Sunday 8 June 2014

Suntikan Vitamin K - Kurang atau Tiada?

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu'alaikum w.b.t

Hye anak mama. Mama ingat nak cerita pasal sepanjang hari-hari anak mama di NICU. Tapi, hold dulu lah sebab ada kawan mama dah tanya pasal Vitamin K ni. Hihi. Hot jugak isu Vitamin K ni rupanya. Mana taknya, antara perkara yang menyumbang kepada apa yang anak mama alami sekarang. So, arini mama pilih tajuk 'Suntikan Vitamin K - Kurang atau Tiada?'. Sebab apa mama pilih tajuk ni, sebabnya itulah persoalan yang bermain di fikiran mama sehingga ke hari ini atau mungkin juga sampai bila-bila.

Bukan tujuan mama nak menuduh atau mengungkit apatah lagi mempersoalkan takdir Allah. Mama memang sudah lama redha atas ketentuan ini. Tapi, tidak salah sekadar mama berkongsi cerita supaya ada pihak yang lebih berhati-hati, ada pihak yang lebih peka dan ada pihak yang mengambil pengajaran daripada apa yang ingin mama sampaikan.

Jujur mama katakan yang mama tak pernah tahu pun apa itu Vitamin K. Dan mama tak pernah tahu pun perlunya suntikan Vitamin K kepada bayi yang baru lahir. Mama akui itu silap mama kerana kurang membaca dan menambah ilmu dalam hal2 ketika mengandung dan melahirkan ni. Beli buku bukan main banyak, bacanya kurang. Tapi, memang tak pernah pula mama terbaca sebarang artikel mengenai suntikan Vitamin K ini dalam mana2 buku yang mama beli. Selepas di'google', ini yang mama jumpa.

Click for d article -- From one of d blog Cerita Maya Persada yang dipetik daripada Halal Science

Pertama kali dalam hidup mama dengar perkataan VItamin K adalah daripada mulut Dr Ismail. Rasanya mama pernah cerita before this.

"Saya dah beri dia suntikan Vitamin K. Dalam tiga dos. Hopefully masalah pembekuan darah dah tak berlaku lagi. Tengok pun lepas injection tadi, nampak darah dia boleh stop. Sepatutnya kalau dia dapat dah suntikan Vitamin K tu masa lahir, satu dos pun dah cukup, memang tak akan berlaku masalah ini. Awak ada buku rekod kesihatan dia tak? Kalau ada boleh bawa? Saya nak tengok sama ada dia dapat tak suntikan Vitamin K masa lahir hari tu" -Dr Ismail Haron

Start daripada tu lah mama tertanya-tanya apa tu Vitamin K. Menurut kata Dr Ismail, ia adalah suntikan wajib yang diberi kepada setiap bayi yang baru lahir. So, anak mama? Dapat tak ye? Mama tak pernah tahu pasal suntikan ni, so lepas anak mama lahir memang mama tak de lah tanya nurse or check buku rekod kesihatan anak mama tu. Yang mama tengok berat, panjang, jantina and checklist tentang tubuh badan anak mama (maksudnya if ade mana2 part of your body yang problem).

Bila kata suntikan ni wajib, so memang wajib lah anak mama dapat jugak kan. Lagi plak bak kata Dr Ismail, kalau dah suntik satu dos lepas lahir, In Shaa Allah memang tak akan berlaku dah masalah pembekuan darah ni. Masalah pembekuan darah ni maksudnya darah anak mama yang tak kering atau berhenti dengan sendiri. Ia akan sentiasa mengalir.

Kalau mengikut pada tanda2 awal yang sebenarnya dah berlaku, tapi mama yang tak tahu memang ada.
1. Tali pusat anak mama tanggal hari ke-8, tapi lepas tu pusat anak mama tak kering2. Sentiasa basah dan keluar tompokan darah.
2. Anak mama pernah kena jaundice. So, agak kerap juga anak mama ke hospital untuk amik darah sebab nak test bacaan kuning anak mama tu. Memang setiap kali balik daripada amik darah, memang darah dekat tempat suntikan tu lambat sikit kering. Tapi, langsung tak terpikir apa2, cuma mama dan nenek ingat nurse tu ganas sangat. Cucuk anak mama sampai darah keluar banyak sangat.

Tapi, ada benda yang mama terkilan sikit. Pasal tali pusat anak mama tu. Setiap dua hari akan ada nurse dari klinik kesihatan datang rumah untuk check up mama dan anak mama. Even sehari sebelum anak mama sakit n masuk NICU pun, nurse2 ada datang. Setiap kali diorang datang, soalan mama dan nenek pada diorang adalah "Kenapa pusat baby ni tak kering2 ye. Asyik darah je?" Soalan ni menunjukkan sebenarnya mama dan nenek memang peka tentang pusat yang sentiasa berdarah ni cuma mungkin soalan mama tu ditanya pada orang yang sepatutnya tetapi mereka tak cukup ilmu sedangkan itu adalah bidang mereka. Jawapan nurse2 tu setiap kali mama tanya adalah "Ohh, ni kena rajin2 sapu ubat pusat tu. Memang lah kadang2 ada yang lambat kering." Ohh sama je macam Dr Megat kat emergency tu. Disalahkan pampers bergesel lah, ubat pusat tak sapu betul lah. Memang lah kadang2 ada bayi yang tali pusat dia tanggal lambat. Hello, yang lambat tu tali pusat tanggal, sekarang mama tanya pasal kenapa pusat tu berdarah. Apa kena mengena plak ada bayi yang tali pusat tanggal lambat. Aduhai.  Nak tahu tak sayang, ubat tu sampai dua botol tau mama guna untuk sapu pada pusat anak mama. Nenek ulang alik hospital nak mintak ubat pusat tu. Siap pakai ubat pusat Icha (anak Andak) yang ada lebih masa dia beranak dulu. Pun tak berhenti jugak. Alangkah bahagianya mama kalau nurse2 ni sambung belajar lama sikit supaya mereka boleh tahu kalau pusat berdarah tu means ada something wrong. Kalau tak tahu pun at least cakap lah "Saya tak pasti pula, cuba refer hospital." Yes, jawapan macam tu kira ok dah supaya mama boleh cepat2 bawa anak mama ke hospital. Hurrrmmm takpelah, mama dah lama maafkan diorang. Cuma mama pelik sikit sebab nurse dekat Hospital Pakar Puteri tu kata.......

Nurse : Kalau tali pusat baby dah tanggal tapi pusat masih tak kering lagi, tu lah satu cara baby nak bagitahu yang ada tak kena dalam badan dia. Tak kesah lah sakit apa pun.
Mama : Semua nurse tahu ke benda ni?
Nurse : Kalau ikutkan ya lah. Sebab kami kat sini memang tahu. Tak tahu lah kalau memang ada nurse yang tak tahu.
Mama : Pelik.
Nurse : Saya pun pelik.

Seperti mama kata tadi, mama dah maafkan mereka. Harap jangan ada nurse2 yang terasa. Cuma mama akan lebih alert pada warna uniform nurse di Malaysia ni. Bukan nak membezakan atau memperkecilkan tugas nurse mengikut warna uniform mereka, tetapi sekadar untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Benda ni bukan silap uniform pun tapi individu tu sendiri sama ada dia betul2 ikhlas nak bertugas sebagai nurse atau sekadar bekerja dan menunggu hujung bulan untuk menerima gaji.

Oklah, sambung cerita lagi pasal buku rekod kesihatan anak mama. Lepas Dr Ismail pulangkan semula buku rekod kesihatan tu, mama pun beleklah satu muka surat ke satu muka surat lain. Mama nak carilah di mana ada catitan mengenai Vitamin K tu. Ini yang mama jumpa.

Muka surat yang menunjukkan IM Vitamin K diberi. Kotak YA ditanda dengan pen dakwat biru dan dicatit tarikh 14/10
Muka surat penuh yang terdapat mengenai suntikan Vitamin K. Hanya butiran mengenai suntikan Vitamin K yang menggunakan pen dakwat biru. Dan satu ruang mengenai masalah kandungan pen dakwat merah. Selain daripada itu butiran diisi menggunakan pen dakwat hitam
Muka surat sebelah banyak butiran yang diisi menggunakan pen dakwat biru. Termasuk tandatangan doktor di situ. Ini bermakna kemungkinan besar hanya doktor seorang saja yang menggunakan pen dakwat biru untuk mencatit segala butiran dalam buku rekod ini.
Ini doktor yang bertugas pada malam kelahiran anak mama
Ok sayang. Mungkin anak mama tak faham kenapa mama perlu tunjukkan buku rekod ni semua dan menekankan isu dakwat pen kat sini. Pertama sekali mama nak bagitahu yang ini cuma andaian mama sahaja dan mama sendiri sebenarnya perlukan pencerahan tentang perkara ini.

Sepanjang mama menjaga anak mama di NICU yang berada dalam nursery Hospital Pakar Puteri, setiap hari mama akan lihat proses atau prosedur seorang nurse menguruskan seorang bayi yang baru lahir. Selepas menerima bayi daripada dewan bersalin, nurse akan membersihkan bayi dan mengisi satu borang yang menempatkan butiran2 bayi seperti berat, panjang, jantina dan segala jenis butiran yang diperlukan. Kemudian nurse akan memberikan suntikan Vitamin K ini kepada bayi sebelum bayi diserahkan kepada ibunya. Ia dilakukan oleh nurse dan bukannya doktor.

Berbalik kepada buku rekod kesihatan mama tu, kenapa suntikan VItamin K itu berbeza dakwat pennya daripada butiran yang lain. Ok, kemungkinan besar juga lain hospital lain prosedurnya. Mungkin di hospital ini, doktor sendiri yang memberikan suntikan VItamin K itu kepada bayi dan bukannya nurse yang melakukannya. Jika doktor yang buat, sebab tu dakwat pen yang digunakan adalah dakwat biru sama seperti dakwat pen pada muka surat sebelah yang digunakan oleh doktor untuk menurunkan tanda tangan. Jika betul doktor yang berikan suntikan Vitamin K itu, makanya tiada apa yang boleh mama persoalkan lagi. Tetapi sekiranya sebenarnya nurse yang patut berikan suntikan ini, sepatutnya butiran Vitamin K itu juga perlu ditanda menggunakan pen dakwat hitam sama seperti butiran yang lain di muka surat yang sama. Mama tak kesah kalau dakwat pen itu tak memberi sebarang maksud tetapi mama akan teramat terkilan kalau2 sebenarnya anak mama belum diberi suntikan VItamin K. Mama membayangkan situasi ini mungkin berlaku.....

Situasi - Kotak butiran untuk suntikan Vitamin K belum ditanda
Nurse 1 : Eh, Vitamin K baby ni dah bagi belum?
Nurse 2 : Entahlah. Dah kot.
Nurse 1 : Kalau dah kenapa kotak ni tak tanda?
Nurse 2 : Tak tahu aku.
Nurse 1 pun main tanda je kotak YA dengan yakin yang suntikan itu dah diberikan dan kebetulan lain pula dakwat pennya daripada yang digunakan nurse sebelum ini untuk mengisi butiran di muka surat yang sama.

Harap2 bukanlah situasi ini yang berlaku. Tetapi, kebarangkalian berlaku agak tinggi kerana pada malam mama perlu dibedah untuk melahirkan anak mama, pembedahan dibuat di Dewan Bedah Utama hospital dan bukan di Dewan Bedah Wad Bersalin seperti selalu. Ini diakui sendiri oleh pembantu hospital yang menolak katil mama ketika itu. Dia kata "kita pakai dewan bedah utama sebab dewan yang biasa tu tutup" (tak pasti ditutup kerana apa). So mungkin keadaan di dewan bedah utama ni berlainan sikit dari dewan bedah yang selalu digunakan untuk mengeluarkan bayi, menyebabkan kemungkinan besar berlaku kesilapan atau tersilap pandang.

Mama takdelah nak berkobar sangat untuk mencari bukti sebab mama rasa tuduhan mama ni pun tak berasas. Cuma kalau lah mama boleh terjumpa mama2 kat luar sana yang mungkin melalui perkara seperti di bawah ni,

1) Melahirkan anak pada 14 Oktober 2013 secara pembedahan di dewan bedah utama, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
2) Buku rekod kesihatannya juga menunjukkan benda sama seperti mama tadi iaitu dakwat pen pada kotak suntikan Vitamin K berbeza dengan butiran yang lain
3) Tetapi, bayinya tiada masalah seperti anak mama dan bayinya sihat walafiat
4) Atau doktor yang bertugas pada malam itu di dewan bedah berkenaan sendiri yang boleh memberikan pencerahan

Mungkin bila mama dapat bukti yng dakwat pen itu tak ada kena mengena dan mama dapat bukti yang ada bayi lain takde masalah walaupun melalui perkara yang sama macam mama, barulah mama lega atau puas hati. Even mama redha dan takde lah nak persoal2kan lagi tentang perkara ini, tetapi kalaulah mama dapat bukti tenang sikit jiwa yang kadang2 terfikir pasal benda ni.

Beberapa bulan ketika melalukan follow up dengan Dr Ismail, ada sekali tu nenek berbual dengan doktor. Tak tahu kenapa nenek tergerak hati nak bertanya,

Nenek : Doktor, doktor selalu dapat kes macam Muhammad?
Doktor : Dah tak ada dah. Last dulu 15 tahun lepas di Kelantan. Penyakit hemoragik (pendarahan) kerana masalah pembekuan darah ni memang takde sebab lain, mesti sebab kurang atau tiada Vitamin K. Kenapa saya kata last kes ni berlaku 15 tahun dulu sebab zaman dulu2 orang ramai bersalin dekat rumah dan diorang tak refer hospital. Tapi lepas kerajaan dah wajibkan suntikan Vitamin K ni pada setiap newborn, memang dah tak jumpa lagi saya dengan kes hemoragik ni. Sebab tu bila saya check Muhammad dan kata pusat tak berhenti berdarah dan darah dah sampai ke otak, zaaass saya terus dapat detect ni sebab Vitamin K.
Nenek : Abis doktor, ada kemungkinan ke Muhammad sebenarnya tak dapat suntikan Vitamin K tu?
Doktor : (senyum) Saya tak nak cakap apa2 lah sebab nanti saya dikatakan menuduh.
Nenek : Bukanlah doktor, nak tahu je ada kemungkinan tak? Atau sebenarnya memang Muhammad dapat suntikan tu tapi memang dia yang ada masalah lain.
Doktor : Emm, mungkin juga di hospital sana ada yang terlepas pandang. Saya tak kata mereka tak bagi suntikan tu pada bayi, tapi mungkin untuk Muhammad ada yang terlepas pandang. (Pandai doktor nak susun ayat.) Saya bukan apa, takut nak keluarkan apa2 statement sebab takut awak guna statement saya nanti, macam saya menuduh pula. (sambil senyum lagi yang mebawa maksud faham2 je lah apa yang saya nak cakap sebenarnya)

Takpelah sayang. Macam mama cakap dari awal tadi, mama pun bukan nak menuduh. Mama dah redha dan mama terima ini ketentuan Allah. Semua yang berlaku ini nak dijadikan sebab saja sedangkan Allah dah mencatitkan segala takdir ini dari awal lagi. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala perkara yang berlaku ini.

Love u sooooooo much sayang.

6 comments:

  1. Alahai klu btul saya pulak rasa nk marah sgt nih..sbbkan kecuaian mereka ank kita yg merana..hmmm..

    Semoga dipermudahkan segala urusan sis dgn muhammad ye

    ReplyDelete
  2. Kak izz.. kuat yerr... wida doakan muhammad, mama muhammad n keluarga muhammad semua sihat sejahtera ..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah bantu muhammad.. Be strong mama muhammad. In sha allah ada hikmah besar menanti

    ReplyDelete
  4. Anak sya mengahadapi keadaan hampir sama dengan muhammad tapi berlainan sikit..bagaimana keadaan muhammad skrg?

    ReplyDelete
  5. Kalau betol silap mereka yg cuia, akk g saman la diaorang. Saya rasa nk marah betul kalau buat kerja tapi tak ikhlas . Main2 gn hidup dan masa depan org lain. Jawab la nnti dia akhirat .

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, izlaily Hussein. Sy secara kebetulan terbukak blog awak ketika mencari maklumat bayi, dan terus mengikuti cerita awak. Maaf kerana lambat mengetahui, dan maaf sekali lg, sekiranya sy mengganggu. Sy terfikir, sekiranya terdapat keraguan samada vitamin k sudah diberikan atau tidak, apa pulak yang terjadi sekiranya vitamin k diberi 2x? hanya sekadar utk memastikan bahawa vitamin k sudah diberi bagi mengelakkan keraguan. berbahaya atau tidak?
    Awak seorang yang tabah, semoga semuanya dipermudahkan dan in sya Allah ganjaran untuk awak di syurga.
    BTW, cantik penulisan awak.

    ReplyDelete