best. Bile tgk post2 mama, macam boring je orang nak baca. Haha Nah, kali ni mama dah tak heran dah orang tak suke ke, tak paham ke. Sebabnya, apa yang mama cakap or taip or story2 ni sumenya untuk anak mama. So, kalau mama buat lawak ke, sedih ke, orang lain tak layan tak pe, sebab mama tahu anak mama akan layan mama. hihihihi

Wujudnya blog ni sayang, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, membuka pekung atau yang mama paling risau kalau kate mama ni nak minta simpati. Ish, takde niat ape pun. Tujuan mama buka blog ni ada macam2 sebab dan ditujukan kpd banyak pihak.......

1) khas buat anak mama -- Setiap entry dlm blog ni akan mama print & compilekan khusus untuk anak mama. Supaya satu hari, bila anak mama dah pandai membaca, bolehlah anak mama luangkan masa baca setiap kisah yang mama nak sampaikan. Mama tahu bukanlah mama tak boleh nak cerita sendiri pada anak mama, tapi mama percaya kalau diberi masa sejam untuk bercerita, hanya lima saat pertama je mama mampu berkata-kata, selebihnya mungkin air mata saja yang menjadi teman selama sejam tu (sesungguhnya mama memang gembeng. haha)

2) Sebagai medium untuk mama mencari 'MAMA2 HEBAT' sebagai kawan baru -- Anak mama pun tahu, mama selalu belajar itu ini untuk uruskan anak mama banyak juga daripada blog2, internet, google. Yang mama paling suka adalah cari mama2 yang mempunyai 'tugas' sama macam mama. Mama cari mereka yang lebih berpengalaman. So, sbb tu mama sendiri nak tulis blog, supaya ada mama2 yang boleh tolong mama, dapat jadi kawan baru mama.

3) Untuk bakal 'MAMA2 HEBAT' -- Mama tak kate mama ni kategori mama yang hebat sebab berlambak lagi mama yang teramat2 hebat, tapi at least mama sudah terpilih menjadi seorang daripada mereka. Tak kiralah di mana pun ranking mama, mama tetap berbangga & bersyukur dengan kesempatan dan peluang yang Allah s.w.t berikan ini. Sebab tu, kepada mereka yang juga mendapat 'amanah' dan 'tugas' yang sama, In Shaa Allah, mama harap blog mama ni boleh memberi sedikit semangat, motivasi dan ilmu untuk mereka menjadi lebih positif.

4) Kepada bakal mama2 -- Tak semestinya tak diberi 'tugas' yang sama macam mama tak boleh baca blog mama ni. Lagipun maybe apa yang mama lalui, yang mama terlepas pandang ke, diorang boleh jadikan pengajaran dan peringatan.

5) To Families & Friends -- Mama memang kadang2 pendam je apa yang mama rasa, maybe dengan blog ni diorang boleh tahu apa yang mama rasa dan mama nak. Termasuklah mungkin diorang akan tahu kenapa mama beriya2 sangat nak berhenti kerja atau cuti lama (isu paling hot. hahaha)

Memandangkan selalunya bile mama update status Facebook (FB) yang ada kaitan ngan anak mama, mesti ada yang pm ke, comment ke, tanya "kenapa anak kau? sakit ke?". So, ada blog ni senang, yang mana belum tahu boleh baca, yang mana dah tahu, boleh tahu details. hihihi. Jadi, kalo nak tahu apa tu 'tugas', 'Mama2 hebat', kenalah baca blog mama ni setiap kali mama update. hihihi

Oklah sayang, hari ni mama post pembuka bicara dulu lah, sebab macam dah dgr anak mama cry tu. hihihi. In Shaa Allah, satu malam satu cerita. (Tapi anak mama kena tidur lama sikit lah, jangan cry2 banyak malam2. Bagi mama time tulis blog ni. hahaha)

Mama, Papa & Anak Mama
(Saje tak tunjuk muka Papa. Surprise!! hahaha)

Ok syg.. luv u soooo much from mama..